"Dushhhh"
Bunyi ombak menghempas gigi pantai serta angin yang menyapa di pipi serba sedikit membuatkan aku berasa tenang. Dada langit kian bertukar kemerah-merahan menampakkan matahari yang hendak terbenam. Terbit rasa kagum di hati melihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Alangkah bersyukurnya aku kerana masih diberikan kesempatan yang kedua menggunakan pancaindera untuk melihat keindahan ini disaat aku hampir kehilangannya.
Setelah puas memandang langit, aku pejamkan mata.
Cuba menikmati kenikmatan ciptaanNya.
Seketika hilang segala beban yang dirasai.
Seolah-olah ia lenyap. Lenyap begitu sahaja.
"Ingat, yang kalah kena belanja aiskrim!"
Kelopak mataku perlahan-lahan terbuka sebaik mendengar suara yang seronok mengekek ketawa.
Kelihatan dua remaja berbangsa India dihadapanku asyik berkejaran antara satu sama lain. Si gadis berlari sambil tertawa apabila si lelaki tidak dapat mengejarnya. Sesekali si gadis menjelirkan lidah tanda mengejek si lelaki yang ketinggalan sepuluh langkah dengan gadis itu.
Ketika si gadis tidak memandang, lelaki itu mengambil kesempatan untuk memperlahankan lariannya. Sengaja mahu memberi kemenangan kepada si gadis.
Tanpa aku sedari, air mataku sudah jatuh bergenang membasahi pipi yang sedikit bergaris. Segala kenangan aku bersamanya beberapa dekad dahulu kembali menerjah dalam benak fikiranku. Senyuman nipis mula terukir di wajah.
"Stewart, saya rindu awak..."
- Assalamualaikum hai! Terima kasih kepada yang sudi membaca 'Pentan'! Sebenarnya saya dah publish cerita ni tapi di acc lama saya dan tajuk yang lain.
Tapi itulah bila dah lama tak bukak dan lupa password, maka terpaksalah buat baharu huhu~ Bezanya jalan cerita dan watak saya ubah untuk dperbaiki dengan lebih baik! InshaAllah lepas ni saya cuba kerap update! -@ sissynis 13.6.21
YOU ARE READING
Pentan
Romancebèn dàn : fool / idiot. "Hai pentan!" - Anis Sofia "..." - Stewart Tan Bermula di bangku sekolah, ia hanyalah sekadar usikkan. Lama kelamaan ia bertukar menjadi satu perasaan yang lebih daripada seorang rakan. Lebih tepat, seorang rakan yang dilup...