Di ONCE High School,
Twice berjalan menuju ke tempat lokar sambil bergelak ketawa bercerita tentang peristiwa semalam. Peristiwa atau kejadian dimana seharian semalam ahli EXO iaitu Suho telah dibuli dengan teruk oleh Twice.
"Girls, ingat tak muka Suho semalam macam mana?" Soal JiHyo sambil cuba untuk menahan diri daripada tergelak.
"Macam tomato! Hahahahah!!" Dahyun menjawab lalu kesemua mereka tertawa kuat kecuali Tzuyu. Dia hanya bersikap dingin seperti biasa dan ada juga ahli lain yang turut membisu iaitu Nayeon.
"Dengan sos tomato penuh dekat rambut, tambah muka merah dia lagi betul-betul memang tak ubah macam tomato hahahah!" Jeongyeon tergelak besar apabila mengenang kisah semalam.
Peristiwa semalam dimana JiHyo dengan sengaja menumpahkan dulang makanan Suho. Apabila Suho mahu mengutip makanan yang tumpah, JiHyo mula menumpahkan makanan di dalam dulang makanannya ke atas kepala Suho dengan sengaja. Tidak serik dengan itu, Jeongyeon mula menumpahkan sos tomato di atas kepala Suho. Entah mengapa ketika itu Suho hanya mampu senyap sahaja sambil menahan marah, dia langsung tidak membalas. Kalau dulu, sudah tentu JiHyo dan Jeongyeon akan mandi disitu kerana disimbah air oleh Suho.
Ketika itu pula, EXO tiada bersamanya kerana masing-masing ada hal yang tersendiri seperti Kai, Lay, Chanyeol dan Baekhyun ada aktiviti bola keranjang manakala Xiumin, Sehun dan Chen ada kelas muzikal. Sepatutnya dia ada bersama D.O tetapi malangnya ketika itu D.O pergi ke tandas meninggalkan dirinya seorang diri.
"Padan muka Si Suho tu! Hahaha, serve you right!" Ujar Momo sinis sekali. Dia tidak pernah dan tidak akan puas mengerjakan hidup ahli EXO. Almaklum, mereka kan musuh, sudah 3 tahun pula tu!
Tiba sahaja dikawasan lokar, ahli Twice mendapatkan lokar masing-masing lalu diambil buku dan barang yang perlu.
Sedang JiHyo menyusun buku-bukunya didalam lokar, tiba-tiba datang seseorang lalu terus menutup pintu lokar JiHyo tersebut dengan kuat. Hampir sahaja jari jemari comelnya terkepit dek tindakan tidak bermoral itu.
JiHyo segera memandang kearah gerangan tersebut dengan muka marahnya.
"Hoi!" Jerit JiHyo. Air mukanya bertambah bengis apabila mendapat tahu gerangan tersebut merupakan salah seorang musuhnya iaitu Chanyeol. Ahli EXO yang lain turut ada bersamanya.
"Kau apehal capang?! Kalau jari aku putus kau nak bertanggungjawab ke hah?!" JiHyo terus memarahi Chanyeol tanpa berfikir apa-apa.
"Dasar manusia tak sedar diri! Dah lah capang ade hati nak-"
Pangg!!
Terus terkedu JiHyo apabila Chanyeol tiba-tiba sahaja menumbuk lokarnya dengan kuat.
"Hoi perempuan, apa yang kau dah buat dekat Suho semalam hah?!" Tengking Chanyeol. Perbuatannya mula menarik perhatian pelajar-pelajar yang ada disitu.
Walaupun takut, JiHyo tetap memberanikan diri untuk berhadapan dengan Chanyeol.
"Kalau kau nak tahu, semalam bukan main seronok lagi Si Suho tu mandi sos tomato. Aku rasa semalam ade hujan makanan turun dekat dialah. Almaklum, diakan lelaki malang," JiHyo menjawab dengan berani lalu memberikan Chanyeol killer smirk.
"Mandi sos tomato? Hoi, kau sedar tak apa yang kau dah buat dekat dia semalam? Kau sedar tak?!!" Tiba-tiba Kai mencelah. Amarahnya jelas kelihatan diwajahnya.
"Kau dah kenapa Kai?! Better kau jauhkan diri daripada JiHyo sebelum aku tumbuk muka kau!" Jeongyeon bersuara lantang. Dia menarik JiHyo kebelakangnya.
Lay yang sedari tadi hanya senyap tiba-tiba berjalan perlahan-lahan menghampiri JiHyo lalu merentap tangan JiHyo. Lay berlari sambil membawa JiHyo bersamanya sekali.
YOU ARE READING
[C] Enemy Or Love? + Twice × EXO
Teen FictionSudah dua tahun Twice dan EXO bersekolah di ONCE High School dan sepanjang dua tahun itu Twice dan EXO tidak pernah nak berbaik. Ada sahaja yang akan diungkit, dihina, dicaci dan juga dikutuknya. Pelajar sekolah ONCE High School sudah lali mendengar...