Bab 2

41 0 0
                                    

"Sometimes you have to let go of something precious in order to get something priceless."

Sara masih berada di pejabatnya lagi. Sara terus tengok jam di tangan dan menggeleng kepala. Dia terlampau fokus dengan kerja sampai tidak sedar waktu sudah menunjukkan pukul 8:12 p.m.

Sara kemas barang-barang di atas meja kerjanya itu. Dia ambil beberapa fail yang penting sahaja. Handbag dan telefon di atas meja diambil dan ingin mengeluarkan kunci kereta. Tetapi...

"Alah, macam mana aku lupa yang aku datang pejabat pagi tadi naik teksi. Mana nak dapat teksi malam-malam macam ni. Lecehnya." Sara berkata sorang-sorang di dalam pejabatnya.

"Yes. Aku dah ada idea. Kenapalah tak terfikir dari tadi." Sara terus telefon Zara.

"Hello beb. Assalamualaikum. Kau kat mana Zara?" Soal Sara.

"Okey, kau tolong aku boleh tak? Tolong ambik aku kat office. Aku tak bawak kereta sebab kereta aku rosak. Boleh lah ya wahai rakanku." Rayu Sara kepada Zara.

"Okey, cantek. Kau tunggu kat bawah tau. Aku dah nak turun." Beritahu Sara. Kelam kabut Sara nak turun ke bawah.

Sara seorang diri di bawah sambil menunggu rakannya, Zara. Sara rasa macam diperhatikan. Terus dia pandang belakang. Tak ada orang. Naik bulu roma Sara bila terfikirkan sesuatu malam-malam begini. Beristighfar terus dia. Sara ternampak kereta Zara. Tersenyum terus dia.

Kereta tersebut berhenti dihadapan Sara. Sara terus meluru masuk ke dalam kereta sambil tersenyum memandang Zara.

Zara pelik tengok rakannya yang sorang ni. Dah kenapa tersenyum-senyum sambil pandang dia pula tu. Zara buat tak tahu sahaja. Kenal sangat perangai Sara.

"Kau ni dah kenapa? Senyum-senyum dari tadi? Ada yang tak kena dengan muka aku ni ke? Ataupun aku ni lawa sangat, hah?" Tersengih-sengih Zara berkata.

"Oii. Tak sudah-sudah nak perasan kau ni. Tapi kau memang lawa pun." Beritahu Sara dengan jujur.

"Ni yang aku rasa baik hati ni dengan kau. Hah, esok ko pergi balik kerja dengan siapa?" Tanya Zara kepada Sara disebelahnya.

"Naik teksi ajalah. Kereta aku tu lusa baru ada dekat rumah. Sebab tadi bodyguard ayah aku ambik hantar pergi servis. Lusa baru dorang hantar dekat rumah tapi petang baru dorang hantar." Kata Sara dengan sedih.

"Lah. 2 hari lah kau kena naik teksi ni. Okey lah, aku ada idea. Aku tolong kau. Aku ambik kau, hantar kau dan kita lunch sama-sama, nak?" Cadang Zara dengan idea yang muncul tiba-tiba plus baik hati dia.

"Okey jugak idea kau. Kau jadi supir aku je lah 2 hari ni. Hahaha. Alang-alang kau nak ajak lunch sama-sama kau join aku dengan Aisyah. Dia mesti tak tahu kau dah balik Malaysia ni. Boleh buat surprise dekat dia." Cadang Sara dengan idea nakal dia untuk mengenakan orang lain. Mesti terkejut beruk muka Aisyah nanti bila nampak Zara. Dah boleh bayang dah. Hahahaha. Kata hati Sara dengan jahatnya.

"Okey jugak tu. Aku rindu Aisyah jugak. Dah lama tak jumpa dia. Bergabung balik lah geng kita. Tak sabarnya nak tunggu esok." Beritahu Zara dengan happy dan terus memberhentikan kereta dihadapan rumah Sara.

"Thanks tau sebab tolong aku. Jumpa esok. Bye. Assalamualaikum girlfriend Danish Haikal. Hahaha." Gelak Sara sampai merah muka. Dan terus menonong masuk rumah tanpa mempedulikan Zara yang memarahinya sambil terpekik terlolong di hadapan rumahnya sambil berada di dalam kereta.

Dangerous Bodyguard   (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now