Bab 1: Alisa!

35 4 3
                                    

"Kakak!! Bantu Alisa!!" Jerit Alisa.. Kakinya yang berdarah akibat ditoreh pisau ditangkap oleh musuh..

Arissa menoleh ke belakang mencari susuk tubuh Alisa.... Dilihat Alisa semakin jauh ditarik.. Dia tidak berdaya.. Kuasanya pada ketika itu tidak dapat digunakan..

"Alisa!!" Alisa semakin jauh dipandangan.. Lelaki itu tersenyum puas kerana dapat memisahkan Alisa dari kakaknya.. Pandangan Arissa yang penuh benci kearahnya tidak menakutkannya..

"Aku takkan maafkan kau! Aku bersumpah yang aku akan musnahkan semua keturunan kau!!" Jeritannya dibiarkan sepi... Alisa sudah hilang... Airmatanya semakin lebat.. Dia kecewa! Kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan adiknya. Adik kembarnya sendiri!!!

"Bedebah!! Kau si tua!!"

"Kau panggil aku si tua ya??"

Arissa memalingkan tubuhnya.. Dia kenal sangat dengan suara tua tu.. Suara yang dibencinya!!

"Ya! Memang kau si tua!!" Arissa memberanikan diri...

Lelaki tua itu tersenyum lalu ketawa...Dia membetulkan topinya. Sekali lagi, dia memberikan senyuman menjengkelkan.. Api kemarahan Arissa membuak-buak..

"Hahah!! Adik kau tak akan dapat diselamatkan lagi!! Dia akan dikurung sampai mati!!" Airmata Arissa tidak dapat ditahan lagi.. Dia menangis dan menangis sehingga mendapat satu idea..

"My dear dragon, please get into this man's body!!"

......

Sunyi. Tiada apa yang berlaku.. Arissa terpana. Tidak sangka kuasanya tidak berkesan keatas lelaki tua tidak guna ini!!

"Sia-sia kau guna kuasa kau! Ia takkan berkesan pada aku..." Lelaki tua itu bermain-main dengan rambut Arissa.. Arissa menepis kuat.

"My dear dragon, please control this man's body and take his power!!" Kali ini Arissa menggunakan kuasa yang lebih kuat dari yang tadi dan akhirnya berkesan...

Akan tetapi, ia tidak lama.. Lelaki tua itu dapat menghindari dari kuasa itu..

"My dear phoenix, please protect me from this power!" Kata lelaki itu.. Serta-merta Arissa terdorong ke belakang dan lehernya terasa sakit.. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat..

Lelaki itu ketawa sepuas-puasnya... Tidak lama selepas itu dia menghilang.... Arissa tinggal disitu tidak sedarkan diri...

Tiba-tiba ada cahaya datang seorang lelaki muncul disitu.. Direnung Arissa penu sayu sebelum dia melaksanakan kerjanya..

"My dear phoenix, please take this girl's memories!"

'Gangguan Alisa'Where stories live. Discover now