Bab 1

445 23 6
                                    

"Boboiboy bangun",kata ibunya sambil menepuk kaki Boboiboy yang sedang tidur dengan lena.Jam loceng menunjukkan jarumnya tepat pada pukul 6.30 pagi.Boboiboy bangun dan menyeret kakinya ke bilik air dengan malas untuk membersihkan dirinya dan bersiap sedia ke sekolah.

Boboiboy bergegas turun ke meja makan dan mengambil sarapan bersama keluarganya,ibu,bapa,dan adik lelakinya yang bernama Boboi.
"Abang!abang!Boboi nak makan karipap abang boleh tak?".Adiknya menyoal abangnya yang baru turun itu.

"Ambillah abang boleh makan nasi lemak.Tetapi air koko abang tak boleh minum",jawab Boboiboy sambil memberi pandangan tegas kepada adiknya.
"Baiklah abang.Terima kasih abang", Boboi mengangguk dan bersetuju dengan arahan abangnya itu
"Sama-sama".

Selepas Boboiboy dan adiknya bersarapan pagi mereka berdua bergerak menuju ke sekolah dengan menaiki basikal manakala adiknya membonceng abangnya di belakang.Apabila tiba di sekolah Boboiboy dan adiknya masuk ke sekolah tepat pada masanya.Boboiboy masuk ke kelas 4 Harmoni manakala adiknya yang berumur 7 tahun itu memasuki kelas 1 Fokus.

Setelah beberapa lama berada di dalam kelas. Perut Boboi tiba-tiba sakit dan mahu ke tandas. Dia bergegas ke tandas sekolah, jaraknya kira-kira satu tingkat bawah. Selepas dia menggunakan tandas tersebut, dia keluar dan terserempak dengan tiga murid darjah 6.Ketika itu,Boboi dibuli oleh tiga orang murid itu. Suasana menjadi hiruk-pikuk di dalam tandas tersebut. Pembuli-pembuli ini hanya membuang masa dan membuat dosa dengan memeras ugut dan membuli budak-budak yang lemah. Seperti yang dikatakan 'PAU' duit pelajar. Mereka tidak serik lagi walaupun telah dikenakan tindakan denda dengan cikgu disiplin.

"Bagi duit sekarang!" Terjah seorang lelaki yang berbadan gempal ke arah Boboi. Boboi ditolak dan diperangkap antara dinding tandas yang mempunyai banyak hasil seni contengan pelajar yang terhasil sebagai vandalisme.

"Maaf Bang. Duit ni sahaja saya ada untuk belanja." Boboi menundukkan kepalanya. Dia berasa takut dan ingin membuat kepada guru sekarang. Tetapi nasib tidak membelahinya.

Seorang pelajar bernama Mimi lalu di depan tandas lelaki. Mimi memeluk bukunya dan berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba dia terdengar pergaduhan yang berlaku di dalam tandas lelaki. Ugutan yang kuat itu kedengaran dengan kuat dan menyebabkan Mimi mengenalpasti suara tersebut.

"Ini macam suara Boboi." Matanya terbeliak dan dia memulakan langkah laju. Meninggalkan tempat kejadian tersebut.

Mimi bergegas memasuki kelasnya dan pergi kearah Boboiboy yang sedang membuat kerja sekolah yang belum disiapkan lagi. Dia berdiri dihadapan Boboiboy memberitahunya bahawa adiknya  dibuli di dalam tandas lelaki.

Ketika itu,Boboiboy bergegas ke tandas sekolah.Semasa itu,Boboiboy ialah seorang yang penakut.Sewaktu itu,ada seorang guru yang baru sahaja naik ke atas.Boboiboy memanggil guru itu supaya datang ke sini.Apabila guru itu melihat kes buli di sekolah guru itu terus menerjah tiga orang murid darjah 6 itu dan membawa mereka berjumpa guru disiplin di bilik kaunseling.

Ketika itu, Boboiboy terus datang ke adiknya dan memeluk adiknya apabila dia melihat adiknya dibuli oleh tiga orang murid tadi.
"Abang terima kasih kerana menolong saya mengalahkan tiga orang murid itu."

"Sebenarnya abang cuma panggil Cikgu je Boboi.Tadi abang nampak seorang cikgu lalu jadi abang panggillah cikgu itu.Tapi abang tak dapat nak lawan tiga orang murid itu."

"Takpelah yang penting abang dah tolong saya."

Pada waktu itu,Boboiboy membawa adiknya ke bilik kesihatan untuk merawat luka kecil. Lebam-lebam yang kebiruan jelas dilihat.Ketika itu,adiknya sudah sembuh daripada kesakitan yang dialaminya.

Selepas selesai merawat adiknya itu, Boboiboy menghantar adiknya ke kelas dengan selamat. Kemudian dia mematah balik ke kelasnya untuk memulakan sesi pembelajaran.

Setelah tamat sesi persekolahan mereka pulang bersama-sama .Apabila mereka tiba di rumah,Boboiboy
memberitahu kepada ibunya tentang adiknya dibuli di sekolah ibunya begitu risau apabila mendapat tahu anak keduanya itu dibuli.

"Ibu tadi di sekolah, Boboi dibuli oleh tiga orang murid darjah 6 dalam tandas.Selepas itu,Boboiboy takut kalau Boboiboy pun terlibat dengan kes buli itu.Jadi Boboiboy minta tolong cikgu yang kebetulan lalu di kawasan itu."kata Boboiboy.

"Boboiboy ibu nak pesan kalau adik kamu dibuli lagi kamu kena hadapi perasaan takut kamu tu.",kata ibu Boboiboy.

"Baik ibu Boboiboy janji akan tolong Boboi satu hari nanti."kata Boboiboy.

Ketika itu,Boboiboy terus ke biliknya untuk membuat kerja rumah matematiknya muka surat 45.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Boboiboy AmnesiaWhere stories live. Discover now