Bab 1

11 1 0
                                    

Langkah kaki makin dilajukan apabila angka jam sudah berganjak kepukul 12. Kejap-kejap Alisa mengerling skrin telfonnya, takut-takut Nadya menelefon. Perlahan-lahan nafas dilepas apabila kali sudah sampai di seberang jalan. Tanpa menoleh Alisa terus melintas jalan raya yang lenggang.

DUMMM!!!

Mata yang terpejam terus dibuka.Terasa semua darah mula naik kekepala dengan laju, jantung Alisa juga seperti mahu keluar. Berterabur semua barangan yang dipesan Nadya.

"Hei,yang you melintas macam lembu gila ni kenapa? Tak nampak ke kereta I?" Tengking Tengku Adam sambil mendekati Alisa.

"Sorrylah I tak nampak pun tadi kereta you. Tadi tak ada, tiba-tiba je kereta you ada. You yang kena minta maaf tau bukannya I!" Suara yang lembut telah betukar menjadi kasar apabila teringat dirinya yang dilanggar.

"WHAT?!" Mencerlung mata Tengku Adam dan memandang Alisa yang sedang mengutip barangnya.

Mulanya terasa menyirap Tengku Adam apabila gadis cuai ini tiba-tiba melintas. Bukan main kuat dia tekan break tadi nasib tak tercabut je tu. Tapi selepas melihat muka Alisa yang kalah ratu cantik buat dia lupa segala-galanya.

"Ermm..you okey tak ni? Sorry I tak perasan you, yang you melintas tak tentu pasal ni kenapa? Kenapa tak tengok kiri kanan dulu? Kan dah kena langgar dengan I. Sakit tak ni? Kalau sakit I bawak pergi hospital?" Suara yang kasar dilembutkan.

Melihatkan Alisa seperti tidak mahu menjawab Tengku Adam turut berlutut sama. Matanya terhenti kepada kepala Alisa yang berdarah. Cepat-cepat ditarik tangan Alisa.

"Hei kepala you berdarah. Mari, I bawa you pergi hospital rawat luka you."

Terhenti perilaku Alisa. Mulanya dia ingin melawan tapi apabila melihat renungan Tengku Adam dia jadi terpaku dan hanya menurut. Pintu dibuka dan dia terus masuk kedalam perut kereta.

Melihatkan Alisa yang hanya termenung Tengku Adam akhirnya mendekatkan dirinya dengan Alisa. Alisa yang terkejut dengan tingkah Tengku Adam terus menjerit.

"HEI!!!You nak buat apa ni?" Tergagap-gagap Alisa menyoal. Makin takut dia apabila Tengku Adam makin menghampiri seperti mahu menciumnya.

"Err..I nak bagi you pakai seatbelt ni. You jangan fikir lain pula eh. I ni lelaki suci tau."Balas Tengku Adam sambil menarik seatbelt.

Selesai memakaikan seatbelt, Tengku Adam mula menjauhi Alisa.

"Err..anyway nama I Tengku Adam, you boleh panggil I Adam. Nama you?" Soal Tengku Adam sambil mengerling Alisa.

"Oh, nama I Alisa. Em kenapa masa you langgar I you tak speaking dengan I eh? Mana you tau I ni Malaysian?"

"Err I kan tengah marah masa tu. Jadi I main bantai je bahasa melayu dengan you." Balas Tengku Adam sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh. Eh you tak perlulah hanta I pergi hospital. Hanta I dekat rumah I je. Housemate I tu pandai rawat I."

"Rumah you kat mana?"

"You hanta I kat depan tu je. Rumah I belakang rumah ni je."

Signal diberi dan Tengku Adam terus menekan break. Lama Tengku Adam merenung keluar. Sebenarnya dia sudah jatuh hayi pada Alisa dan ingin meminta number phone tapi dia malu.

"You! Kenapa tak buka lock? I nak keluar ni." Sergah Alisa.

"I nak number you!" cepat-cepat Tengku Adam menutup mulutnya. Buat malu tujuh keturunan woi. Yang Alisa ni bukan nak cakap lembut-lembut. Terkejut dia.

Terkekek Alisa mendengar permintaan Tengku Adam. Ingatkan apalah yang Tengku Adam fikir sampai kurung dia dalam kereta ni.

"Oh, nak number rupanya. Meh phone you."

Tengku Adam menghulur telefonnya. Telefon bertukar tangan. Laju Alisa menaip dan butang save ditekan. Telefon kembali dihulur.

"Thanks." Ucap Tengku Adam sambil menyambut telefonnya.

"Welcome. Okay bye, see you." Balas Alisa sambil melangkah pergi .

'See you'? Maknanya Alisa nak jumpa dia lagilah ni ? Seronoknya! Tengku Adam terus memecut kereta sambil menyanyi perlahan.

