BAB 2

11 1 0
                                    

        Dah dua bulan Mike pergi... Nick masih tak dapat nak terima kenyataan. Masa Mike berangkat ke australia pun, Nick tak ikut mama dan papanya hantarkan Mike ke lapangan Terbang Hong kong. Panggilan dari Mike langsung tak dijawap.

        Dia sayang pada Mike bahkan dia rindu pada suara serta gurauan dari mike tapi disebabkan egonya, dia cuba pertahankan merajuknya. Sejak Mike tiada, dia merasakan dirinya kosong.

"Anak papa kenapa ni? Dari tadi termenung je..." Tanya Tuan Pinpradab setelah melihat anaknya termenung di depan kolam renang miliknya. Tapi jawapannya hanya dibiarkan

"Nick rindukan Mike?" Teka Tuan Pinpradab lagi. Kini Nike hanya mengeluh dan masih membiarkan soalan dari Tuan Pinpradab.

"Kalau rindu..kenapa tak jawap call Mike? " tanya ayahnya lagi. Walaupun Nick tidak menjawap soalanya, tapi dia tahu jawapan bagi soalannya tadi adalah "Iyeee".

  Dan kali ini juga, Nick masih tidak menjawap soalan papanya. Dia terus menoleh ayahnya dengan penuh tanda tanya.

"Tadi Mike telefon papa..tanya khabar Nick. Dia yang bagitahu papa yang kamu tak pernah angkat call dia. Kenapa? Kalau kamu merajuk dengan dia sekali pun..janganlah buat dia macam ni. Kesian papa tengok Mike. Kalau kamu sayangkan dia, angkatlah call dia" Pujuk Tuan Pinpradab. Dia paham sangat dengan perangai anaknya itu. Ego tidak bertempat.

"Buat apa Nick angkat call dia? dia bukan sayangkan Nick..." jawap Nick. Kini terluah juga isi hatinya.

"Kalau Mike tak sayangkan kamu..dia takkan  call  kamu berpuluh-puluh kali. Dan kalau.dia tak sayang kamu, kenapa dia call papa tanya khabar kamu?" Nasihat Tuan Pinpradab.

"Nick. Apa gunanya kamu buat macam nih? Kamu seksa hati kamu malah kamu juga seksa hati Mike. Kamu sendiri tahu yang Mike sayangkan kamu lebih daripada seorang kawan. Kalau suatu hari nanti ditakdirkan Mike pergi dulu. Kamu baru nak menyesal? Menyesal sebab selama ni tak layan dia?. Papa paham sangat dengan perangai kamu. Kamu sebenarnya rindu pada Mike tapi sebab ego kamu..kamu sengaja buat macam nii.Betul tak?" Nasihat Tuan Pinpradap lagi. Ditekankan perkataan 'Ego' tadi pada anaknya kerana dia mahu anaknya sedar yang perbuatannya salah.

"Papa jangan cakap macam tuh. Nick tahu, Nike ni ego. Nanti Nike jawap call dia. Tapi papa kena janji dulu.." Pinta Nick. Dia terima nasihat papanya tetapi dia mahukan ganjaran.

  Berginilah sikap Nick yang sebenar. Walaupun di sekolah dia kelihatan sangat garang tapi sebenarnya dia seorang yang sangat manja serta mempunyai perangai kebudak-budakkan.Dia mudah tersentuh tapi dalam masa yang sama, dia juga mempunyai pendirian yang tetap serta tidak mudah putus asa. Tapi Nick juga mempunyai kelemahan, Iaitu Egonya yang terlalu menebal. Buat masa ini, hanya ayahnya yang mampu membuang egonya.

"Anak papa nak apa? cakap jerr papa boleh bagi.." balas Tuan Pinpradab. Dia hanya melayan karenah anaknya itu.

  "Sebenarnya Nick setuju dengan candangan Papa minggu lepas nak pergi bercuti di Singapore. Tapi Nick cuma nak kita bertiga sahaja yang pergi. No more bodyguards.Boleh?" Pinta Nick.

  "hmmm" Tuan Pinpradab mengeluh lemah. Dia melihat kedua anak mata Nike untuk cuba mencari kepastian dengan cadangannya. Nampaknya dia bergitu susah mahu memberikan keputusan.

"Boleh lah Papa...Nick nak rasa hidup macam orang lain. Bercuti macam biasa. Nick rimas kalau setiap hari kena tengok muka bodyguards jeee. Orang lain bercuti tak perlu pun nak bawa bodyguards. Selamat jee Nick tengok." pujuk Nick lagi. Dia tahu yang Papanya susah untuk memberikan kata putus bagi permintaanya.

 " Mr . Ego Pembuli Cinta "Where stories live. Discover now