Patut ke aku berubah?

8.3K 61 0
                                    

Mengelamun panjang Aqilah apabila memikirkan perkara yang dikatakan oleh ayahnya tempoh hari sambil duduk di balkoni biliknya.

"Patut tak aku berubah?Dah jauh aku terpesong dari ajaran agama ni.Pakaian aku tak mencerminkan agama aku yang sebenarnya.Perangai pun serupa setan.Kalau Azan tak usah cakaplah,memang aku hiraukan.Masalahnya,siapa nak bimbing aku?"bisik hati kecil Aqilah.

Lamunan Aqilah terhenti apabila,dia melihat Ustaz Rayyan menuju masuk ke rumahnya.

"Eh,eh,Ustaz Rayyan!Heh tunggu kau."ujar Qila.Baru sahaja berfikir untuk berhijrah,datang kembali nafsu syaitannya.
"Bagus,Aiman tak turun lagi."bisik hati kecilnya lagi.
Lalu Qila lari turun ke bawah bagaikan ribut taufan untuk berjumpa dengan Ustaz Rayyan.

"Ustaz!"sapa Qila.
"Assalamualaikum."balas Ustaz Rayyan.
"Waalaikumusalam."jawab adiknya yang memerhatikan telatah kakaknya dari tadi.
"Ishh,kacau linelah kau!"marah Qila.
"Akak tu yang kacau.Ustaz Rayyan mana selesa ada perempuan.Yelah,ustaz mana yang selasa digerumuni perempuan."ujar Aiman.
"Lah yeke ustaz?Mmm,macam tu lagi saya suka dengan ustaz."
Ustaz Rayyan mengaggukan kepala sambil mengerutkan dahinya menunjukkan ketidakselesaan cara Qila melayannya.
"Dah,keluarlah akak."ujar Aiman.
"Assalamualaikum,Ustaz.ujar Qila sambil membuat bunyi 'Aumm' tanda geramnya terhadap Ustaz Rayyan.

Qila terus menuju ke dapur untuk berjumpa Mak Kiah.

"Mak Kiah,ohh,Mak Kiah!"teriak Qila.
"Iye,Qila.Nak ape?"jawab Mak Kiah.
"Mak Kiah,macamlah tak tau Qila nak ape."
"Hmm,yelah Qila,balik awal sikit,marah ibu dengan ayah kamu nanti."ujar Mak Kiah yang faham akan kehendak Qila.
"Haa,ok"jawab Qila lalu meluru ke biliknya yang ingin bersiap-siap untuk ke 'tempat permainannya'.

***********
"Sorry guys,lambat!"ujar Qila.
"First time aku tengok kau lambat."kata Fifi.
"Yelah,tadi aku jumpa jodoh kejap."gurau Qila.
"What?Jodoh?Pleaselah,kau masih muda kot,takkan nak kahwin dah.Banyak masa lagi,enjoy la dulu,nanti dah bosan barulah kawin."kata Fifi.
"Yelah,aku gurau jelah."ujar Qila.
"Beb,jangan gurau kasar sangat.Kau tau kan,kalau kau takde dekat sini,tak de sape nak 'tampung' aku."ujar Fifi pula.
Qila hanya menganggukkan kepala kerana dia sudah lali dengan sikap rakannya yang hanya mepergunakannya sahaja demi kepentingan diri sendiri.

I Nak Goda U Boleh?Where stories live. Discover now