9 - Lay × Jeongyeon

2.8K 117 15
                                    

Lay baru sahaja tiba di sekolahnya dan terus berjalan menuju ke tempat locker. Lay mengambil beberapa barang sebelum menyusun langkah pergi ke kelas.

"Yow Lay, awal kau sampai harini." Perli Sehun sebaik sahaja ternampak Lay baru memasuki kelas. Lay hanya menguntum senyum sinis lalu melabuhkan punggung di kerusinya.

Lay memerhatikan membernya seorang demi seorang. Suho sedang leka bermain telefon bimbit. Sehun pula sedang berbual kosong bersama Xiumin manakala Chanyeol pula sedang tidur. Ahli yang lain masih belum tiba. Lay mengeluh pendek melihat rakan-rakannya.

Pintu kelas dibuka, Jeongyeon masuk bersama Tzuyu lalu menghampiri meja Jackson. Ketika itu Jackson sedang bermain telefon bimbit.

"Jackson, harini kelas kau ada subject Mathematic tak?" Tanya Jeongyeon. Perhatian Lay, Suho, Sehun dan Xiumin mula terarah pada mereka tetapi Suho dan Xiumin hanya mengabaikannya. Sehun pula melambai Tzuyu senyap-senyap. Tzuyu senyum tersipu malu.

Xiumin bangkit lalu meregangkan badannya, "Aku nak pergi toilet kejap."

Suho turut bangun, "Aku nak keluar kejap."

Lay hanya senyap memandang mereka.

"Xiumin," Baru sahaja Xiumin dan Suho mahu keluar, Sehun menjerit memanggil Xiumin. Xiumin dan Suho begitu juga beberapa pelajar lain berpaling memandang Sehun.

"Kau nak pergi toilet kan?" Soal Sehun.

Xiumin mengangguk, "Haah, kenapa?"

"Bungkus." Balas Sehun.

"HAHAHAHA!!" Terus terletus ketawa beberapa orang pelajar yang mendengarnya lagi-lagi Chanyeol. Terkejut Lay dan Sehun apabila Chanyeol yang tadinya sedang tidur tiba-tiba sahaja gelak.

"Pfft," Tzuyu turut terhibur.

"Kau buat lawak apa sengal!" Ujar Chanyeol berserta sisa tawanya sambil mengetuk kepala Sehun. Sehun mengusap kepalanya.

Xiumin menunjuk jari tengah kepada Sehun. Makin galak ketawa mereka semua. Lalu Xiumin dan Suho terus berlalu.

"Eh, tunggu! Aku pun nak pergi toilet jugak!" Jerit Chanyeol lalu dia pun bergegas berlari anak keluar dari kelas kerana mahu mengejar Xiumin.

Setelah Xiumin, Suho dan Chanyeol pergi, keadaan kelas kembali seperti biasa. Jeongyeon terfikirkan sesuatu. Demi mahu menarik perhatian Lay, Jeongyeon sengaja menampar meja Jackson.

"Aku tanya kan tadi?" Ujarnya sambil membuat muka pura-pura marah.

Jackson membuat muka menyampah. "Kau tanya apa tadi?"

"Aku tanya kau ada subject Mathematic tak harini?" Nada suara Jeongyeon sengaja dinaikkan satu oktaf.

"Takde." Jawab Jackson sepatah lalu matanya kembali tertancap pada telefon bimbitnya.

Jeongyeon berasa tidak puas hati dengan jawapan Jackson lalu dia sengaja mahu mencari masalah kerana mahu menarik perhatian Lay.

"Kau fikir aku bodoh ke nak percaya cakap kau?" Tengking Jeongyeon sambil merenung tajam ke arah Jackson.

Tzuyu mula berasa kurang selesa. Dia menarik-narik lengan Jeongyeon, "Jeongyeon, dah lah tu. Jom lah balik kelas," Ajak Tzuyu kerana dia risau kalau-kalau perkara yang lebih buruk berlaku.

Jackson tergelak sinis, "Kau baru sedar ke yang kau ni bodoh?" Balas Jackson. Kata-kata itu bagai menusuk ke hati Jeongyeon. Dia benar-benar terasa dan dia berasa teramat malu memandangkan terdapat pelajar lain yang memerhatikan dirinya.

"A-apa kau cakap?" Soal Jeongyeon bagai tidak percaya. Tzuyu bertambah resah.

"Jeongyeon jom lah balik kelas!" Ajak Tzuyu sambil masih lagi cuba menarik lengan Jeongyeon.

[C] Enemy Or Love? + Twice × EXOWhere stories live. Discover now