prolog II

129 2 0
                                    

Fahmi

"Abang, umi dah check abang punya keputusan UPU. "  Aku sedih. Aku tahu keputusan nya apa. Aku mendahului umi check keputusan tu. Keputusannya ,

Maaf , anda tidak ditawarkan untuk memasuki mana mana IPTA.

Kecewa, aku tahu umi kecewa. Aku juga. Kini pilihan aku hanya satu. Tingkatan 6. Setelah permohonan matrik dan upu aku mengecewakan. Aku dapat form 6 di Desa Mahkota.

"Abang tahu umi. Abang dah check dulu. Maaf umi, kalau abang dah kecewakan umi."

"Apa abang cakap ni. Abang tak gagal lagi. Tak kecewakan umi lagi. Takde rezeki lagi ni masuk U. Takpe form 6 pun dah bagus sekarang. Umi okey lah asalkan abang belajar "

Kata kata umi, menusuk lembut hati aku. Umi tak pernah mengecewakan aku. Cuma aku sahaja yang selalu. Aku membaringkan kepala ku di atas ribaan umi. Umi mengusap rambut aku lembut. Seperti selalu. Memujuk aku. Kami melihat keindahan malam KL. Angin lembut menyapa. Aku tenang. Masalah tadi yang aku gusarkan tidak lagi aku fikirkan kini.

***

Sudah seminggu aku di Desa Mahkota. Seronok. Ramai kawan aku. Terutamanya perempuan. Aku dulunya belajar di sekolah yang semuanya lelaki. Jadi agak janggal lah kalau aku masuk sekolah yang campur lelaki perempuan ni. Kat sini aku kenal sorang perempuan ni yang dulu pun sekolah co-ed macam aku. Sekolah Puteri Wilayah. Semua perempuan . Adilah nama dia.

Mungkin muka aku yang hensem dan sedikit jambu ni menarik perhatian wanita wanita disini. Perghh masuk bakul bhai. So ramai juga lah kawan aku . Tapi tak lama pun. Merwka sorang sorang pergi. Masuk U second intake, masuk poly, masuk SbP.

Diikuti aku.


Hannan

Aku malan nak cerita panjang macam mamat poyo duorang nih. Yang aku nak cakap. Aku tak dapat mana mana U instead of second intake pon. Sighh.

Result aku 6 A kot. Tak yah belagak sangatlah. 6A tu takde makna dah. Jadiaku mohon lah form 6 dekat SHAMS. Pertukaran sebetulnya. Tapi tak dapat ramai sangat orang nya. Eleh. Kau rugii.

So aku ternampak jiran aku membuat keluhan di media sosial lahh. Pasal sekolah lama dia dulu. Sekolah hebatllah ranking bagus tapi, yang berdaftar 8 orang jer. OMG. 8 orang dari seluruh Malaysia. Kau rasa?

Aku rasa macam aku kena juga masuk sekolah tu. Aku takde pilihan , aku terdesak gila ni. Dah semua reject aku tanpa memberikan aku peluang kedua. Kene reject dengan UPU lagi sedih dari kena reject dengan crush.  Buktinya, eh aku tak pernah lah lagi kena reject dengan crush sebab crush pun takdo. Mungkin kat sekolah baru ni ada kot crush. Astaghfirullah. Kau nak belajar lah Nan. Bukan mencari chenta palsu.

So aku deaak umi aku. Aku kena jugak masuk sekolah itu. Kena , wajib.

"Ipak, umi dah dapat dah  number ustaz tu. Dia memang kata ada kosong. "

Alhamdulillah. Tercapai hajat aku. Walaupun ketika itu aku baru jeselesai interview PPUM dalam bidang radiografi. Tapi, sekolah tu lebih memikat hati aku.
Yeahh.

Sekolah tuu....

***

"Bagus Chard, budak budak tu semua nak masuk situ. Temukan dorang lain lain tarikh. Batch dorang kena start balik misi ni. Penat penat laman KPM kena hack dengan kita,untuk limit kan kemasukkan pelajar. Biar senang. Semua budak tu aku perhati lama dah. Potensi dorang besar. Terutamanya yang tiga orang tu. Aku nak dorang dulu? Tanpa mereka sedar mereka dipilih sebenarnya. Bukan terpilih. Hahah"

***
 Hasif

Mimpi apa tu. Suara siapa tu. Allah. Harini first day aku. 

"Abang, cepat bangun solat subuh. Nak masuk sekolah kan." Tak tahi kenapa aku annoy dengar perkataan sekolah tu. Arhh rasak lahh. Ini yang terbaik. Aku bingkas bangun.

Aku sampai dalam jam 8.30 pagi. Bapak sunyi sekolah ni. Dahlah kiri kanan hutan. Dalam dewan besar tu hanya ada aku mak bapak aku. Dan 3ketul pengawas akukira. Duk tersengihh memandang kami. Aigoo. Seriuslah ini sekolah? Sekolah yang mak aku beria ia suruh masuk dan membuatkan aku menjnggalkan Uitm dihatiku tu?
Seriuslah kak? Aku berkata dalam hati sambil memandang salah seorang pengawas yang duk menyegih dari tadi.

Fahmi

Suara tu, aku macam pernah cam dalam mimpi mimpi aku sebelum ni. Arghh tension lahh.

Pagi ni aku kena juga contact kawan Dila tu , tanya pasal sekolah yang aku bakal masuk tu. Kena settle ni. Dah berapa hari aku mimpi. Macam excited sangat nak masuk sekolah tu.
Kawan Dila tu dah masuk dah sekolah tu. Apa erk nama dia. Ibtisam. Dila kata diaorang tengah cuti . Biasalah cuti penggal satu. Sekolah kan, baru masuk dah cuti. Memang masak lah kau kena soal dengan budak baru belajar macam aku duhai Ibtisam.

Hannan

Perut aku pagi pagi dah buat hal. Bencilah asal gelabah je sakit perut. Aku cuak sebenarnya nak masuk sekolah tu. Sebab mimpi tu lahh. Creepy jer. Macam hantu sekolah tu dah depa tangan nak sambut kehadiran aku. Seram. Nasib baik Piqa dan Aida daftar masuk jugak sekolah tu. Ada lah kawan rapat untuk mula mula ni. Bersyukur gila aku diaorang nak masuk situ. Lagi lagi Aida, mana lah aku sangka dia nak masuk sekolah agama. Piqa pun. Dahla dorang ni stok2 bijak Addmath. Tulah Allah cakap rezeki. Mungkin bidang mereka termasuk aku ni dalam bidang agama. Allahmdulillah.

MIMPIWhere stories live. Discover now