009 - The Beginning Part 9

89 8 0
                                    

Tangan aku direntap. Aku memaling. Keadaan yang gelap itu menyukarkan aku untuk melihat siapa.

" Aku ni, Jimin. " Ouh Jimin rupanya. Aku menghadapnya.

Aku memaut lengan Jimin dan mula mengatur langkah pergi. " Kenapa ajak aku keluar? Kau tak penat ke? " aku memulakan perbualan.

Jimin hanya mendiamkan diri sahaja. Aku menghela nafas lembut.

Aku sebenarnya sejuk. Cuaca malam ni dingin semacam je. " Jimin. " aku panggil Jimin lagi tapi tiada sautan pun darinya.

Dia mula meraut jari jemari aku. Aku hanya membiakannya. Mata aku terpaku apabila ternampak kedai serbaneka tak jauh dari sini.

" Jimin! 7E! Jom. " aku tarik langsung dia mengikuti langkah aku.





" Kau tak nak tanya ke? " akhirnya Jimin bersuara. Aku memalingnya. Mulut aku yang penuh dengan ramen itu aku cuba menelannya.

Hok! Hok! Hok! Hok!

Badan belakang aku ditepuk lembut. " Makanlah perlahan lahan. " katanya. Aku mula sauk air botol yang ada di sebelah aku.

" Nak tanya apa je? " aku soal Jimin. Jimin hanya diam sahaja. " Ada yang aku tak tahu ke? Bagitahulah. " aku mula ingin desak dia. Aku memang nak tahu apa yang jadi tapi aku takut kalau dia marah.

Jimin masih lagi diam. " Ak-- aku. " bicara Jimin mati.

Aku masih menunggu perkataan yang keluar dari mulut Jimin. Aku pegang tangan Jimin. " Kalau kau tak boleh cerita sekarang, tak apa. Aku faham. Kalau kau dah sedia, cerita dekat aku. " bicara aku.

Tapi aku nak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

" Aku kena bagitahu juga dekat kau malam ni. " bidas Jimin.

Jimin menarik nafas sedalam dalamnya. Dia bangkitkan aku yang sedang mengunyah ramen. Posisi kami, aku berhadapan dengan Jimin.

" Apa yang kau dengar pagi tadi, semuanya betul. Haera mengandung anak aku. " aku terpana seketika. Chopstick yang aku pegang terjatuh.

Tepat sahaja aku memandang bebola mata milik Jimin. Aku melangkah ke belakang setapak. Terkejut dengan pengakuan Jimin. Jadi selama ini sangkaan aku betul.

Kelopak mata aku sudah penuh bertakung air. Jimin 9ula memegang bahu aku. Bukan memegang tapi mencengkam kuat.

" Ji--Jimin. " bicara aku. Nafas aku sememangnya sudah tidak keruan. Air mata aku mula menitis.

Aku takut. " L-Lepaskan. " pinta aku. Aku semakin ke belakang dan semakin kuat dia mencengkam bahu aku.

" Jimin lepas. Aku merayu. " rayu aku dengan tangisan.

Jimin tersengih sinis. " Tak! Aku. Takkan. Lepaskan. Kau. " bicaranya satu persatu.

























[C] Soft Pink : Lost... 🌹 PARK JiminWhere stories live. Discover now