Cemburu pt. 2

499 44 5
                                    

Aku dan Yoongi sedang duduk bertentangan di sebuah restoran. Aku menyuap laju nasi ke dalam mulut. Dan aku perasan, nasi di dalam mangkuk Yoongi tidak diluak pun.

"Tak makan?" Soalku. Yoongi hanya diam dan merenung memandangku. Aku sedikit hairan dengan sikap Yoongi.

"Kenapa? Tak suka makanan tu? Kalau tak suka, kita tukar eh? Ahjumma...!" Aku mengangkat tangan ingin memanggil ahjumma. Namun Yoongi pantas menarik tanganku.

"Tak payah" Lalu Yoongi menyuap perlahan nasi ke dalam mulutnya.

20 minit telah berlalu, kami keluar dari restoran tersebut dan Yoongi mengajakku pulang ke rumah. Aku hanya mengangguk. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, tiada sebarang suara pun di antara kami. Masing-masing melayan perasaan.

Beberapa minit kemudian, kami berada di hadapan rumah Yoongi, tiba masanya untuk kami berpisah.

"Yoongi-ah, esok kita keluar nak tak?" Soalku.

"Esok aku ada hal. Aku nak masuk dulu. Ingat balik rumah terus, jangan singgah mana-mana" Yoongi berpesan kepadaku.

"Dengan pakaian macam ni..." sempat dia memerliku.

"A...apa?"

"Dah takde pape, pergi balik. Aku masuk dulu. Bye" Yoongi berlalu memasuki rumahnya meninggalkanku keseorangan di hadapan pagar rumahnya.

"Ceh! Halau nampak?!" Aku memeluk tubuh tanda protes. Dengan pantas aku berjalan beberapa meter di hadapan untuk ke rumahku. Rumah aku dan Yoongi bersebelahan sahaja.

....

Keesokkan paginya, aku berhasrat untuk mengikuti Yoongi secara senyap-senyap. Jadi hari ini, aku ingin memakai pakaian yang berlainan daripada semalam.

Aku menyarung seluar jeans yang panjangnya hingga buku lali berwarna hitam, memakai baju berlengan panjang berwarna putih, memakai hoodie berwarna hitam dan tidak mengikat rambut. Sudah tentunya beg sandang berwarna hitam. Jadi harini aku memakai serba hitam.

Aku turun ke bawah untuk bersarapan. Omma dan appa tiada di rumah sejak pagi lagi. Mereka telah ke pasaraya untuk membeli barang. Setelah bersarapan, aku ke pintu rumah memakai kasut high sneakers berwarna hitam. Setelah itu, aku memakai kaca mata hitam dan menyarungkan kepala dengan hoodie(?). Hahahaha faham kan? XP

Aku berjalan keluar dari rumah. Kebetulan, ternampak Yoongi juga keluar dari rumah. Aku cepat-cepat menyorok di antara semak supaya Yoongi tidak perasan kehadiranku.

'Ohh jadi dia nak pergi main basketball lah ni?' Soalku di dalam hati. Di tubuh Yoongi lengkap berpakaian seperti semalam.

Setelah Yoongi keluar dari halaman rumahnya, aku juga keluar dari halaman rumahku. Aku cuba mengikutinya dari belakang namun berjarak 30 meter.

Kemudian, kami sampai di stesen bas. Aku pasti Yoongi akan ke tempat semalam. Beberapa saat kemudian, sebuah bas menghampiri stesen bas. Pantas Yoongi menaiki bas dan aku juga cepat-cepat naik bas tersebut.

Sampai ke destinasi, Yoongi turun dari bas terlebih dahulu. Setelah itu, aku membuntutinya tanpa kesedarannya.

10 minit berlalu, sudah tibanya untuk Yoongi beraksi. Sebelum itu, aku sempat mengeluarkan kamera digital di dalam beg lalu menangkap beberapa gambar Yoongi.

'Hahahahaha harini aku jadi paparazzi Yoongi' Aku ketawa kecil di dalam hati.

Semasa sedang leka dek mengambil gambar Yoongi secara senyap-senyap. Tiba-tiba, Yoongi memandang tepat ke arah kameraku. Aku sedikit terperanjat. Dari pandangan wajahnya, aku dapat rasakan wajahnya seperti sedang marah.

Dengan pantas Yoongi berjalan kearahku. Hatiku berdebar. Berharap dia tidak perasan kehadiranku.

Yoongi semakin hampir denganku. Segera Yoongi menarik lengan kananku.

"Ahh...apa ni?!" Aku cuba meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia tidak menjawab dan terus menarikku hingga entah ke mana.

Kami berhenti di tengah-tengah laluan penjalan kaki. Mujur tidak ramai orang yang berlalu-lalang.

"Apa ni???" Soalku separuh jerit sambil melepskan tangan kananku dari genggaman Yoongi.

"Apa ni?" Soalnya selamber. Lalu Yoongi membuka kaca mata hitamku dan membuka hoodie di kepalaku(?). Wajahnya tidak kelihatan terkejut. Seperti dia sudah tahu tentang kehadiranku.

"Macam mana kau tahu?" Soalku sambil tertunduk.

"Sejak dari mula lagi" ujarnya mendatar.

"Aku ingatkan kau nak pergi kedai ke, mall ke, rupanya ikut aku pergi court" Terangnya. Suaranya kedengaran seperti kecewa.

"Kau berdiri kat situ buat aku rasa susah nak fokus, tahu tak?" Marah Yoongi.

"Mian....lepasni aku takkan ikut kau lagi dah" ujarku perlahan. Yoongi mengeluh kecil.

"Bukan aku tak suka kau ikut aku" Terangnya perlahan.

"Tapi..." Dia tidak menghabiskan ayatnya. Seperti susah untuk dia lafazkan.

"Aku tak suka kau datang court situ"

"Kenapa?" Soalku ingin tahu.

"Aku tak suka bila Daniel rapat dengan kau"

"Ah Yoongi-ah!" Aku terus memeluknya dengan erat.

"Kyah!" Yoongi cuba meleraikan pelukanku. Namun tidak berhasil. Aku memeluknya lebih erat.

"Yoongi-ah, kau jealous dengan Daniel eh?" Soalku.

"Jealous? Buat apa aku nak jealous?" Soalnya. Dan aku meleraikan pelukanku.

"Yeke?????" Aku cuba mengusiknya dengan mencuit perlahan perutnya. Dia mengeluh lagi.

"Ya. Sejujurnya, aku jealous" Yoongi kedengaran pasrah lantas memelukku. Aku pula tersenyum di dalam pelukannya.

"Dah, nanti padam semua gambar-gambar aku tu" ujarnya sambil mengusap perlahan rambutku.

"Hihihihi arasseo!~"

Ending yang tak berapa nak menarik. Mian 😥😥

When you're alone, do You think of Me? | SugaWhere stories live. Discover now