002 - The Beginning Part 2

122 9 0
                                    

" Yoora! " jelas suara garau Jimin memanggil. Aku mematikan langkah. Aku menghela nafas kasar.

Macam mana ni? Aku tak nak jumpa kau lagi.

Aku memaling dengan senyuman. Berlari anak si lelaki itu ke arah aku. Tangannya sudah bebas diudara melambai. Aku mampu senyum palsu sahaja.

" Waeayo? " aku soal dia yang sudah terpacak di hadapan aku. Aku hanya tertunduk. Malas nak mendongok. Walaupun dia ni pendek tapi hakikatnya, aku lebih pendek dari dia.

Dia merantap tangan aku. " Jom! "

Aku melepaskannya. " Kalau tak pegang, boleh kan? " bicara aku sinis.

Sejujurnya, aku dah tak selesa dengan dia. Aku rasa maruah aku terancam.

Patutlah, Jung Haera bekas teman wanita dia pernah bagi amaran dekat aku.

" Mianhae. " bidasnya. Aku terus melangkah pergi.

-- -- -- --

Saat aku dah mula terima kau dalam hidup aku, mesti perkara hitam akan mula menyelubung diri aku.

Aku takut jika kau perlakukan aku macam mana kau hendak perlakukan dia ketika itu.

Mungkin dia terselamat tapi aku.

Penjelasan kau,

AKU

TAK

PERCAYA

Cara kau memandang sudah jelas kau hanya ingin memuaskan nafsu kau semata mata.

Dan cara kau berbicara, jelas lagikan bersuluh yang kau masih menunggu dia.





















[C] Soft Pink : Lost... 🌹 PARK JiminWhere stories live. Discover now