"Weh , Fa . Kau ingat tak harini kita ada study group ?" tanya Hana mengingatkan Aifa .
"Ingat , petang ni kan ?" tanya Aifa kembali .Hana mengangguk .
"Weh , Na . Harini kita makan kat luar la ." kata Aifa .
"Hah ? Asal pulak ? Aku baru kepingin nak pekana nasi ayam Pakcik Ijat harini" kata Hana sambil memegang perutnya .
"I'm so sorry but aku takda mood nak makan kat kafe tu harini . Takpa la kita makan pizza , nak ?" tanya Aifa. Moga-moga rakannya yang satu ini menerima cadangannya . Sakit hati dia mahu makan di kafe itu , luka perit yang ada masih belum dpt disembuhkan .
"Hmm yelah . "kata Hana menurut saja kata Aifa .'Haih perut nampaknya harini kita tak makan nasi ayam tapi kita makan pizza k' kata Hana dalam hati sambil mengusap perutnya . Maka , mereka pun pergi ke Pizza Hut dan makan di situ .
"Assalamualaikum"cuit seseorang di belakang Aifa .Aifa menoleh ke arah gerangan manusia yang berbuat demikian .
"Waalaikummusalam....eh,Bella"kata Aifa seraya memeluk rakannya itu.
"Buat apa sini?"tanya Bella terlebih dahulu. Hana menjadi tukang pemerhati babak jejak kasih itu.
"Haha, beli makanan ja . Kau pulak ? Cane leh fly ke Malaysia pulak ni?"tanya Aifa .'Setahu aku minah ni pertukaran pelajar di Jordan'.gumam Aifa dalam hati.
"Hamboih.Takda la Bella cuti ha. Ni pun kejap je ha , nanti kena fly Jordan balik"kata Bella.
"Oh.Ha mailah duduk, aku dah lama tak dengar cita korang semua tau. Oh ya by the way this is Nur Liana Farhana, just call her Hana"kata Aifa memperkenalkan diri kawan sekampusnya itu . Hana menghulurkan salam perkenalan dan senyum.Bella menyambut salam perkenalannya.
"Oh , kawan sekampus Aifa ye ?"tanya Bella. Hana mengangguk sambil tersenyum.
Ting!Ting! Ting!
Bunyi loceng memanggil mematikan perbualan mereka. Bella pergi mengambil bungkusan yang telah dia order .
"K ah Aifa, Bella balik dulu.Nanti kalau ada jodoh , jumpa lagi . Rindu geng kita semua"kata Bella dan menghulurkan salam . Aifa menyambut salam dan memeluk Bella. Setitis air matanya jatuh.
"Tulah, taktau la bila kita semua dapat berkumpul macam dulu"kata Aifa sambil tersenyum.
"Hmm.Kan ? Takpelah Bella gerak dulu, assalamualaikum"kata Bella lalu meninggalkan Aifa dan Hana . Mereka berdua menjawab salam itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~