7; Jiran Sebelah pt. 4

222 21 4
                                    

Aku berdiri di atas rumput yang agak luas. Padang ini disedikan oleh pihak fun fair untuk mereka yang penat berjalan dan mahu berehat sambil menghirup udara segar.

Jadi dengan itu, mereka juga menjual tikar kepada pelanggan yang mahu duduk di atas rumput.

Aku mendukung Minmin sambil menunggu kehadiran Yoongi. Secawan jus oren aku masih kupegang.

Sesaat kemudian Yoongi menghampiri kami sambil membawa tikar. Lalu dia membentangkan tikar dan mengambil Minmin di dakapanku.

Aku segera duduk dan mengambil Minmin yang dihulurkan Yoongi. Kemudian aku baringkan Minmin di atas tikar dan Yoongi segera duduk sambil menjulurkan kakinya.

"Segarnya kat sini~" luah Yoongi sambil menghirup udara segar.

"Awak cepatlah cerita, saya nak dengar"

"Tak menyempat" Yoongi tersenyum ke arahku. Aku pula tersengih.

"Okay saya cerita. Sebelum saya datang sini, saya dari Daegu. Kampung saya. Awak nak tahu?"

"Aha?"

"Keluarga saya paling terkenal dan terkaya tau kat situ" Yoongi tersenyum sambil memandangku.

"Amboi, yang kaya tu keluarga awak. Bukan awak" aku mencubit lengan Yoongi perlahan.

"Aduh sakitlah" Yoongi mengadu kesakitan. Minmin pula ketawa secara tiba-tiba.

"Eh eh, Minmin pulak yang ketawa?" Aku tertunduk dan menggeletek perut buncit Minmin. Dia ketawa tidak henti-henti. Seronok pula aku mendengar dia ketawa.

Lalu aku menghadiahkan satu kucupan manis pada pipi Minmin.

"Awak, saya nak cerita ni. Awak nak dengar ke nak layan Minmin?" Soal Yoongi. Dia seakan mencebik kerana aku mengendahkannya.

"Okay-okay saya dengar. Ceritalah"

"Masa saya kat Daegu, saya sambung belajar dekat Daegu Universiti. Saya ambil course business. Dan masa tu jugaklah saya kenal omma Minmin" jelasnya.

Aku memandang wajah Yoongi lama. Aku takut juga kalau wajahnya berubah kelat apabila dia mula menceritakan kisahnya.

Tetapi dia memandangku sambil tersenyum. Maknanya, dia tengah okaylah tu.

"Masa tu, kami baru 20 tahun tapi dah kahwin. Omma appa pun bersetuju jelah sebab kami kahwin kerana cinta"

"Lepas tiga tahun kami kahwin, omma Minmin mengandung. Awak tahu? Punyalah gembiranya saya masa tu bila dapat tahu dia mengandung"

Aku sempat melihat senyuman di wajah Yoongi yang tidak henti-henti. Kemudian dia mengucup dahi Minmin perlahan. Dia duduk dan bersedia untuk bercerita semula.

"Tapi lepas je Minmin keluar, kehidupan kami tunggang langgang. Dia selalu pulang lewat tinggalkan saya dengan Minmin dekat rumah"

"Dan bila saya siasat, rupanya dia ada lelaki lain. Dan saya siasat lagi, saya dapat tahu yang dia kahwin dengan saya bukan sebab cinta. Tapi sebab harta"

Hatiku menjadi sedikit remuk setelah mendengar penjelasan Yoongi. Tetepi lelaki itu masih tabah tersenyum walaupun hatinya aku tak tahu apa yang sedang berlaku.

"Malam tu, saya tunggu dia balik. Saya soal dia macam-macam. Pada mulanya dia cuba nak mengelak, tetapi dia pasrah akhirnya dia jujur yang dia tidak pernah cintakan saya. Walau sedikit pun"

"Jadi kami buat keputusan untuk cerai. Hak penjagaan Minmin pula sepenuhnya pada saya. Dan dia pun tak dapat satu sen pun dari saya"

"Empat bulan lepas tu, saya dapat tawaran bekerja dekat Seoul. Sebab tu saya pindah sini, kelmarin"

When you're alone, do You think of Me? | SugaWhere stories live. Discover now