Perlahan lahan senyuman yang terukir hilang . Perlahan dahinya ditepuk . Dia lupa pula menjemput adiknya Nadine . Jam tangan dikerling. Sudah pukul 3, matilah dia dibebeli Nadine. Kelajuan kereta makin dilajukan.

Tersenyum Nadine apabila melihat kereta abangnya mula menghampirinya. Perlahan wajahnya bertukar keruh. Janji pukul 11 pagi, sekarang dah pukul 3 kot. Mahu tak marah. Tangan dia angkat dan dilambai ke abangnya.

"Baik mood budak ni. Selalu bukan main ketat muka kalau aku lambat." Bebel Tengku Adam sendiri.

Kereta diberhenti betul-betul dihadapan Nadine. Sungguh ayu Nadine berjalan sehingga sampai dipintu perlahan pintu dibuka. Masuk sahaja terus ditutup pintu dengan kuat. Sudah merah mukanya menahan marah.

"Abang ni. Adik dah kata kan ambil adik pukul sebelas. Sebelas! Bukan pukul 3, buat apa beli jam mahal-mahal kalau tak reti nak tepati masa!" Terjegil-jegil biji mata Nadine memandang Tengku Adam.

Terhambur semua gelak Tengku Adam. Dah agak dah, mesti membebel siNadine ni. Gila agaknya kalau Nadine boleh relax je tunggu tengah panas.

"Sorrylah darl, tadi abang accident." Balas Tengku Adam dengan sisa tawa yang belum hilang.

"What? Siapa yang langgar ? Teruk tak ni? Padanlah. Lama tau adik tunggu. Mesti teruk kan ?" Bertubi tubi soalan yang ditanya.

"Ye. Abang yang langgar perempuan tu. Tapi serious tak menyesal lawa gila perempuan tu dik. Tak teruk pun. Dahi dia je luka sikit." Balas Tengku Adan sambil membayangkan muka Alisa.

"Oh okay." Malas Nadine nak melayan. Dia bukan kisah siapapun yang diminati Tengku Adam.

Perlahan-lahan pintu rumah dibuka. Risau dia akan mengganggu Nadya yang memang tengah melayan korea. Nadya paling pantang kalau orang kacau dia masa tengah layan korea.

"Eh, you balik dah?Lambatnya balik." Soal Nadya sambil menekan butang pause dan memandang Alisa. 7 tahun Nadya menetap di korea, 5 tahun di Ireland. Tetapi bahasa melayunya tetap bagus. Itu yang buat Alisa bangga dengan Nadya.
"Tadi I kena langgar. Sakit tau. Tak jadilah I nak holiday kalau macam ni." Balas Alisa sambil duduk disebelah Nadya.

"Wow hensem je hero cerita ni. Cerita apa ni?" Soal Alisa sambil mengerling Nadya.

"Ohh ni cerita W two world. Tu nama dia Lee Jong Suk." Balas Nadya sambil mata terus menatap skrin televisyen.

Suasana sepi seketika. Hanya suara hero dan heroin sahaja yang membingit dia didalam rumah ini.

Seketika tontonan Alisa terganggu apabila telefonnya bergetar. Cepat cepat dia membaca pesanan ringkas yang dihantar .

'Hey .Esok I jumpa you boleh ? Kalau boleh I nak kenal dengan lebih rapat dengan you. Kalau you nak esok pukul 5 tau.' - TgAM

Serta merta senyuman terukir. TgAM ? Tengku Adam lah ni. So sweet . Tanpa membalas, Alisa meletakkan telefonnya diatas meja. Sekali lagi telefon Alisa berkelip tanda sms masuk, bibir Alisa pantas menguntum senyuman. Laju sahaja tangan mencapai telefon.

"Tengku, Tengku. Selagi tak balas selagi tu asyik hantar sms." Bisik Alisa perlahan sambil membuka sms .

'Minggu depan kau balik sendiri ye. Jangan harap aku nak bagi abang kau ambil. Kau bukan puteri. Kau ada duit kan? Pakai duit kau.'-uknown

Mati terus senyuman Alisa apabila mengetahui mesej yang diterima bukan dari Tengku Adam tapi dari nendanya yang ala-ala hitler. Walaupun tiada ditulis pengirimnya, dia sudah dapat agak. Dari kecil dia tinggal dengan Nenda, tapi Nenda tetap bencikan dia.

Keluhan kasar dilepaskan. Dia sudah malas nak berfikir. Apa yang keluarganya buat semua salah. Bukan dia tak tau Nendanya hanya baik dengan orang yang berharta. Dasar pilih kasih.







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dilarang Jatuh CintaWhere stories live. Discover now