Chapter 4

657 70 6
                                    

[Yoongi POV]

Aku cadang nak ambil angin kat luar sebab aku naik bosan dengar lawak bodoh Hobie yang tah ape ntah. Waktu aku otw nak keluar tetiba aku nampak pintu pejabat Madam Oh terbuka sedikit. ' Em tadi Madam oh panggil Jinnie hyung mesti ada benda penting. Apa salahnya aku curi dengar perbualan diorang. Hikhikhik.' Lalu aku pun curi-curi dengar'

"Petang ni ada orang nak nak ambil Jungkook jadi anak angkat diorang tapi Jin jangan risau Madam Oh dah pastikan diorang ni dari keluarga yang baik baik"

"Okey Madam. Jin tak kesah"

Aku terkejut gila. Tak sangka hyung sanggup buat macam tu! Argh stress!

End POV

(Poor Yoongi. Lain kali dengar la bagi habis dulu apa yang Jin hyung cakap. Haishh. Sorry sebab yienn memang takmau bagi Yoongi dengar bagi habis. Hahah)

Skip

"Okey Madam. Jin tak kesah"

Jin tak sedar yang dia boleh cakap macam tu. Padahal mulut cakap lain dalam hati lain. Suasana menjadi sepi dan suram dalam pejabat itu.

"Are you okey Jin?"tanya Madam risau.

Sepi. Tiada jawapan.

"Jin?"

Sepi.

"Park SeokJin ... "

Serta merta Jin mengangkat kepala sambil mengelap air mata yang mengalir dengan tangannya dan dia berkata,

"Madam, kenapa nasib kami macam ni? Kami dah selesa stay sini. Kami masing-masing dah boleh terima kematian eomma ngan appa. Kami dah tak larat nak tanggung rindu dekat eomma ngan appa. Sekarang ni Madam nak suruh kami tanggung rindu kat Tookie pulak bila dia pergi! " Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangis. Jin berhenti lalu menarik nafas dalam dalam sebelum dia meruskan katanya.

"Jin faham dan boleh terima walaupun susah tapi macam mana dengan adik-adik Jin? Nanti Jin nak cakap apa dekat mereka?," Jin kembali menangis. Suaranya begitu serak.

Madam Oh segera bangun dari tempat duduknya lalu memeluk Jin dan menenangkannya.

"Madam tahu Madam boleh harapkan Jin. Jin kan kekuatan mereka. Dah dah jangan nangis. Nanti apa pulak kata adik-adik Jin kalau diorang tengok Jin macam ni. Tak hensemlah." pujuk Madam Oh.

Jin mengelap air matanya dan membuat lagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. 'Aku mesti boleh!' Lalu dia bangun dan tunduk kepada Madam Oh.

"Gumawo Madam Oh. Jin tahu nak cakap apa dekat mereka"

Jin keluar dari pejabat lalu menuju kebiliknya. Dia memanggil adik-adiknya supaya berkumpul.

Setelah adik-adiknya berkumpul, Jin mengumpul kekuatan lalu dia bersuara,

"Harini hyung ada berita gembira nak bagitau kamu semua!" mukanya sengaja diceriakan.

"Berita apa hyung? Berita sensasi ke?" tanya Namjoon.

"Eh kau ni ade ade je kan BibiJoon. Bagilah Jinnie hyung habis cakap dulu. Len kali orang bercakap jangan menyampuk" Hobie berkata sambil mengetuk kepala Namjoon.

"Kan aku dah kata jangan panggil aku BibiJoon!" kata Namjoon dengan nada tak puas hati.

"Okey, enough. Hyung nak bagitahu yang petang nanti akan ada orang nak datang ambil Tookie. Orang tu nak ambik Tookie bawak balik rumah mereka. Orang tu nak tolong jagakan Tookie."

"Kenape puyak nak jaga Tookie? Hiyung kan boyeh jaga Tookie?" tanya Chim.

"Orang tu nak jaga Tookie lah. Tookie kena minum susu. Chim ada susu ke nak bagi Tookie minum? Haa takde kan. Haa sebab tulah. Lagipun kita semua mana reti jaga Tookie. Tookie kan kecik lagi. Takpe nanti kita boleh jumpa Tookie jugak." Jin berharap yang adik-adiknya akan termakan dengan kata-katanya.

