BAB 1

13 2 0
                                    

Tatkala Aifa merenung ke luar jendela rumahnya , dia mengingati kisah rakan-rakannya. Kisah suka duka antara mereka masih lagi segar di ingatan.

2 tahun yang lalu...

"Weh, korang nak masuk mana nanti?"tanya Aifa memulakan perbicaraan . Hari ini geng kitakankawan a.k.a nama kumpulan Aifa dan rakan-rakannya bercadang untuk keluar bersama di Aeon Klebang . Mereka singgah di Sushi King untuk makan terlebih dahulu .

"Aku nak masuk UIA"kata Nik sambil mengunyah sushi. Kata-katanya itu kedengaran sedikit pelat pada telinga rakan-rakannya yang lain.

"Hah ? Apadia? Cer kunyah dulu baru cakap"Bella mula membebel. Nik hanya menayangkan giginya. Sekali lagi, Nik mengungkapkan universiti pilihannya setelah dia habis mengunyah makanan. Barulah rakan-rakannya mengerti apa yang ingin dikatakan oleh Nik.

"Aku nak masuk UKM"kata Aisya pula.

"Aku nak masuk University of London , InShaa Allah"kata Fathia.

"Inshaa Allah , aku nak masuk universiti yang ada kat Amsterdam " kata Mellyssa pula.

"InShaa Allah , aku maybe nak buat business je kot . Buat business baking "kata Zarra. Rakan-rakannya mengangguk setuju akan pilihan yang dipilih oleh Zarra.

"Aku dengan Umai nak masuk universiti kat Korea . Aifa dengan Khai ? Korang dua orang je yang masih tak cakap korang nak masuk mana?"tanya Aryna.

"Aku rasa nak stay Ipoh je . Masuk USAS. Dekat sikit dengan family aku . Lagipun aku tak rajin nak merantau jauh -jauh"kata Khairunnissa.

"Ala, Aifa ni macam kau taktau, dia confirmla nak masuk Universiti Malaya "kata Nik .

"Entah , pehtu ambik course psikologi"kata Aisya pula. Rakan-rakan Aifa memang mengenalinya. Mana taknya setiap kali ditanya dia mahu ke mana besar nanti, itu saja lah katanya . Tak berubah . Aifa menyengih sendirian.

"Ha taupun"kata Aifa. Itulah kali terakhir Aifa berjumpa dengan rakan-rakannya . Bersyukur ke hadrat Ilahi, dapat jugak apa yang mereka pilih dan minat . Kini, masing-masing sudah punyai hala tuju masing-masing .

"Oit, Cik Aifa menung apa tu, dah sampai mana tu, Johor?"sapa satu suara.

"Diamlah kau Nik, busybody je lebih" kata Aifa . Ya, kini hanya Nuraifa Insyirah dan Nik Nur Izzati yang masih bersama . Oleh disebabkan universiti mereka hanya berdekatan sahaja. Mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama.

"Kau asal, Fa ? Kau tau tak aku terkejut kot bila aku bangun je pagi tiba-tiba nampak ada orang kat jendela . Dahlah rambut mengerbang . Rupanya kau . Nasiblah aku takda sakit jantung , kalau tak naya je aku kang . Kau fikir apa tadi?"tanya Nik setelah dia habis menceritakan peristiwa dia menyalah tafsirkan Aifa sebagai 'bukan manusia'.

"Nothing . I just remember our moments together "kata Aifa.

"Our moments ?"tanya Nik masih lagi blur.

"Moments siapa lagi ? Moments kita semua la , Sya, Bella , Khai, Zarra, Melly, Thia,Ary,Umai,kau dengan aku"kata Aifa menerangkan satu-satu . Nik mengangguk faham .

"Aku rindu dengan diorang,dah lama dah kita tak jumpa deme "kata Nik .

"Kan? " Aifa juga menyokong . Terselah kerinduan yang amat pada rakan- rakan mereka itu.

"Yup. Aku pun nak jugak jumpa yang lain . Ni tak , asyik muka kau je yang aku takhabis -habis jumpa" Nik berseloroh . Kusyen yang berada di sofa terus dicampak oleh Aifa ke muka Nik.

"Amboi , kejam gile ! Cakap tak berlapis kau "kata Aifa separuh menjerit. Mereka ketawa bersama-sama.

"Dah, jomlah siap pi kuliah"kata Aifa . Nik mengangguk setuju .Seraya itu, mereka pun naik ke bilik untuk bersiap . Aifa dan Nik menaiki kenderaan yang berbeza. Aifa memandu kereta Toyota Yaris berwarna pink manakala Nik memandu kenderaan sendirinya, BMW M6 berwarna hitam.

Sahabatku Kau DimanaWhere stories live. Discover now