Pendahuluan - Mengapa IndoChina

24 1 0
                                    


Kau kata aku acah - acah backpacker janji aku berjalan,  Kau pulak sibuk komen depan komputer


Pada mulanya memang tidak merancang tetapi keinginan untuk mengembara secara solo untuk tempoh yang lama membuak-membuak. Aku jadikan landasan Indochina sebagai permulaan untuk aku pergi jauh dalam dunia pengembaraan solo. Berlandaskan hanya sekeping kertas aku meletak dua sasaran dalam pengembaraan ini di mana aku mesti mencuba menaiki kereta api dari Ho Chi Minh ke Hanoi dan berjumpa sahabat aku di Chiang Mai.

Disebabkan nama Indochina ini sungguh unik aku melihat pengembaraan ini perlu ditakluk apatah lagi berdekatan dengan Malaysia. Asal nama Indochina adalah datang dari zaman penjajahan Perancis yang melibatkan 3 negara Vietnam, Laos dan Kemboja yang dahulunya dikenali sebagai France Indochine sebagai kawasan penjajahan Perancis. Nama Indochina adalah gabungan dari India dan China di mana ketika zaman penjajahan, Perancis melihat Laos dan Kemboja mempunyai unsur-unsur India iaitu Hindu-Buddha manakala bagi Vietnam mempunyai unsur-unsur budaya dan agama dari China.

Sekarang ini setelah mengalami beberapa revolusi selepas penjejahan Perancis, Indochina mewakili 6 negara iaitu Malaysia, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam mengikut atau dengan nama lain adalah Semenanjung Asia Tenggara (Peninsular South East Asia).

PENAKLUKAN INDOCHINA ( 28 HARI | 5 NEGARA | 10 BANDAR )Where stories live. Discover now