Seperti hari biasa, mejanya tidak akan kosong dengan coklat,bunga serta surat cinta.Baginya,itu semua adalah sampah yang selalu mengotorkan pandangannya di pagi hari.
Dia meneliti hadiah tersebut dengan pandangan kosong. Dengan selamba dia menolak kesemua hadiah itu ketepi dan sempat memijak-mijakkan hadiah tersebut sebelum punggungnya sempat mendarat di kerusi.
Di sandarkan badannya dan membuat muka seperti tiada apa yang berlaku walaupun dia tahu, dia telah menghancurkan segelintir hati kecil di dalam kelasnya. Khasnya pelajar perempuan. Semenjak memori hitam yang berlaku di sekolah itu. Tiada sesiapa berani memberikan sebarang hadiah kepadanya secara lansung. Cukuplah sekumpulan pelajar perempuan itu menjadi mangsa.
Imbas kembali sebulan yang lalu,sekumpulan pelajar perempuan atau lebih dikenali sebagai Wings telah dimalukan semahu-mahunya oleh Nick akibat berita palsu yang disebarkan oleh kumpulan mereka mengenai Nick.
Berita tersebut telah menggemparkan satu sekolah apabila berita itu mengatakan bahawa Nick mempunyai hubungan sulit bersama Misyel dan Misyel telah mengandungkan anak Nick selama dua minggu.
Misyel selaku ketua kumpulan Wings merangkap anak pengetua di sekolah tersebut sanggup melakukan apa sahaja walapun boleh menjatuhkan maruahnya demi meraih cinta Nick.
Pada pagi itu, Nick hadir ke sekolah seperti biasa. Namun reaksi daripada pelajar di sekolahnya tidak seperti selalu. Seakan-akan mengatakan bahawa dia adalah perogol bersiri yang terkenal di dunia.
"Nick!! Nick!! tengok nihh" panggil kawan baiknya Z Long seraya menghulurkan telefon bimbitnya.
"Kenapa?" tanya Nick. Dia pelik dengan sikap kawannya.
"Ko bacalah twitt yang kumpulan Wings buat. Mereka kata kau ada hubungan sulit dengan Misyel dan sekarang Misyel mengandungkan anak kau." terang Mike. Nafasnya agak tercungap, mungkin akibat daripada berlari bersama Z Long ketika mendapatkan Nick.
"G.R.O tak guna" spontan ayat yang keluar dari mulut Nick.
Kini langkahnya di lajukan untuk ke kelas Misyel. Sampai sahaja di kelas Misyel, Nick menjadi tumpuan pelajar di kelas Misyel.
"G.R.O...kau tulis apa ha? " tanya Nick dengan lantang sehingga menarik perhatian pelajar yang berada berhampiran dengan kelas Misyel .
"Sayang..kenapa marah pagi-pagi ni..." kata Misyel sambil tanganya merayap hingga ke kolar baju Nick tetapi satu ludahan istemawa mendarat tepat ke muka Misyel.
"Eiiiiiii" jeritan kegelian dari Misyel memecahkan suasana. Semua ketawa melihat adegan itu berlaku.
"Perempuan jenis macam kau memang patut dapat ludah macam itu" kata Nick.
"Ouhh..awak dah dapat apa yang awak nak..awak buat saya macam ni? saya mengandung anak awak dua minggu awak tahu?!" kata Misyel sambil menunjukkan kearah perutnya.
Kini airmatanya mengalir. Suasana yang tadi penuh dengan gelak ketawa bertukar menjadi suasana bisik membisik. Semua berasa kesian akan Misyel kerana percaya dengan apa yang dikatakan oleh Misyel setelah melihat air mata tiruannya mengalir.
"Tak guna!!!" marah Nick sambil tangannya sudah dinaikkan keatas untuk menampar Misyel tetapi pipi Nick sudah ditampar dahulu oleh Pengetua Yachen Xing.
"Saya kira sampai tiga!! kalau kamu semua masih tak masuk kelas, saya denda kamu semua!!" jerit pengetua.
Habis semua pelajar berlari kucar kacir kerana takut didenda. Manakala pelajar di kelas tersebut, duduk di tempat masing-masing.
YOU ARE READING
" Mr . Ego Pembuli Cinta "
RomanceSipnosis di dalam WAKTU SIARAN Setiap Hari Isnin hingga jumaat 11a.m - 12p.m Cerita Ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia __________________________ Karya By Makcik XoXo Cover and Tittle by Qi_min_