Menuju Ke Poipet

24 1 0
                                    

Berjalan bukan sekadar melihat tetapi merasai apa yang ada disekeliling kita


Entah mengapa setiap kali aku tiba di negara orang aku rasa berdebar terutama semasa proses imigresen. Walaupun aku sudah biasa travel tetapi apabila aku ke nagara orang pasti aku rasa seperti orang asing. Itu yang aku rasa apabila pertama kali jejak ke Lapangan Antarabangsa Phnom Penh aku terasa sungguh asing sekali walaupun aku yang duduk bersebelahan aku di dalam kapal terbang adalah rakyat Malaysia.

Sejurus melepasi pintu "arrival" aku melihat terdapat kaunter tukaran duit, Sim Kad dan Teksi Airport. Aku merasakan perlu tukar duit Kemboja kerana merasakan mungkin mereka masih menggunakan duit mereka berbanding duit USD. Setelah selesai menukar duit aku rasa seperti orang kaya nilainya seperti jutawan segera namun nilai duit tidaklah sebesar mana.

Aku duduk sebentar untuk menyimpan duit di dalam dompet sambil mata meliar memandang kawasan sekeliling. Terlalu banyak yang bermain dalam fikiran aku masa itu Aku bangun dan menghampiri ke kaunter untuk melihat kad sim apa yang sesuai dengan aku sebagai blogger. Mengikut keperluan, aku hanya berada sini di lebih kurang seminggu dan guna hanya untuk whatsapp dan sosial media. Setelah lihat melihat harga dan data yang diberikan , aku memillih telco Cell Card 2G untuk tempoh 21 hari yang berharga 3 USD. Aku rasa berbaloi untuk keperluan aku.

Mula-mula aku fikir hendak ambil teksi, aku fikir mesti mahal kalau tuk tuk bagaimana? Aku mula rimas apabila mereka mula memanggil aku dengan perkataan "teksi teksi atau tuk tuk". Aku melambaikan tangan sebagai tanda aku tidak mahu dan apabila mereka tanya aku akan berbohong dengan menjawab I have local friends. Dengan beg yang berat dan ditambah dengan laptop aku sudah tidak berdaya hendak berdiri lama lalu aku mencari kerusi yang berhampiran. Sambil melihat pemandu teksi mencari pelanggan aku cuba melayari internet untuk mendapatkan informasi bagaimana untuk mendapat kadar yang murah dengan tuk tuk.

Mengikut informasi dalam blog, aku perlu keluar sehingga ke pintu pagar airport dan akan nampak tuk tuk dan motor bersidai di situ. Pada mulanya mereka hendak 8 USD, aku cuba tawar menawar sehingga 5 USD, boleh tetapi dengen menaiki motor. Mana boleh beg aku sudah lah besar 20 liter dan berat, bagaimana mana hendak naik motor. Setelah berunding akhirnya aku mendapat dengan harga 6 USD untuk tuk tuk, janji aku selesa berbanding menaiki motor untuk ke bandar.

Apabila sampai di Phnom Penh, aku cuba hendak check in hostel yang aku telah tempah di laman web booking.com namun tiada orang di kaunter. Aku sudah lah penat kena naik tangga sehingga 3 tingkat dengan beg lagi memang stress aku dibuatnya. Aku cuba message di FB malang tidak dijawab lebih kurang satu jam juga aku tunggu, itu pun baru balas message tetapi masih tiada orang dikaunter. Apabila ditanya salah seorang backpacker dia pun tak tahu mana orang di kaunter.

Setengah jam kemudian barulah ada orang dikaunter yang menguruskan bilik aku. Sebenarnya aku telah buat keputusan awal untuk tidak pergi ke Sieam Reap kerana waktu pun sudah tengah hari, jika aku sampai sana tiada guna kerana memang tiada lansung masa untuk melawat Angkor Wat walhal aku telah tempah hotel di Aranyaprathet untuk satu malam. Di tambah dengam bajet aku yang terhad dan pelbagai lagi perkara yang aku perlu fikirkan jika ke Angkor Wat.

Semasa berbalas whatsapp kawan aku berkata "jomlah pergi ke Aranyaprathet alang-alang sudah tempah hotel apabila lagi nak ke sana. Di sana antara pusat budle terbesar di Asia Tenggara dan macam-macam barang jualan boleh ditemui". Aku juga minat dengan barang bundle dan sayanglah jika aku menolak peluang ini. Setelah fikir masak-masak pendirian aku mula berubah, aku terus cari tiket ke Sieam Reap dan aku memilih sleeper bus yang berharga 11 USD. Bas akan bergerak jam 11 malam dan aku ada masa 8 jam untuk ronda-ronda di sekitar bandar Phnom Penh.

Jam telah menunjukkan 8 malam, aku perlu bergegas pulang ke hostel setelah aku puas berjalan-jalan di sekitar taman berhadapan Tonle Sap River. Setelah selesai mengemas semua barang-barang, aku meminta pertolongan staf di situ untuk mengambil di hadapan kaunter sebagai tanda kenangan aku sudah menginap di hostel itu. Suasana di kaunter sangat cantik apatah lagi mengadap bangunan luar dan Sungai Tonle Sap. Aku keluar tepat jam 11.00 malam, bas ke Siem Reap sudah terpacak menunggu aku. Nasib baik bas itu tidak tinggalkan aku.

Sejurus aku naik, wow ini rupanya slepper bus yang mempunyai 3 barisan katil dan 2 tingkat seperti double decker. Katil aku bersebelahan tingkap dan tingkat atas. Laluan barisan katil dan saiz katil mengikut saiz asia seperti badan aku yang tak besar dan tidak kurus sedang-sedang. Bagi orang lain yang terutama badan seperti Sazali Samad memang sempit. Dalam bas ini kelihatan seperti dalam disko dengan lampunya yang berwarna-warni. Pening juga kalau sudah bas lampu macam ini, kalau sudah berjalan macam manalah nanti. Mereka ada disediakan selimut dan mineral water kerana dalam bus ini aircond dia sangat sejuk seperti bas baru. Apabila bas sudah bergerak aku sudah tidak ingat apa-apa dan lampu dipadamkan. Maklumlah bas bergerak di waktu malam dan tiada pemandangan insudah yang boleh dinikmati. Lebih baik aku tidur sahaja.

PENAKLUKAN INDOCHINA ( 28 HARI | 5 NEGARA | 10 BANDAR )Where stories live. Discover now