Di ONCE High School,
Kai hadir ke sekolah hari ini agak lewat seperti biasa kerana terlajak tidur. Dia berlari dengan pantas untuk mengelak daripada didenda. Sesampai sahaja dia di depan pagar sekolah, dia terserempak dengan Sana dari arah bertentangan yang turut sedang berlari kerana lewat. Itu bukan lah kali pertama mereka bersama-sama terlewat ke sekolah. Sana mempamerkan riak wajah menyampah manakala Kai tersenyum sumbing.
"Hari ni aku takkan lepaskan kau hehehe," Ujar Kai lalu dia berlari lebih pantas.
"Cepat, pagar akan ditutup dalam masa 10 saat!" Ujar salah seorang Naib Pengerusi sekolah.
Mendengar yang dia hanya ada 10 saat sahaja lagi Sana turut melajukan langkahnya. Sudah beberapa kali dia terlewat ke sekolah dan namanya dalam rekod disiplin turut telah menaik.
"9!"
"8!"
"7!"
"6!"
Kai dan Sana tiba di depan pagar sekolah serentak tepat pada masanya.
Kai tersenyum sumbing melihat Sana disebelahnya lalu dia menolak Sana hingga dia jatuh. Kai menjelirkan lidahnya tanda mengejek. Naib Pengerusi yang menjaga pagar tidak menghiraukannya.
"5!"
"4!"
Sana bangkit cepat-cepat lalu dia masuk melepasi pagar. Kai pula sudah lesap menghilangkan diri. Sana berhenti sebentar di tepi untuk mengambil nafas.
"1!"
"Tutup pagar!"
Sana menjeling Naib Pengerusi yang menjaga pagar. Salah seorangnya ialah Eunji. Dia berasa tidak puas hati dengan Eunji kerana hanya membiarkan Kai bertindak sedemikian.
"Woi Eunji!" Jerkah Sana sambil bercekak pinggang. Eunji hanya memalau Sana kerana sedang menjalankan tugasnya iaitu mencatit nama-nama pelajar yang lewat.
"Yah Eunji, kau pekak ke?!" Sana mula bertindak liar. Dia menarik rambut Eunji dari belakang. Eunji meraung kesakitan.
"Yah yah lepas lah! Lepas!" Arah Eunji tetapi Sana menariknya lebih kuat. Chanhee dan Hwiyoung iaitu Nasib Pengerusi junior turut cuba membantu tetapi kelihatan tiada hasil.
"Aku panggil kau, kau buat bodoh je kan! Tadi kau tak nampak ke apa yang Kai dah buat dekat aku, hah?! Kau buta?" Sana menaikkan nadanya satu oktaf lebih tinggi. Tangannya tetap tidak lepas dari menarik rambut Eunji.
"Kalau kau pekak, kau buta, tak payah jadi Naib Pengerusi lah!" Sambung Sana lagi.
"Sana, stop it!" Arah seseorang dari belakang. Sana sangat mengenali suara itu. Serta-merta dia melepaskan tangannya. Dia menoleh ke belakang untuk melihat tuan si empunya suara.
"Mi-Minhyuk.." Ujar Sana perlahan. Minhyuk merupakan crushnya sejak tahun pertama lagi dan kini di tahun terakhir Minhyuk telah pun dilantik sebagai Pengerusi sekolah.
Pakk!
"Perempuan tak guna!" Eunji sempat menampar Sana sehingga dia jatuh terduduk lalu dia pergi begitu sahaja meninggalkan yang lain. Chanhee dan Hwiyoung mengambil alih tugas mencatit nama pelajar lewat.
Minhyuk cuba membantu Sana namun dia hanya senyap. Sana menepis tangan Minhyuk yang cuba membantu. Dia tidak mahu Minhyuk melihatnya dalam keadaan yang teruk seperti itu. Sana bangun cepat-cepat lalu melarikan diri.
"Sana!" Panggil Minhyuk.
//SKIP//
Sana akhirnya tiba di kelas. Di bagaikan orang yang hilang akal. Fikirannya menerewang entah kemana-mana. Perlahan-lahan dia menolak pintu dan masuk.
YOU ARE READING
[C] Enemy Or Love? + Twice × EXO
Fiksi RemajaSudah dua tahun Twice dan EXO bersekolah di ONCE High School dan sepanjang dua tahun itu Twice dan EXO tidak pernah nak berbaik. Ada sahaja yang akan diungkit, dihina, dicaci dan juga dikutuknya. Pelajar sekolah ONCE High School sudah lali mendengar...