Kerana Dia

7K 81 4
                                    

Dimeja makan,Mak Kiah menyediakan nasi goreng,roti bakar bersama jem,air oren,susu dan teh untuk dijamah oleh keluarga Encik Rafiq.

"Bang,Ustaz Rayyan tu baik orangnya kan?"tanya ibu Qila iaitu Puan Aishah.
"Tentulah baik."
Mendengar perbualan ibu dan ayahnya,Qila mula menyepak-nyepak kaki adiknya.
"Saya suka dengan Ustaz Rayyan."ujar ayahnya.
"Kalau papa suka,Qila lagi suka."bisik hatinya.
"Mmm Qila,yang tersenyum² tu kenapa?"tanya ibunya
"Mungkin dia dah tahu berita gembira kot."ujar Encik Rafiq.
"Haa?Berita gembira?"bingung Qila.
"Kamu masuk kerja harini."sambung ayahnya.
"Taknakkkk!!"

***************
"Okay,saya nak perkenalkan,ini anak saya Nur Aqilah Humairah Binti Muhd Rafiq merangkap setiausaha saya."ujar ayah Qila kepada staf-staf di pejabatnya.
"Hai,saya anak ayah saya."kata Qila yang membuatkan staf-staf ketawa.
"And,saya nak bagitahu,anak saya ni ada banyak mood dalam satu hari.Contohnya,dia kadang-kadang periang,baik hati.Tapi kadang-kadang jahat,garang,kalau nak maki sesuka hati dia je.Oleh sebab tu,kalau mood tak baik dia sampai maafkanlah dia.Kalau dia maki-maki staf,inform me earlier okay."ucap panjang Encik Rafiq.
"Maafkan saya kalau saya buat jahat,sebab perangai saya dengan ayah saya memang berbeza."ujar Qila.
Sesi perkenalan diteruskan lagi dengan perkenalan bersama staf-staf yang berjawatan tinggi.
"Okay next ayah nak kenalkan kamu dengan staf kesayangan ayah merangkap ketua kewangan syarikat kita."ujar ayahnya.
Mereka berjalan menuju ke bilik Ketua Kewangan bagi Syarikat itu.

Kaki Qila terpaku di hadapan pintu bilik itu apabila berjumpa dengan Ketua Kewangan.

"Qila apa tercegat dekat situ?Masuklah."kata ayahnya.
Qila melangkah masuk.
"Ni lah ayah cakap staf kesayangan papa tu.Nama die Mohd Rayyan Bin Abdullah.Inilah jugak Ustaz yang mengajar Aiman mengaji."
"Lah,ini lah kesayangan hati Qila."kata Qila dengan suara kecilnya.
"Apa Qila?"tanya ayahnya.
"Takde pape ayah."
"Hai,saya Nur Aqilah Humairah binti Mohd Rafiq."ujar Qila lagi.
"Qila ni setiausaha saya sekarang,jadi kalau ada apa-apa masalah inform dekat Qila ya."ujar ayahnya.
Hati Qila bagaikan gunung berapi yang ingin meletus apabila mendengar ayahnya berkata begitu.Hatinya bertambah gembira apabila Sang Lelaki yang bernama Rayyan ini hari-hari melawat rumahnya atas urusan lain.
***************
"Ayah,kenapa tak bagitau awal-awal yang Ustaz Rayyan kerja dekat company ayah?Kalau tak dah lama Qila kerja dekat situ."tanya Qila.
"Kamu masa pun takde,inikan nak kerja."perli ayahnya.
"Ishh,ayah ni kalau perli Qila nombor satu."
"Merajuk pulak anak ayah ni."ujar Encik Rafiq sambil mengusap lembut rambut anaknya."Jadi Qila bersungguh-sungguh nak kerja ni sebab Ustaz Rayyan lah?"sambung ayahnya lagi.
"Haah,sebab dialah."ringkas Qila.

I Nak Goda U Boleh?Where stories live. Discover now