° Pain 010 °

1.1K 131 3
                                    

“ Bila kau cinta, kau sanggup lakukan apa sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bila kau cinta, kau sanggup lakukan apa sahaja. Walaupun benda itu menyakitkan kau. Bodohkan?

"Apasal kau lambat sang-- Thea?!" Bebelan Taehyung terhenti melihat aku didukung oleh Jimin.

"Shh... Thea tengah tidur." Marah Jimin. Tubuhku diletakkan berhati - hati di atas sofa milik Taehyung.

"Macam mana Thea boleh ada dengan kau?" Soal Taehyung.

"Aku selamatkan dia daripada kena langgar kereta tadi. Tu yang aku lambat ni. Aku bawa dia ke sini pun sebab dia macam tak ada duit aku tengok. Kasut pun tak pakai." Jelas Jimin.

"Abih tu, kita nak makan apa ni? Aku dah lapar. Patutnya kau beli makanan dulu sebelum balik sini." Bebel Taehyung.

"Banyak tak handsome muka kau. Kalau aku bawa kereta tak apalah juga, ni kena jalan kaki. Lagi - lagi si Thea tu macam dah nak mati beku." Ujar Jimin.

"Kita order pizza jelah." Cadang Taehyung.

"Hmm, orderlah. Aku malas nak keluar lagi ni." Kata Jimin seraya merehatkan tubuhnya di kerusi.

• • •

Aku membetulkan posisi aku agar aku rasa lebih selesa. Namun, baru aku sedar aku rupanya berbaring di atas sebuah sofa.

Macam mana aku dekat sini? Aku mengimbas balik apa yang berlaku. Mungkin aku dekat pejabat Jimin kot.

"Thea?" Aku menoleh ke kanan. Wajah Taehyung yang tersengih lebar menyapa pandangan. Di tangannya terdapat sekotak pizza.

"Makanlah pizza ni. Mesti kau laparkan?" Taehyung meletakkan kotak pizza itu di atas ribaku. Aku memandang kosong kotak itu. Biasalah orang baru bangun tidur.

"Jimin mana?" Soalku.

"Jimin dalam pejabat dia. Kau dekat pejabat aku." Terang Taehyung.

Aku mengangguk faham sambil membuka kotak pizza itu. Baunya semerbak membuatkan perutku berkeroncong. "Kau tak nak makan ke pizza ni?" Tanyaku sambil mengambil sepotong bahagian pizza yang sudah sejuk itu. Lantaklah, sejuk tak sejuk, yang penting aku kenyang.

"Aku dengan Jimin dah makan tadi masa kau tidur. Pizza tu memang untuk kau pun. Kalau kau tak nak makan, bagi aku." Kata Taehyung.

"Ohh, lupa! Nah ambik ni." Taehyung mencampakkan beg plastik ke arah aku. Aku membuka beg plastik itu cepat - cepat.

Kotak kasut jenama Converse aku keluarkan. Stokin pun disertakan sekali.

"Pakai kasut tu. Lagipun dah nak musim sejuk ni. Kau pun satu, kalau nak jalan - jalan pun pakailah kasut dulu." Bebel Taehyung.

[C] Páin. myg Where stories live. Discover now