First And Last CHAPTER

91 13 2
                                    


Ya...aku masih teringatkan dia. Sewaktu pertama kali aku menjumpainya di kampus dulu. Sewaktu aku baru putus cinta dahulu. Sewaktu aku di kenali dengan wanita yang bukan pilihan hatiku dulu.

Semua berkenaannya aku ingat. Menjadi pelajar di kampus dengan perasaan yang serabut bukanlah senang. Aku berkenalan dengannya kerana aku ingin mempergunakannya.

Sewaktu aku diarahkan untuk berkahwin, aku seperti separuh nyawa! Benci! Menyebalkan! Mengapa harus aku bernikah? Aku sendiri tidak tahu mengapa idea itu muncul di benak fikiran ayah dan mak.

Seminggu masa yang diberikan untuk aku mencari isteri. Tiada sesiapa sebaik A. A ialah kekasih lamaku yabg telah meninggalkan ku. Entah mengapa aku tidak tahu. Dia tinggalkan aku kerana aku masih belajar . Dia mengambil keputusan untuk mengikut kekasih barunya.

Ah!! Bodoh. Setiap kali aku marah, si dialah yang menenangkanku. Dia yang selalu memujuk. Jadi, untuk menutup malu, aku jadikan dia sebagai isteri ku. Ya, 'dia'. Bukan kepalang dia memberitahu semua orang gemebiranya dia mempunyai suami sperti ku.

Memandangkan dia amat menyukaiku..aku hanya nengikut semua aturan keluarga. Aku ingat lagi ketika memilih baju serta cincin untuk pernikahan kami. Hanya dia yang 'bersungguh'. Manakala aku, hanya mengiyakan sahaja. Lagipun, bernikah dengan orang yang tidak aku cintai.

Tujuan ibu bapaku menyuruh aku bernikah suapaya aku dapat melupakan A. Aku diam tidak berkutik sewaktu itu. Biarlah apa jadi sekalipun, sayangku pada A sentiasa di hati. Terkadang, si dia selalu juga terasa bila aku acuh tak acuh dalam persiapan pernikahan kami. Tapi apa yang boleh aku lakukan?

Memang aku tidak ada hati padanya. Aku hanya jadikannya sebagai isteri. Aku masih ingat 3 bulan sebelum kami bernikah, dia yang banyak membantu supaya aku lulus. Di kala aku masih was-was dengan ketentuan, dia yang memujuk. Sering juga aku pergunakan dia dari segi 'wang'.

Ketika aku belajar dengannya, aku menyuruhnya memblikanku makanan. Aku langsung tidak mengeluarkan wangku  tapi si dia langsung tidak kisah. Baginya, aku seorang yang istimewa. Jadi, sekadar pemberian wang atau makanan, dia sanggupkan sahaja.

Sehinggalah aku berjaya menghabiskan semku dalam bidang perniagaan. Sebaik sahaja aku habis serta menamatkaj ijazahku, ayah dan mak mengadakan kenduri kesyukuran serta majlis pernikahan kami.

Seminggu setelah kami bernikah, dia ada menghantar pesanan ringkas kepadaku. Dia tnaya sama ada aku ikhlaskah terhadap dia? Sayangkah aku terhadap dia? Tapi apa yang aku buat? Aku hanya mampu 'seen'kan sahaja mesejnya. Tiada jawapan!

Kehidupan berumah tangga bukan lah salah satu cara untuk aku melupakan A. A masih lagi didalam hatiku ketika aku sudah bernikah dengan si dia. Aku masih lagi menyayangi A. Namun, dia seperti seorang bidadari. Sentiasa bersabar dengan perangaiku yang sedia maklum. Kadang-kadang aku dingin, kadang-kadang aku pendiam, kadang-kadang aku baran.

Sedikitpun dia tidak terasa. Malah setia bersamaku ketika aku susah. Sewaktu aku menceburi bidang perniagaan, dialah yang mengeluarkan modal supaya aku dapat mendirikan syarikatku sendiri. Ya! Dia membantu dan aku pun membuka serta memiliki syarikatku sendiri.

Setiap tahun dia mengingatkanku mengenai 'anniversary' kami. Dia memasak pelbagai makanan. Makanan kegemaranku juga disediakan. Tapi aku hanya memandang makanan tersebut dengan pandangan hambar tanoa menjamah sedikitpun. Kasihan melihatnya begitu apabila difikirkan semula. "Aku rindukan 'dia' ".

3 tahun kami bersama, aku selalu terperasan bahawa dia selalu membuka facebook, instagram. Dia scroll satu persatu  gambar di ipadnya.. Kebanyakan gmbar yang diexplore adalah gambar anak rakan sekuliah kami. Ralit aku perhatikan dia meneliti setiap gambar. Aku tahu dia menginginkan anak sendiri. Tetapi aku? Aku masih lagi belum memberi sebarang komitmen dalam mempunyai anak serta rumah tangga kami.

Maaf Ku PintaWhere stories live. Discover now