MENYAMAR

13 1 0
                                    


Time cuti , member aku ajak member dia lagi 4 orang join kem jati diri kat dalam hutan ( nama hutan dirahsiakan )

Bila dorang sampai , dorang just nice je happy happy yelah kem dalam hutan siapa taknak kan ... Then bila dorang sampai malam pukul 8 macam tu ..

Member aku ada 3 lagi member yang join sama . Hari first , dorang semua suka tempat tu everything goes very well .. Aktiviti semua okay dorang pun happy sebab macam macam benda boleh buat ..

Malam kedua , dorang join jungle trekking . Pada awal nya semua excited termasuk lah member aku dgn geng dia .. Bila nak start masuk hutan tu , sorang daripada member dia tetibe taknak join .. Dia kata dia lemah semangat .. Then member aku teruskan jelah join jungle trekking tu dengan 2 lagi member dia ..

Once dah masuk hutan .. Kira tinggal 3 orang je lah . Member aku dah 2 org lagi member dia yang join . Yang tak join tu dia tunggu kat starter trek je dengan fasi je. Sebelum masuk hutan , fasi mintak sorang jadi ketua ikut umur paling tua .. So member aku tu paling tua dari member dia yang lain ..

Masa masuk hutan dorang kene cari checkpoint . Bila dah jumpa checkpoint fasi pesan kira semua ahli cukup ke tak .

Bila jumpa checkpoint first , dia kira ahli dia . Bila dia kira , sekali lebih satu . Dan lebih satu tu member dia yang awal tadi taknak join tu . Member aku pelik .. Then dia tanya kat dia " kata taknak join aku tak perasan pun kau join belakang aku ? "

Then dia jawab " aku tetiba nak join " . Member aku tak pelik lagi time tu . Terus jalan sampai jumpa checkpoint kedua . Sementara nak sampai checkpoint kedua tu 3 member dia tu semua diam tak kata apa apa biasa nya dorang selalu gurau gurau tak kira tempat dan masa . Member aku dah start pelik . Tapi dia diam je lah maybe member dia penat sebab dah lalui macam macam halangan . Even halangan yang berbeza beza dorang still diam carut pun tak .

Bila dah jumpa checkpoint kedua , member aku kira lagi ahli still sama .. Cukup 3 orang . Tapi ketiga tiga semua tunduk maacam tak normal . Bila member aku tanya " korang okay ? " . Dorang jawab sepatah je " OKAY ! " . Dia dah mula rasa pelik dan risau . Tapi member aku sabar lagi dan diam . Mungkin dorang ada plan nak takut - takutkan dia .. Semua diam sampai jumpa checkpoint ketiga dan still lagi cukup ahlinya .

Sampai checkpoint ketiga . Dorang kene tutup mata dengan kain hitam untuk cari tali penyambung untuk sampai checkpoint seterusnya iaitu checkpoint keempat dan takintu akan terus membawa dorang ke finish line trek tu . So , semua kene tutup mata dengan kain tu dah mula start cari . 3 of ahli member aku still mencari dalam keadaan yang senyap seolah olah bukan karakter sebenar dorang .

Then member aku dapat cari tali tu dan terus sambut . Dia terus panggil member dia dan bagi arahan untuk sambut tali tu . Lepas semua dah sambut , member aku jerit kat ahli dia " korang semua okay kan ?!! " . Lepas tu sorang je yang jawab " OKAY ! " . Member aku mula pelik .. Setahu dia ada 3 member dia yang join tapi kenapa sorang je yang jawab .. Dia pun rasa seolah olah dia sorang je yang ada kat dalam hutan tu . Dia sorang je yang join jungle trekking sejak member dia diam tak cakap apa pun . Then dia tanya lagi " MANA LAGI DUA ?! " . Tiba tiba yang menjawab tu cakap " LAGI DUA ?? ... DAH MATI ! "

Member aku tersentak dan terkejut then terus toleh belakang dan bukak penutup mata dia . Alangkah terkejut nya dia bila dapat tahu yang dia bercakap dengan POCONG ketika itu ! Dia terkedu lama . Tak bergerak dan diam membisu lantas ' benda ' tu kata " DORANG SELALU MENYAMAR JADI AKU , SEKARANG BIAR AKU PULAK MENYAMAR JADI DIA . . . " Bayangkan bila kita jungle trekking yang mula nya kita tahu member kita sendiri yang join sekali bukan kawan kita tapi benda yang menyerupai dorang !

Member aku terus lari lintang pukang sampai dia jumpa finish line dan terus rebah pengsan . Tapi itu bukan finish line yang sebenar .. Itu cuma khayalan ketika dia berdebar dan ketakutan . Dia sesat jauh dari hutan tu dan pengsan di tengah tengah hutan . Pihak kem dan ahli fasi dapat jumpa dia lepas 3 jam dia diketahui hilang semasa jungle trekking .

Bila dia sedar . Dia trauma dan terkejut lepas apa yang jadi . Dia tahu yang sorang dari member dia yang tak join tu ada dan terus dia tanya " Betul ke kau tak join malam tu ? " . Member jawab " SUMPAH ! Aku tak join pun malam tu .. Aku nampak korang bertiga je yang masuk hutan tu time jungle trekking " . Member aku buntu bila dapat tahu lagi 2 member dia yang join sama hilang !

Rupa rupanya , ada benda yang tak sepatutnya dorang buat tanpa pengetahuan member aku ni . Hari first , malam tu dorang berdua ( yang hilang tu ) menyamar jadi pocong untuk takut - takutkan ahli ahli kem lain dalam khemah tu .. Member aku taktahu pun pasal benda ni .. Member aku dapat tahu daripada ahli lain yang dorang jadi pocong malam tu sebab dorang cam muka geng member aku ni . Sebab tu lah pocong sebenar yang dia jumpa malam tu cakap macam tu kat dia . Baru dia teringat kejadian tu .

Sampai sekarang , pihak kem cuba cari dorang berdua tapi still tak jumpa jumpa . Hilang tanpa jejak . Semua orang risau . Member aku taktahu nak jawab apa kat parents dorang berdua . Takkan nak bagitahu perkara sebenar yang dorang buat benda tak betul . Pihak kem tu pun tak bagitahu hal sebenar cuma bagitahu yang dorang hilang time jungle trekking malam tu . Tu pun nak sedapkan hati parents dorang .

MAYBE . . . DORANG DAH MASUK ALAM LAIN ATAU KENE SOROK DENGAN POCONG TU ?!

SIAPA TAHU KAN ?!

Member aku masih trauma lagi pasal apa yang jadi terus balik dengan member dia masih tinggal tu tanpa habiskan kem walaupun masih dua hari lagi . Dia fobia dengan hutan . Dia masih teringat ingat ayat benda yang menyerupai kawan dia selama ni .. Dia takut ! Fobia ! Trauma ! Naik gugur jantung dia bila teringat wajah ngeri pocong tu . Naik meremang setiap bulu roma seluruh badanya bila teringatkan kata kata sinis pocong tu cakap kat dia .

Lepas tu , dia tak join mana mana kem lagi dan dia sedar yang menyamar untuk suka suka dan untuk bergurau ada salah nya . Lagi lagi di hutan . Bermacam macam benda yang kita tak nampak daripada mata kasar sebaliknya ia wujud . Bukan dia tak pernah melakukan penyamaran hantu seperti itu tapi banyak kali pernah buat . Cuma Allah selamatkan dia dari kesusahan dan kejahatan seperti itu . Yang hilang tak kembali . Yang dicari tak ditemui . Huhuhu . . .

Horror ! Where stories live. Discover now