Kami memasuki hutan tersebut. Penuh semak, tak terurus..
mujur aku sempat sediakan Sebilah parang, untuk aku tebas lalang2 yang panjang supaya boleh kami melaluinya.
Aku dan Khuzairi berada paling Hadapan. Leya dan Mardiya berada ditengah-tengah manakala Hijaz kawanku yang paling berani berada di hadapan.
Pokok2 di sini amatlah besar dan tinggi belaka. Agak meremang bulu roma dibuatnya, tiada burung berkicauan keadaan di sini sangat sunyi walaupun pada hari siang. Jika pada waktu siang sudah seram, apakan lagi waktu malam.
Selain perlu mengawasi daripada binatang buas, perlu juga kami Awasi dari makhluk halus, kerana ia jauh lebih bahaya daripada yang disangkakan.
Dengan hijab di mata, memang sukar untuk melihatnya.Hampir Sejam kami menerjah hutan belantara tersebut, belum kami jumpa perkampungan orang asli itu.
"Qalif, Khuzairi bila nak sampai ni, habis darah aku dikendurikan nyamuk.."
Kata Hijaz yang sedang termengah-mengah di belakang sambil memegang sebuah kompas di tangan kanannya.
" Kejap Lagi sampai la" kata Khuzairi.
Nampaknya asar akan berakhir dan Maghrib pula akan mengganti. Kalau tidak jumpa juga kampung itu sebelum Senja, Risiko untuk sesat amat tinggi.
Alhamdullilah jumpa jugak akhirnya. Tapi ..tidak nampak pun orang asli tu. Mungkin mereka ada di dalam rumah suasana pun dah senja, baik kami mempercepatkan langkah.
Terlihat rumah yang diperbuat daripada kayu cengal dan membumbungkan Atap nipah.
Kira-Kira ada 5 buah rumah di situ.Sampai di depan pintu rumah usang itu khuzairi memberi salam. Tak pula ada orang menjawabnya.
"Kau pasti ka ada orang ni" tanyaku.
"Pasti sangat" jawab Khuzairi.
Khuzairi Tak berpuas hati lalu mengetuk pintu rumah tersebut sekuat hati. Perasaan ku mula tidak sedap.
"Eh, Kaki kau berdarah la" kata Mardiya.
Ternyata ada darah mengalir daripada kasut Khuzairi. Dia kemudian mengalihkan kasutnya. Baru kami sedar, darah itu bukan dari kasut khuzairi tapi dari dalam rumah usang itu.
Darah pekat itu berjuntaian keluar dari lubang bawah pintu rumah tersebut. Kami mula menunjukkan reaksi tak menyenangkan.
Hijaz yang berada di belakang menyelit di antara kami lalu menendang pintu rumah tersebut.
Mata kami semua terbeliak kaku. Leya Menjerit seperti terkena Histeria. Dua badan manusia tak berkepala berlumuran darah.
Sama seperti dalam mimpi ku tadi. Aku mengucap panjang bila melihat sepasang mayat tersebut.Kami memeriksa rumah-rumah lain, ternyata banyak mayat tak berkepala terkumpul.
"Aku rasa mereka semua ni kena makan dengan haiwan buas lah"
Kata Khuzairi."Haiwan buas? Pandai pulak haiwan tu makan kepala ja tinggalkan badan. Siap kunci rumah sekali" balasku.
"Apa dah jadi ni? jom lah kita balik, " kata Leya sambil menangis.
"Kalau diikutkan, kesan leher ni bukan macam dibaham binatang, ia macam dipenggal. " Tambahku lagi.
Bersambung...
Ikuti kisah selanjutnya besok.
Vote and Comment :)
YOU ARE READING
Orang Asli Pemakan Manusia
HorrorBerkisarkan tentang sekumpulan remaja Masuk ke dalam sebuah Hutan didiami Orang Asli Pemakan Manusia yang mana mereka memuja Api untuk menghidupkan roh yang dimakan oleh mereka. Pelbagai perkara ngeri dan getir terpaksa Kalif dan kawan-kawannya meng...