"OKEYYYY HYUNGGG!" kata mereka serentak kecuali Yoongi.

"Kau ingat aku bodoh ka hyung!?" Yoongi memandang Jin dengan membuat muka sinisnya.

Jin hanya memandang tajam kearah Yoongi dan berkata, "Park Yoongi! We need to talk after this!"

"Okey semua pergi mandi cepat. Nanti lambat pulak kita nak jumpa orang tu"

Hobie, Namjoon, Chim dan Bwi berlari kebilik mandi. Tinggallah Tookie yang sedang bermain mainannya.

Yoongi berjalan kearah Tookie lalu memdukungnya.

"Kau pabo hyung! Kau sanggup serahkan Tookie ni dekat orang lain! Kita dah janji kan, yang kita akan stay 7 orang walau apapun terjadi. Kau ni memang betul-betul tak guna lah hyung. Kau tak kesiankan Tookie ni ka huh? Aku ingatkan aku boleh harapkan kau tapi tch!"

"Bukan macam tu lah Yoongi. Sebenarnyaaa ." belum sempat Jin menghabiskan ayatnya, Yoongi mencelah.

"Sebenarnya apa hyung? Kau nak tipu apa pulak dekat aku? Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau cakap dekat Madam Oh tadi! Aku dah dengar semuanya lah!"

Jin terdiam dan melepaskan keluhan berat lalu berkata,

"Kau nak kata apapun dekat hyung, kau katalah! Kalau kau nak maki hyung pun, makilah! Kalau kau nak pukul hyung sekalipun, kau buatlah Yoongi asalkan kau puas! INI KEPUTUSAN AKU DAN KAU JANGAN MASUK CAMPUR! " jerkah Jin lalu memgambil Tookie dari Yoongi dan keluar dari bilik lalu menuju ke taman. Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia tengah marah.

'Hyung tak pernah macam ni. Hyung tak pernah bahasakan diri dia 'AKU'. Kenapa dengan hyung?' kata Yoongi didalam hati.

Di taman

Untuk part ni sila dengar lagu Hug Me by V and Hoseok.

Jin memandang adik bongsunya dengan satu perasaan yang sukar ditafsirkan.

"Mianhae Tookie, jeongmal mianhae. Hyung buat semua ni untuk kebaikan Tookie" Jin mengalirkan air matanya.

Tookie yang tidak faham apa itu hanya memandang Jin lalu memegang pipi dan memeluk Jin. Dia seolah-olah faham yang hyungnya tengah sedih.

Jin begitu tersentuh dengan perlakuan adik bongsunya itu.

"Hyung janji, nanti hyung ambil balik Tookie", kata Jin lalu memeluk erat Tookie.

'Mana mungkin aku sanggup nak lepaskan adik aku macam tu ja tapi nak buat macam mana aku terpaksa! Kenapa Yoongi tak faham semua ni. Kenapa Yoongi tak nampak pengorbanan aku ni!' rintih Jin.

Jin tahu bukan senang nak berdepan dengan Yoongi. Yoongi dari dulu lagi seorang yang susah dirunding dan dia jugaklah yang paling kasar dalam kalangan adik-beradiknya.

'Maafkan hyung, Yoongi. Hyung tak sengaja jerkah kau tadi. Suatu hari nanti kau akan faham kenapa hyung buat semua ni' kata Jin didalam hati dan air matanya kembali mengalir.

To be continued

Kesiannya Jin.
Nampak dak ciri abang sulung kat our Jinnie ni? Hohoho.
Nak tahu apa jadi lepasni? Ikutilah episode seterusnya.
Sediakan sehelai tisu mungkin. Hikhikhikhik.

thank you untuk sapa yang vote dan komen. Yienn really appreciate it. Silent readers janganlah malu-malu untuk komen dan jangan lupa votelah sekali. Hehehehe.
Sayang semua. Muahh.

THE SEVENWhere stories live. Discover now