Malam itu hujan. Hujan yang lebat dan bunyi-bunyi air jatuh ke atas tar dan atap bumbung membuatkan tidur aku terganggu. Aku rasa rimas kerana masih tidak dapat tidur malam itu dan bingit kerana bunyi bising itu. Ah , aku tak peduli aku kena tidur esok aku tidak mahu dimarahi oleh ustazah cibai itu pada waktu agama lagi. Aku tak peduli, aku kena buat sesuatu.
Aku pergi turun ke dapur. Sewaktu melintasi bilik mak ayah aku aku dapat dengar ayah berdengkur. Aku dengki dengan lena ayahku. Sampai di dapur aku bukak laci ubat dan ambil beberapa biji pil. Aku tak peduli, aku mahu tidur. Aku berpendapat mungkin kalau aku makan ubat aku akan senang dapat tidur. Aku ambil air dalam peti ais dan makan tiga biji pil, 2 daripada nya jenis yang sama dan satu lagi warnanya lain. Entah pil apa yang aku telan aku tak mahu tahu aku cuma mahu tidur.
Naik ke atas bilik aku terus baring menutup badan ku dengan selimut. Bunyi hujan masih lagi kuat dan guruh masih berdentum. Tapi mata ku sudah rasa berat seperti tanggungjawab menunaikan solat. Aku rasa lena dan terasa mahu dibuai mimpi. Jam sudah menunjukkan pukul 5.34 am dan aku agak mungkin selepas ini ayah ku akan mengetuk bilik mengejutku untuk menunaikan subuh. Tapi aku tetap mahu tidur walaupun sekejap. Dan aku terus tidur dengan ditemani bunyi hujan yang merintik keras.
Tiba-tiba pintuku diketuk keras.
TOK TOK OK!
Babi. Aku mencarut kerana baru melelapkan mata. "Sial aku baru je nak tidur" aku merungut. Pintu terkuak tetapi yang terlihat bukanlah ayah atau ibuku tetapi bayang hitam yang hodoh muka nya . Sangat hodoh. Aku panik. Tetapi sejak itu aku sedar ini mimpi. Aku tersenyum ini sudah kali ketiga aku didatangi mimpi yang sama dan ini mungkin kali ketiga aku bakal melakukan hal yang sama seperti mimpi aku yabg sebelumnya. Aku terpaku sebentar, berfikir kali ini bagaimana aku akan membunuh makhluk bermuka hodoh itu seperti sebelum ini.
Ya, aku sudah dapat jawapannya. Dengan pantas aku mencapai lampu belajar yang terletak dia atas meja dan menghentak dengan kuat kekepala makhluk tadi. Pelik makhluk tadi tidak menyerang kembali tetapi seperti terkejut dengan serangan aku tadi. Aku tersenyum dan terus berlari ke dapur mengambil senjata seterusnya. Tidak seperti mimpi sebelum ini aku menggunakan parang dan pisau. Kali ini aku memilih untuk lebih hardcore lagi. Aku mencapai tukul dan sabit yang digunakan ayah ku untuk menebas semak. Aku berlari ke arah makhluk tadi dan terus menyerangnya. Tukul ditangan kananku diguna untuk menghentak kepala nya dan sabit pula aku serang di bahagian badan sama seperti menyabit semak di belakang rumah. Usus terburai keluar dan kepalanya pecah di bahagian kiri kepalanya. Aku tidak puas. Aku terus menghentak kepala nya hingga tersepai isi isi kepalanya. Aku dapat lihat isi isi seperti otak dan mata yang masih fresh dn berdarah. Riwayat makhluk itu tamat sebelum sempat aku mengerjakannya dengan sabitku.
Ah diluar masih lagi hujan tetapi aku tahu kerja aku masih belum habis. Ada seekor lagi makhluk sama yang perlu aku bunuh. Aku tahu kerana ini seperti mimpi mimpiku sebelum ini dan makhluk itu ada dua. 'Tugas aku masih belum tamat' bisik hati kecilku.
Seperti yang dijangka sangkaanku. Haha tak pernah tak tepat kerana semua ini pernah berlaku didalam mimpiku yang sebelum ini. Tetapi kali ini aku harus melawan. Makhluk itu menjerit kuat seperti tidak percaya tetapi dalam pada masa yang sama dia kelihatan kecewa. Makhluk itu menyerang aku dengan tangan kosong. Tak dia tidak cuba menyerang tetapi merampas tukul dan sabit dari tangan ku. Aku perasan hal itu tetapi aku seperti dikawal oleh benda lain. Aku terus menghentak pegangan makhluk itu dari aku menggunakan sabit ketika ia cuba mengambil senjata aku. Aku dapat lihat dengan jelas tangannya yang terputus dua serta darah merah yang menyimbah bajuku. Aku terus menghentak badannya berkali-kali menggunakan kedua-dua alatan ditanganku. Badan makhluk itu hancur tanpa rupa. Pergerakan itu terburu-buru tanpa aku mahu. Aku tidak mahu membunuh makhluk itu ianya seperti ada suara yang ingin aku berbaik dengan makhluk itu.dan suara itu datang ketika aku terlihat ada airmata kekesalan keluar dari wajah makhluk itu.
Saat itu aku tersedar sesuatu. Kini aku sudah lihat rupa makhluk hodoh itu. Mata nya persis mata seorang yang amat aku kenali. Mata kuyu yang indah dan itu mata yang tidak luak aku pandang ketika bergurau dengannya dan mata itu juga menangis berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam perperiksaan. Itu momen terindah dalam hidupku. Dan kini aku sedar airmata yang dikeluarkan kini bukan air mata yang indah, tetapi ianya air mata kesedihan, kecewa dan menyesal.
Ya, itu mata milik ibu dan pemilik sepasang mata itu tidak lagi bernafas.
Malam itu aku oh tidak, mungkin waktu itu sudah subuh. Waktu itu hujan yang lebat masih belum reda dan aku terjaga dari lenaku yang asyik. Tetapi aku bangun dengan tangisan menyesal yang panjang. Sangat panjang. Mungkin selepas aku sedar baju aku masih berdarah dan tangan kananku sedang memegang tukul. Mungkin tangisan itu tangisan paling pedih yang pernah aku keluarkan kerana didepan ku terbaring kaku dua insan yang paling aku sayang.
Mungkin ini mimpi paling basah kerana hujan yang turun diluar rumahku itu benar dan bukan mimpi.