Kisah 9: Pengkhabaran

787 21 1
                                    


     Langkah Azim semakin laju menyusuri jalan kampung yang entah beberapa kali dilalui sejak kecil lagi. Wajahnya menyinga kemerah-merahan persis seorang panglima perang yang mahu pergi berjuang melawan musuh. Langkahnya menderu seperti angina tetapi teratur sepertinya sedang bersedia untuk membuka buah silat. Azim mengetap giginya menahan marah yang amat sangat . tangannya digenggam sehingga menggigil. Kata-kata Karim sebentar tadi terngiang-ngiang di kepalanya.

     "Betul Ji, Aku dengar dengan telinga aku yang capang ni. Buat apa aku nak tipu? Aku memang dengar dengan jelas si Noni cakap dengan kita orang yang adik kau si Nabila tu minta kerja kat disko kat bandar tu. Kalau kau tak percaya kau Tanya mat Din ni, dia pun dengar tadi!"

     Bukan Azim tidak mahu percaya tetapi khabar angin yang baru diketahuinya sebentar tadi sukar untuk diterima oleh akalnya. Mereka sekeluarga bukan lah dari keturunan yang jahat-jahat. Malah, semua orang kampung tahu yang ayah Azim merupakan seorang ketua di kampung Cungkil Cekam itu juga merangkap sebagai Tok Siak di masjid.

     Azim juga tahu yang Nabila satu-satunya adik perempuannya ialah seorang gadis awal 20-an yang baik dan menurut perintah kedua ibu bapanya serta tak pernah melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Inikan pula memohon jawatan di disko. Sungguh tak masuk akal.

     Derap langkah Azim semakin perlahan. Dia perlu berhati-hati melalui denai kecil dihadapannya. Denai kecil yang penuh dengan semak-samun itu sebenarnya menuju ke rumah Noni. Yaaa.. Noni! Azim harus bersemuka dengan Noni untuk mengetahui cerita sebenarnya.

     Noni juga bekas kekasih Azim tetapi hubungan mereka putus dua tahun lepas angkara ayah Noni yang berkeras mahu wang sejumlah RM 55,555.55 sen sebagai hantaran jika Azim mahu berkahwin dengan Noni. Noni memang cantik. Bahkan Noni telah digazetkan oleh orang kampung sebagai gadis tercantik di kampungnya dan kemudian Nabila sebagai yang kedua tercantik.

     Azim tidak lah kecil hati dengan kenyataan itu. Malah, Azim sendiri bangga yang beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang dara rebutan ramai. Tetapi permintaan ayah Noni iaitu Pak Saad betul-betul mengecewakan Azim. Tidak tersangka olehnya di dalam kampung yang sebegini sederhana pun masih ada lagi manusia yang memandang pada harta kebendaan dan paras rupa.

     Azim menggelengkan kepalanya seperti mahu menghilangkan ingatan itu dari kepalanya. Tujuan Cuma satu. Mahu bersemuka dan bertanya tentang khabar angin berkenaan Nabila pada Noni. Sedar tak sedar kedua-dua belah kakinya sudah pun tertancap di hadapan rumah Pak Saad.

     Azim tahu yang Pak Saad tiada di rumah waktu-waktu bergini. Kemungkinan besar Pak Saad sudahpun melabuhkan punggungnya di kedai Janda Rogayah dekat simpang jalan masuk kampung ini. Janda muda beranak satu itu memang mengancam. Ramai orang-orang muda bahkan yang sudah berkerusi roda pun menjamu selera di kedainya sambil mengusik-ngusik nakal si janda berhias itu.

     Sehinggakan isteri-isteri mereka selalu menjemput suami mereka di kedai itu dengan bersenjatakan cangkul. Cerita suami isteri berparang di kedai Janda Rogayah bukanlah cerita asing seperti cerita UFO mendarat ataupun cerita wakil rakyat yang mahu bertandang ke kampung itu sedangkan sejak tiga penggal yang lepas, langsung tidak kelihatan hatta bulu ketiak beliau pun tiidak menyuakan diri di kampung itu.

     Azim tertegak memandang rumah dua tingkat milik Pak Saad sekeluarga itu. Salam pun diberi tetapi tiada siapa yang menyahutnya. Sekali lagi Azim memberi salam dengan dengan harapan agar rumah itu berpenghuni. Salam Azim disambut. Berbunga hati Azim tatkala mendengar suara itu kerana dia tahu, pemilik suara yang halus gemersik itu tentunya Noni. Di sebalik tingkap separa terbuka, wajah Noni menjenguk untuk melihat siapakah tetamu yang baru sebentar tadi memberikan salam.

     "Eh? Abang Azim dah lama sampai? Minta maaflah bang, Noni dekat dapur tengah masak nasi kerabu tadi."

     Noni membuka pintu rumah dan memunculkan dirinya. Dia kelihatan sangat jelita dengan mengenekan pakaian tradisi kebaya pendek warna biru mudanya.

     "Tak adalah lama sangat , baru je sampai tadi. Abang nak jumpa Noni ni nak Tanya sesuatu pada Noni sikit boleh?" tanya Azim membuatkan Noni terkasima sebentar. Apa masalahnya sehingga abang Azim mahu bertemu dengannya? Seingat beliau sejak peristiwa hubungannya dengan Azim putus dahulu, Azim tidak pernah menampakkan wajahnya lagi di hadapannya.

     "Ada apa bang?"

     "Begini.. Baru sebentar tadi kawan abang si Karim dengan Mat Din bagitau abang yang Noni Nampak adik abang Nabila tu mintak kerja kat disko... Betul ke?" luah Azim meminta kepastian yang sedari tadi ingin dipastikan kesahihannya.

     Noni tercengang sambil matanya membuntang memandang Azim tidak berkelip-kelip. Beberapa ketika kemudiannya terhemburlah gelak ketawa yang tak pernah Azim dengar dari mulut Noni ketika dia berpasangan dengannya dahulu. Lagak tawanya kelihatan seperti Pontianak di mata Azim.

     Akan tetapi, timbul pula rasa menyampah di hati Azim tatkala melihat Noni mentertawakan pertanyaannya sebentar tadi. Dia bukan berjenaka. Dia betul-betul serius mahukan kepastian. Bila saja Noni melihat wajah Azim mulai mencuka barulah dia sedar yang tawanya agak melampau mengalahkan monyet. Noni mengatur semula nafasnya yang tersekat-sekat kerana penat ketawa tadi.

     "Bila pula Noni cakap Noni Nampak Nabila kerja dekat disko?"

     "Habis tu?" Tanya Azim lagi.

     "Noni cakap Noni Nampak adik abang si Nabila tu minta kerja dekat Jaya Jusco, bukan disko! Itu lah abang, percaya sangat cakap karim dengan Mat Din tu. Dia orang berempat tu kan tak berapa nak betul.."

     Perlahan-lahan Azim berundur diri dan secara tiba-tiba berlari dengan laju sebaik sahaja berpaling. Dia mahu melakuan rejaman lembing pada Karim dan Mat Din.

CERPELAIWhere stories live. Discover now