Dalam buku ini, Muiz Misri seorang travel blogger menceritakan tentang pengembaraan yang luar biasa ke 5 negara Cambodia, Vietnam, Laos, Thailand dan Malaysia atau dikenali sebagai Indochina secara solo. Berbekalkan sekeping kertas rujukan dan maklu...
Aku sampai di Sieam Reap lebih kurang jam 5.00 am dan apabila aku turun dari bas aku tidak tahu di mana aku berada seperti orang mamai. Aku lihat tuk tuk sedang menunggu dan memanggil pelanggan. Ini yang aku risau sebab apabila bus berhenti di bangunan pengusaha mereka sudah tentu jauh dari bandar, risiko untuk kena tipu dengan pemandu tuk tuk memang tinggi. Aku sudah lah tidak tahu berapa kadar mereka dan ini menjadi masalah kepada aku untuk tawar menawar harga selain dari masalah bahasa. Sebab itu apabila aku nak start berunding harga terutama sekali melibat pengangkutan awam aku akan bersandar berapa jauh perjalanan dan masa yang diambil. Selain itu aku akan cuba membuat perbandingan harga dengan malaysia seperti dari KLIA ke rumah Shah Alam RM55 dan itu adalah harga teksi lapangan terbang. Akhirnya aku pun malas hendak fikir dan mintak diskaun pun aku tidak bersungguh-sungguh ditambah keadaan yang masih gelap. Aku terima sahaja harga yang dia minta iaitu 10 USD untuk ke lapangan terbang.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Alhamdullah sampai sahaja Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap aku mengambil kesempatan untuk mandi dan bersihkan diri sebelum kawan aku tiba. Tidak lama kemudian kawan aku bersama isterinya membawa 2 pek Nasi Lemak Air Asia. Kawan aku tanya "Sudah breakfast? " Aku pun jawab " belum". "Ini ada nasi lemak 2 pek , abang lupa yang abang ni sudah tempah nasi lemak. Sebelum flight sudah siap-siap makan" jawab kawan aku. Selepas aku makan, terus amik teksi ke stesen bas Siem Reap dan kemudian sewa kereta ke Poipet. Stesen bas Siem Reap memang kelihatan usang dan berdebu hanya kelihatan orang tempatan. Aku syak bas yang akan ambil pelancong di hotel mereka ke sini. Setelah dapat kereta aku terus ke Poipet yang terletak di sempadan Kemboja dan Thailand.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Setelah 2 jam perjalanan aku melihat suasana Poipet tidak ubah seperti pasar malam di siang hari. Kenderaan keluar masuk di tambah pula dengan pelancong yang sibuk dengan urusan imegresen. Ada pula yang cuba mengambil kesempatan seperti ulat untuk menguruskan visa perjalanan untuk pelancong asing. Selain itu tempat laluan masuk ke Thailand, kawasan ini terkenal dengan pusat perjudiaan. Dahulu di Kemboja memang terdapat banyak tempat pusat perjudian, tetapi setelah kerajaan melihat rakyatnya semakin teruk dengan aktiviti judi maka telah diharamkan kecuali di Poipet sempadan Kemboja. Dari luar tidak nampak apa-apa tetapi setelah melepasi imgeresen kelihatan bangunan yang tersusun tidak ubah seperti bangunan di bandar moden.