Sebulan telah berlalu..
Carla makin dapat membiasakan dirinya sebagai anak yatim piatu. Walau bagaimana peritnya hidup tanpa kedua ibu bapa di sisi, Carla harus tetap tabah dan kental.Kehidupan Carla elok elok saje. Makcik Ila sering meluangkan masa dengan Carla bagi menghilangkan rasa sedih dalam diri Carla. Hanya pada makcik,Carla menumpang sekarang dan hanya pada Allah Carla mengadu melepaskan sayu di dalam jiwa.
Sekolah baru. Kawan kawan baru. Nasiblah kawan kawan kat sini best. Diorang banyak bagi nasihat kat Carla and same goes to cikgu. At least Carla still ada diorang.
Makcik Ila lah yang akan menghantar dan mengambil Carla dari sekolah. Makcik bekerja sebagai kerani kat sekolah ni. Makcik selalu buat Carla rasa gembira. Lazimnya,makcik akan mengaji bersama sama Carla selepas Maghrib. Kadang-kadang cuti awam,dia bawa Carla jalan jalan.
Terima kasih Makcik Ila.