Lompat Tikam

44 3 0
                                    

Hujung minggu aku habiskan di kampung yang terletak di Pantai Timur. Rumah kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dan dikelilingi dengan pokok buah-buahan dan ulam. Aku kembali pulang ke kampung pada hari Jumaat atas urusan kerja, malas hendak pulang ke bandar jadi aku menetapkan untuk duduk sementara waktu di rumah nenek.
Bau kuih lompat tikam kuat menusuk hidung. Sedap sungguh bau, tak ubah seperti bau kuih lompat tikam yang nenek buat untuk aku masa kecil-kecil dulu. Teringat lagi masa nenek masih mampu mengajar aku memasak kuih lompat tikam ni.
"Nak buat kuahnya, jangan terlebih manis. Kalau manis sangat pun tak sedap nanti kembang tekak."
Aku ingat lagi pesan nenek.
Aku merupakan cucu sulung nenek dan sekarang aku telah mencecah 21 tahun. Sudah 11 tahun lamanya selepas nenek pergi meninggalkan kami sekeluarga. Bau kuih lompat tikam makin lama makin kuat dan dekat.
Bulu tengkuk aku meremang.
"Nenek masakkan kuih lompat tikam ni. Cucu nenek suka kan?"
---

#CertotSeramWhere stories live. Discover now