Bab 1

84 19 20
                                    

-2008-

"Weh, Nis tengok tu. Hero sepet kau." Bahu aku dicuit menggunakan pen. Tangan aku yang dari tadi bergerak lincah mengcopy paste buku math Ajim berhenti.

Laju anak mata aku mengikut jari yang ditunding Ajim. Susuk tinggi lampai sedang berjalan melintasi kelas ku. Lelaki berbangsa cina, kulit sedikit pucat, wajahnya dingin namun tampak sedikit senyuman apabila teman disebelahnya mengatakan sesuatu.

Dahi aku berkerut."So?" Jawapan aku dibalas dengan wajah Ajim yang turut berkerut pelik. 

"Girl, kau dah move on ke? You sure?"

"Ya, berapa kali aku nak ulang, aku dah move on daripada si mamat sepet Stewart tu. Habis membazir air liur gue, kau tahu?" Sambil-sambil itu aku pandang sekilas ke luar kelas. Kelibat lelaki berbangsa cina itu sudah tidak kelihatan lagi.

Stewart Tan. Itulah nama lelaki tadi. Merangkap bekas cinta monyet aku yang bertepuk sebelah tangan tak bunyi-bunyi selama 3 tahun, 10 bulan, 16 hari. Terserlah bukan hormon kegatalan aku? Hormon remaja katakan, puih!

Ok back to the story, Stewart Tan. Berbangsa cina, berambut mangkuk ala ala mushroom, punya ketinggian setinggi hantu galah dan si genius matematik. Jejaka idaman yang punya pakej serba lengkap. Dia pernah menjadi rakan sekelas aku selama setahun ketika di tingkatan satu. Semuanya bermula apabila aku gemar mengusik tentang gaya rambutnya yang berbentuk seakan-akan cendawan yang baru mahu tumbuh di tengah rimba.

"Mangkuk ke ai"

"Anne tak potong siap ke rambut you?"

"Eeee cendawan bergerak!!!"

Reaksi Stewart yang kaku dan dingin dengan ejekkan gatal melangit daripada aku buat aku lebih gemar nak membahannya. Tiap kali berselisih pasti ada sahaja aku mahu menyakat. Bila dikenang semula, nakalnya mulut aku. Mana tahu style rambutnya itu merupakan style kegemaran ibunya yang digayakan sendiri khas untuk si anak yang baru sahaja masuk ke alam sekolah menengah? 

Masih jelas di ingatan aku hari di mana aku sendiri melihat senyuman Stewart yang terselit diejek oleh aku.Tak pernah-pernah dia senyum, tapi hari itu berbeza.  Dalam tiga saat, senyumannya hilang dan kembali stoic. Muka nampak dingin tapi dalam hati ada playground. Entah kenapa, hati aku rasa semacam.

Tapi sayangnya, sumber kegembiraan aku tak bertahan lama. Bak kata pepatah, ku sangka panas ke petang, malangnya hujan di tengah hari. Selepas masuk tingkatan 2, aku dan Stewart bertukar kelas. Stewart berjaya menaiki kelas yang lebih atas manakala aku masih kekal di kelas yang sama. Tiada lagi sakat menyakat atau gurauan keanak-anakkan. Dan hubungan persahabatan 'cendawan mangkuk' kami terputus begitu sahaja. Jika terjumpa atau lalu tepi pun masing-masing macam strangers. Sapa apatah bagi salam pun tidak. Ego aku yang mahu Stewart menegur dulu menguasai.  Maka, aku cuma mampu usha Stewart dari jauh.

Sehinggalah aku berada di tingkatan 4.

"Berapa banyak lagi borang kajian kau tinggal?" Tanya Ajim yang menghulurkan borang kajian bagi tugasan subjek Geografi. Entah berapa kali dia kira borang itu untuk pastikan jumlahnya cukup.

"Banyak lagi ni, ada lagi 2 helai" Spontan aku balas sambil mengambil borang yang dihulur.

"Ah, apa yang banyak 2? Aku ada lagi 18 helai tak isi lagi kau tahu." Cebik Ajim. Mukanya dah mencuka masam. Sebenarnya tidaklah susah mana nak cari orang untuk isi borang sebanyak 50 helai ni, yang payahnya bila nak ke hulur ke hilir mencari insan yang sudi isi borang ni. Habis kudrat tenaga kesayangan!

PentanWhere stories live. Discover now