Bab 3

44 0 0
                                    

"Life goes on. Probably not the way you wanted it to be, but always the
way it's supposed to be."

              "Weyh Sara. Sorry aku lambat. Tadi ada excident dekat depan sana tu. Mana surprisenya? Tak ada pun hadiah. Kau tipu ye?" Aisyah terus pamerkan muka cemberut.

               "Assalamualaikum. Ish kau ni. Sabar boleh tak. Salam tak ada terus terjah. Kau ingat kau tengah buat macam siaran Melodi ke, hah? Kejap je. Dia pergi toilet lah." Sara terus cakap dengan muka bengang.

               "Hihihi. Waalaikumussalam. Toilet? Takkan kau nak bagi hadiah aku ada dekat dalam toilet. Barang apa sampai ada dalam toilet tu." Tanya Aisyah dengan bingung.

               "Adalah. Sabar boleh tak. Satu lagi dia bukan barang. Dia bernyawa bernafas macam kita sebab tu dia boleh pergi toilet. Apa punya soalan lah kau ni." Cakap Sara dengan geram kepada Aisyah.

               "Ish apa-apalah. Pening lah. Tapi surprise apa ni? Alien ke tapi tak akan lah kan. Ee penat lah fikir." Aisyah tunjukkan muka blur plus bodoh-bodoh alang dia.

               Sara bermain dengan telefon. Malas nak layan Aisyah yang sudah menunjukkan bengap dia yang satu tu. Alien? Entah apa-apa je.

               Zara yang perasan kelibat rakannya yang sudah lama tak jumpa terus terfikir mahu mengenakkan Aisyah. Sara perasan Zara yang sedang berjalan perlahan-lahan di belakang Aisyah. Dia tahu Zara nak buat apa.

               "Bahhh." Zara membuat Aisyah terkejut. Mahu melatah Aisyah sebab terkejut. Dia tahu yang Aisyah akan melatah kalau terkejut.

               "Oii mak kau meletup pocot-pocot terbabum. Heii." Aisyah melatah sehingga pelanggan yang ada di kedai itu menoleh sambil tersenyum.

               Sara dengan Zara meletus gelak sambil menekan-nekan perut dengan muka merah kerana kelakar Aisyah melatah. Manakan tidak siap ada bunyi lagi.

               Aisyah yang perasan tentang keadaan itu rasa nak makan dua orang yang duduk di depan dia itu. Malunya... Semua orang pandang. Rasa macam nak menyorok dalam tandas tak nak keluar-keluar dari situ. Apalah nasib badan.

               "Dah-dah lah tu nak gelakkan aku. Aku nangis kang baru kau tahu." Aisyah berkata sampai buat muka cemberut.

               "Okey. Sorry okey. Ala aku saja je kenakan. Dah lama tak kenakan engkau. Hahaha." Zara terus meminta maaf. Ada yang merajuk pulak nanti.

               "Eleh cengeng lah kau Aisyah. Okey okey. Sorry ya aku gelakkan engkau. Maafkan saya ya wahai rakanku sehidup semati." Sara pula yang meminta maaf kepada Aisyah.

                "Okey okey kita lupakan pasal tadi. Ni kau tak rindu aku ke? Dah lama kita tak berkumpul bertiga kan. Rindu dengan korang." Zara berkata dengan jujur.

               "Aku pun rindu kau tau. Kau balik sini tak cakap dengan aku kan. Sampai hati. Ni rasa nak nangis. Ceh, tak ada lah. Tak yah jawab soalan aku yang tadi sebab kau dah ada depan mata aku sekarang ni." Aisyah bercakap dengan happy sekali sebab geng dia dah berkumpul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dangerous Bodyguard   (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now