BUNIAN

12 0 0
                                    

Aku nak cerita satu KISAH BENAR yang berlaku pada seorang lelaki baru baru ni yang hilang 7 hari di bukit broga . Dia hilang pada hari kedua di mendaki bukit broga . Dia datang dengan bos dia . Tapi apa punca dia hilang aku akan cerita kan sekarang . . .

Satu hari dia pergi bukit broga petang time dalam pukul 3 petang . Dia pergi dengan bos dia berdua mendaki hukit broga . Time tu dia okay je mendaki dgn bos dia sama sama then tiba tiba dia mendaki lebih laju dari bos dia pastu tertinggal kat belakang .

Time dia dah sampai atas puncak bukit broga tu dia nampak sorang budak kecik pakai baju warna putih lalu depan dia , dia terus ikut .. time tu dia kata dia dah kena pukau sampai masuk sempadan bunian ..

Dia berjumpa dengan seorang bunian yang berpurdah dan bertudung labuh . Dia ajak laki tu ikut dia . Lelaki tu pun ikut je . Lepastu , bunian tu kata dia dah masuk sempadan bunian .. laki tu cuba lari tapi dia lari kemana pun dia tetap ada kat tempat yang sama . Dia putus asa dia stay kat tempat bunian tu .. Lelaki yang jumpa bunian tu cerita yang dia berada di sempadan bunian dan dia tak jumpa pun perkampungan sebab ada had had untuk ke sana . Had nya kene KAWIN! .

Satu time lagi dia berjumpa dengan family bunian tu .. ada ayah , mak , adik perempuan ( yang bawak dia tadi )  dan kakak bunian tersebut . Lelaki tu nampak dorang baca al quran .. solat . Lelaki tu kata al quran dia besarr .. kalau kau salah baca al quran tu sendiri tegur kau ! HEBAT KAN ?!  Then dia nampak bunian yang lain baca yassin .. kiranya bunian ni bunian Islam .

Hari ketiga dia kat tempat bunian tu , adik bunian tu ada tanya dia " awak nak tak kawin dengan kakak saya ? "
Time dia tanya tu lelaki tu terus ingat mak ayah dia .. dia terus je cakap " saya takboleh kawin dengan awak . Saya ada mak ayah saya kat rumah . Saya nak balik ! " Terus dia jawab macamtu ..

Bunian tu pun diam je tapi muka kakak  bunian tu marah sangat . Then dia dihantar balik melalui tidur .. bila dia tersedar dari tidur sebab ada ular tedung selar jatuh atas badan dia . Ular tu cakap dekat lelaki tu " ikut arah cahaya matahari lepastu balik ikut cahaya tu " Lelaki tu pun ikut je cahaya matahari sampai dia jumpa jalan keluar ke alam realiti ..

Last sekali , orang ramai jumpa dia kat tengah tengah hutan tanpa makan dan tanpa minum dalam masa 7 hari ( seminggu ) bagi aku ni lama ... 🙁 Then terus orang bagitahu mak ayah dia yang lelaki ni selamat ditemui ..

Tapi ...
Dia rasakan di alam bunian baru 3 hari . Sedangkan kat dunia dah 7 hari dia hilang .. MISTIK !  Dia tak terima tawaran kawin bunian atas sebab dia teringat family dia . KALAU DIA TERIMA ? Dia pastu takkan pulang ke dunia dan terus menetap dia sana ! Part ular tedung selar yang berbahaya itu bercakap dengannya dan memberi jalan keluar . Itu part paling seram dan mistik bagi aku .. aku taktahu lelaki sebaik tu dipilih untuk menjadi keturunan bunian . Agaknya bunian dah lama usha dia .. sampai suka kat lelaki tu dan pujuk dia kawin .. syarat untuk masuk perkampungan bunian ialah KAWIN ! Bukan biasa biasa . Bila kau dah kawin dengan bunian kau takkan balik ke dunia .. kau akan tinggal selama lamanya dia alam bunian .. tapi bunian dia tidak memaksa seseorang untuk kawin dengan dia .. jika kita tidak mahu , dia akan melepaskan kita pulang .. jika kita mahu , kita akan menjadi keturunan bunian dan menetap dan menetap dia alam nya . . .

Horror ! Where stories live. Discover now