Aisya jalan terkocoh-kocoh mengejar Daniel Hakim . 'Haih , kalau kau tak kaya takdanya aku nak kejar kau , sakit nya kaki aku kejar pakai kasut tinggi ni'getus Aisya dalam hati . Dia mengambil keputusan untuk berpura-pura jatuh .
"Arghh ! Bie tolong I!"jerit Aisya. Daniel yang pada mulanya berjalan menonong berhenti dan gesa ke arah Aisya. 'Masuk jerat aku' jerit hati kecil Aisya.
"Sayang, you tak apa-apa ke ?"tanya Daniel Hakim separuh risau.
"Tak , sakit sikit jer"Aisya berkata sambil itu dia mengurut kakinya yang tidak sakit . Daniel memapah Aisya dan membawa dia ke taman yang berdekatan .
" Sayang , sorry tau . Tadi tu cousin I , taktau la dia tu kenapa . " kata Aisya.
"Oh , cousin apa tu sampai cakap sayang sayang bagai " Danial mula meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya .
" I pun taktahu kenapa dengan dia . Dia tu memang sukakan I sejak dulu tapi tulah I banyak kali dah cakap yang I dah ada orang lain , tapi dia still jugak sukakan I . Apa nak buat kan ? Perasaan orang kita takleh nak paksa . Camtu jugak dengan I , I takleh nak paksa diri I suka dia sebab hati I hanya ada U je sayang" kata Aisya menggoda sambil memegang tangan Danial . Danial tersenyum . Sayang betul Aisya kat dia tu . Sangat ! Kalau lah Danial tahu yang Aisya tu hanya kejarkan harta dia .
"Hmm. Takpalah . I nak mintak maaf jugak . Gara-gara I jealous , U pulak yang sakit kaki sebab kejar I , baru I tahu yang U ni sayang kat I , nanti nak buat lagi la . Jarang la U buat camni kat I" kata Danial sambil mencubit geram pipi Aisya . Aisya hanya senyum 'malu-malu kucing' . 'Haih , laki , sian kau kan hahaha masuk perangkap aku 'getus Aisya dalam hati .
~~~~~~~~
Balik sahaja Aifa dari kuliah semalam , habis diketawakan oleh Nik .
"Woi , Fa . Kau dah kenapa ? Buang tebiat apa mandi Milo ?"seloroh Nik sambil mentertawakan Aifa . Aifa menjegil .
"Diamlah kau , taktau pe cita , diam . Aku nak mandi . Melekit satu badan aku ni " kata Aifa . Wajahnya masam mencuka .
"Hahah kk . Nanti kau story kat aku tau" kata Nik . Selepas sahaja Aifa menyucikan dirinya , dia turun ke bawah untuk makan .
"Asal weh ? Pe jadi tadi ? " ujar Nik sambil menonton cerita kegemarannya , The Legend of A Blue Sea .
"Takde tadi adala sikit kejadian yang berlaku . " kata Aifa lalu mengangkat pinggan makanannya ke sinki untuk dibasuh. Selepas itu , dia pergi ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di atas sofa .
" Ceni cita dia . Ok , kau kenal an Hana ? Kawan sekuliah aku . Ha gini ha , dia perasan la ada sorang mamat ni dok usha kitorang . Padahal mamat tu usha makwe dia . So apabila dia berjalan ke arah makwe dia yang kitorang sangkakan dia berjalan ke arah kitorang , handset aku pun bunyi . Pehtu tanpa disedari an , aku punya siku ni tiba tiba buat hal pi pulak tolak air milo aku tu then kena mamat tu pehtu ape lagi mamat tu pun berubahla jadi singa . Aku dimakinya . Pehtu aku yang baik hati ni pun meminta maaf . Then kau tau apa paling best kat sini . Waaaa maaf aku tak diterima malah aku dicurahkan air milo beb ! Kau rasa aku tak malu ke ? Dengan semua orang kat kafe tu tengok aku semacam . Ikutkan hati , nak je aku campak air Hana kat dia tu tapi tulah baiklah aku mengundurkan diri . Nasibla time tu makwe dia datang , kalau tak nahas budak tu kau tau . K nak kata dia budak bukan la tapi senior" terang Aifa dengan panjang . Sempat jugak dia buat ekspresi muka. Nik pun turut mengangguk dan tergelak mengenainya .
"Handsome ke mamat tu ? " tanya Nik .
"Entahlah , aku rasa bolehlah tapi menurut Hana , Hana ye bukan aku . Handsome la jugak mamat tu" kata Aifa .