° Pain 001 °

3.2K 211 17
                                    

“ Aku rindukan zaman kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku rindukan zaman kecil. Zaman di mana aku boleh bernafas dengan tenang. Zaman di mana aku tidak ingin merasakan mati setiap saat.

"AAARGHHH!"

"JANGAN BUNUH KAWAN AKU! JANGAN!"

"Thea, maafkan kami. Ma--"

Bush!

"TIDAK!"

The pains begin from that moment.

• • •

Derap langkahku yang pada mulanya perlahan menjadi semakin laju seiring dengan aliran air mataku. Kenapa aku menangis? Bukan aku sudah bersumpah tidak mahu menangis lagi?

Namun aku lega. Sekurang - kurangnya tiada orang yang nampak wajahku yang mungkin sudah hodoh sekarang ini. Mekapku pasti sudah comot dek air mata.

Sumpah aku terkejut dengan semua ini. Bagaimana mereka berada di hadapan mata aku? Sedangkan mereka mati di hadapan mataku sendiri.

Aku lekas memasuki perut kereta lalu pintu kereta kuhempas sekuatnya. Stereng kereta aku genggam kuat cuba mencari kekuatan.

Aku tarik nafas sedalam - dalamnya namun tidak juga berhasil. Saat demi saat terasa semakin sukar untuk bernafas. Dan akhirnya aku menjerit.

Satu jeritan yang menzahirkan segalanya. Marah dan kesedihan. Kelemahan dan kesakitan. Semuanya.

"ARGHHH!"

Jeritanku memecah kesunyian malam sama seperti sunyinya hati aku saat ini.

• • •

Sebulan sebelumnya...

Semuanya bermula ketika aku di universiti. Aku masih ingat lagi ketika itu universiti aku kekurangan hostel. Aku dan tujuh rakanku yang lain terpaksa menyewa rumah di luar kawasan hostel.

Rumah yang kami sewa juga merupakan banglo dua tingkat dan kami dapat menyewa dengan harga yang cukup berpatutan. Pemilik banglo itu tidak mahu membiarkan rumah itu kekal kosong, jadi dia mahu menyewakannya.

Permulaan kehidupanku sebagai seorang pelajar cukup normal. Namun perjalanan hidupku tidaklah semudah itu.

"Cik Thea, mesyuarat akan diadakan pada pukul tiga petang nanti bersama wakil dari syarikat Platinum." Lamunanku seraya melayang apabila terdengar namaku dipanggil.

"Pardon?" Tanyaku.

"Mesyuarat akan diadakan pada pukul tiga petang bersama wakil dari syarikat Platinum." Ulang Ara, setiausahaku.

[C] Páin. myg Where stories live. Discover now