Awak ke tu?

11 0 0
                                    

Tv dipasang.
Bosan harinya tanpa teman sebiliknya kali ini. Jika bukan kerana cuti semester yang panjang ini, sudah tentu temannya ada bersama. Bukannya dia tak mahu pulang ke kampung, masalahnya keluarganya yng tidak mengizinkan dia pulang. Atas sebab apa tidak pula dia diberitahu.
*tet tet*
-Azi, malam ni baca yaasin. Insha Allah esok atau lusa mak dan ayah datang jenguk kamu-  -mak
Mesej yang diterima membuatkan Azi diburu perasaan hairan.
-Kenapa pula mak? Apa yang tak kenanya sampai nak kena baca yaasin?-
Tiada balasan.
Begitulah selalunya. Ada saja perkara pelik yang dia disuruh melakukannya. Azi yang kehairanan mengabaikan pesanan emaknya dan menyambung menonton tv sehingga terlelap di atas sofa.

Jam 0012
Azi terjaga apabila mendengar bunyi tapak kaki. Tv yang ditontonnya tadi telah ditutup.
Siapa yang tutup? Siapa tu? Ada pencuri masuk ke?
Persoalan demi persoalan di benak fikirannya.
"Awak ke tu?"

"Saya lah ni"
Dan Azi sudah terbaring tidak sedarkan diri.

*tet tet*
-Azi, kalau ada dengar bunyi apa-apa, jangan tegur!-  -mak

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#CertotSeramWhere stories live. Discover now