The new home

1 0 0
                                    

"dah bawak masuk semua barang dah?"

"dah omma.. jap gi saya bawak naik atas.."

"okey.."

Suga segera mengangkat segala barangan peribadi miliknya. berkotak - kotak barangnya, maklumlah baru pindah rumah kannn..

Baru dua kali Suga berulang - alik mengangkat kotak - kotaknya naik ke bilik tidurnya, dia dah terduduk di tepi tangga sebab kepenatan.

laju nafasnya, tercungap - cungap mencari gas oksigen akibat terlalu penat mengangkat barang - barangnya yang berat dan banyak.

dia kembali memandang ke arah kotak - kotak yang masih belum dibawa naik ke biliknya. Makk aii, banyak betoll! ada lebih kurang lima ke enam kotak lagi.. dah lah semua kotak - kotaknya besar - besar belaka!

'omma!!' Suga menjerit di dalam hati. dia melihat hyungnya yang sudah pun berehat sambil menonton televisyen.

huh, barang dia sikit, bolehlah citer! barang kau? satu trip lori tu khas untuk barang kau jerr, Suga!

Suga berkerut seketika. Apa yang aku bawak sampai barang aku banyak gile nak mati ni? semput je aku angkat bawak naik bilik..

suga bangun dan mendekati kotak - kotaknya dan membuka satu kotak miliknya.

"omo!" Suga terjerit kuat. Dia lantas mengusap - usap dadanya. Patung badut yang terpelanting keluar daripada kotak sebaik sahaja dia membukanya hanya dipandang sahaja oleh Suga. Sungguh mengejutkan.

Hyungnya, Jin, yang sedang menonton televisyen juga terkejut dengan jeritan spontan Suga lalu berjalan ke arah adiknya itu.

"Yah, bwoya! kau punye?!" Jin mengambil patung badut itu sambil ketawa besar. Dia menghampiri Suga dan mengelus kasar rambut Suga.

"Eeii, tak malu! dah besar tak sedar diri, masih main badut!" Kata Jin sambil ketawa besar.

Suga memandang Jin dengan pandangan maut. "Diamlah kau, hyung. Barang aku, suka hati akulah" Kata suga sambil menutup kembali kotak yang penuh dengan mainan, kotak patung badut tu terlompat, dengan kasar.

"ehh, jap jap!" kata Jin kepada Suga. dia menarik kotak itu daripada tangan Suga lalu membukanya.

"Hee, apalah kau ni, dah besar pon masih main benda ni kerr?? Ultraman, pokemon, batman, transformers.." Jin mengeluarkan segala isi perut kotak itu sambil ketawa besar. taktaulah kenapa dengan Jin ni.. asyik ketawa je.. Mudah terhibur kut😂😂

Suga bangun dan merampas kotak mainannya daripada Jin.

"Sebokk ahh kau..blahh ahh!" kata Suga sambil mengutip semula semua patung mainannya yang Jin keluarkan tadi.

" Eii, tak malu!" Jin kembali ke sofa dan sambung tengok tv.

Suga terus mengangkat kotak itu ke bilik tidurnya. suga mengunci pintu biliknya.
Dia lantas meletakkan kotak itu diatas lantai ditengah - tengah biliknya. Suga pula duduk bersila di hadapan kotak itu.

dia membuka kotaknya dan mengeluarkan segala isi kotak itu. dia membelek belek semua mainan dalam kotak itu.

'banyaknya mainan.. kalah budak umur 10 tahun. Eii,, barbie pun ade..' dia membaling kembali patung barbie itu ke dalam kotak.

'mainan sape ni? aku mane ade mainan cenggini.. buat malu je.. mana pulak datang mainan ni..' kata Suga sambil membelek - belek patung transformers bumblebee..

flashback..

"Suga, tolong omma boleh?"

"boleh omma.. tolong ape?"

"semalam mama ade kemaskan barang - barang mama dalam kotak kat atas loteng.. boleh tolong ambilkan?"

"err, banyak ke?"

"tak banyaklah.. kotak - kotak kat atas tu semua mama punye.. err, terus angkat masuk lori tau.."

"arasseo.."

forward..

'ahh, baru ingat.. mesti aku terambil sekali kotak mainan ni kat atas loteng..

mana aku nak sumbat semua mainan ni.. dahlah barang aku pun banyak, nak tambah lagi mainan lama ni'

"Yoongi-ahh! bila nak angkat barang - barang kamu ni.. dahlah banyak.. takde laluan ni!"
suara appa Suga berkumandang  segenap ruang rumah barunya.

Suga segera mengemas semua barang mainannya dan dengan segera menolak kotak itu ke bawah katilnya.

"Nae, appa!" Suga lantas menuruni anak tangga untuk menghabiskan kerja - kerja mengangkat barangnya.

waktu makan malam..

"esok kamu berdua ikut omma okey.."

"nak pegi mana omma?" tanya Jin.

"kita pegi beli barang dapur dan barang - barang keperluan rumah yang tak lengkap.. memandangkan esok appa sibuk.. bolehlah kamu berdua temankan omma"

"oh, okey.." Suga membalas dengan makanan yang penuh di dalam mulut.

"baguslah.. sambil tu bolehlah kita gi shopping.  Hey, Suga.. kau pun boleh shopping power rangers..kau pun belum ada koleksi power rangers.." kata Jin sambil tergelak..

Suga tersedak dengan kata kata hyungnya itu.. Gelas berisi air pantas dicapainya.

"Haha.. kau memang patut beli Power Rangers.. 1 set.😂😂"  Jin ketawa sampai terkeluar air mata..manakala Suga masih lagi terbatuk batuk.

"Ehemm..hem.."

Ketawa besar Jin terus mati. Dia tertunduk dan terus sambung makan. Masalahnya, Suga pulak yang ketawa besar.

"Heeii,, dah besar tapi dengan appa pun takut."

Encik Min memandang Suga. Suga pun terdiam.. maka bermulalah sesi makan malam dengan suasana yang begitu sunyi dan sepi~

"Btw, apasal Jin cakap pasal power rangers?" Encik Min tiba - tiba bertanya sambil tersengih.

ha sudah.. appa dah bertanya.. Dan kelihatan Jin hyung pun tersengih macam setan sambil memandang Suga~~

BERSAMBUNG..

first ff..huhu.. support author k..

Vote [✔]
Comment [✔]

Hidden Power ✿ MYG ✿ Where stories live. Discover now