Pada hari Sabtu itu..memandangkan mama dengan papa tak busy sangat jadi diorang bawaklah Carla jalan jalan. Alah jalan jalan kat Time Square je. Jadilah nak lepaskan penat bersekolah dan bekerja.Bukan senang diorang nak bawak Carla keluar. Yayyy!
"Mama kalau mama nak shopping, bagi Carla dengan papa makan dulu eh. Kitaorg lapar hehe." Kata Carla.
Kali ini,mama dengan papa belikan apa sahaja yang Carla kata Carla berminat. Setiap kali mereka belikan barang untuk Carla,mereka akan berpesan supaya belajar rajin rajin dan tabah dalam mengharungi kehidupan. Entahlah sebelum ni takde pon berpesan sampai camtu skali. Tapi Carla ye kan aje. Taknak derhaka.
Usai bershopping, kami pon keluar ke tempat letak kereta untuk balik. Malangnya..rasa bahagia itu tidak bertahan lama.Papa memandu kereta seperti biasa. Sampailah di simpang itu, entah dari mana datangnya sebuah lori yang hilang kawalan merempuh lalu melanggar kereta kami. Carla tak sedar apa yang berlaku. Ianya sekejap sangat. Mata Carla makin lama makin disinari dengan kegelapan lalu tidak sedarkan diri.