"New life aku dah bermula!"kata Alya perlahan sebelum melangkah masuk ke universiti barunya...Ramai jugak mata yang memandang...Alya mula kekok...
"Mmm...mana kelas aku agaknya?"soalnya pada diri sendiri...Alya memandang sekelilingnya,mana tahu ada yang boleh bagitahu...
"Hai!"
Alya memandang belakang lalu terlihat seorang wanita comel dengan lelaki yang agak kacak!
"Hai!Awak tahu tak kat mana kelas khusus perniagaan?Saya dah round satu U ni!"soal Alya pening...
"Kat belakang awak tu!"jawab mereka serentak...Alya menoleh belakangnya lalu menepuk dahi sambil ketawa kecil...
"Sorrylah!Tak tahu pulak dekat belakang ni!Thanks ya...By the way,nama saya Alya!"kata Alya menghulur tangan...Wanita itu menyambut mesra...
"Hai,Alya!Nama saya Amni...Ni abang kembar saya,Amri...Saya ambil fashion,Amri pulak photographer!Nanti jumpa time lunch,ok?"ujar Amni tersenyum mesra...
"Ok!"
Alya melangkah ke kelas barunya...YA ALLAH!Bising gila!
"Betul ke kelas ni?Tak matang langsung!Aku rasa kelas dekat Kelantan lagi matang!"komen Alya...Perempuan tengah bermekap,cat kuku!Lelaki lagi riuh!
Pung!
Alya menggosok kepalanya,benda apa yang hinggap kepala dia ni?!Alya mengambil benda yang hinggap kepala dia tadi...Bola kertas?
"Bola kertas siapa yang buat ni?!!Ish!"marah Alya membaling kertas itu masuk tong sampah!Gol!
"Mana wey?!Tak ada pun!"jerit seorang lelaki,Alya menggosok telinganya...Kuat bebenor!
"Wey,perempuan!"tegur lelaki tadi,Alya menoleh dengan pandangan 'nak apa?'
"Nampak bola kitaorang tak?"soalnya,Alya sekilas jeling dan sumpah seranah lelaki tu!
"Sampah tu kau panggil bola?Hmph!Aku umur 5 tahun dah tahu beza sampah dengan bola!"marah Alya jeling² lelaki tu...Lelaki itu bercekak pinggang...
"Woi!Bisu ke?!"
Alya tersentak lalu memandang lelaki tu...
"Bola ke sampah?"sindir Alya tersenyum sinis...Lelaki itu terbeliak...
"Amboi!Muka je cantik tapi perangai?!Hmph!Tak sesuai dengan muka!Aku tanya mana bola aku!!"tengking lelaki tu merenung tajam Alya...
"Bola kau?Mana aku tahu!Kau ingat aku bodyguard bola sampah kau?!Hmph!Tak ada masa!Cubalah check kat dalam tong sampah!Kan memang sesuai dengan nama dia!Bola sampah,Tengku Izzaril Khalif!"jawab Alya setelah melihat kad metrik yang tergantung di leher lelaki yang bernama Izzaril tu!
"Tuannya cantik tapi sayang,sifat kau tak!Aku tak percaya aku jumpa perempuan kurang ajar macam kau!Agaknya kau ni kekurangan kasih sayang!"balas Izzaril tanpa melihat kad metrik Alya...Alya menjeling tajam...
"Kau tu yang kekurangan kasih!!Nak jadi pembuli konon!Selalunya pembuli ni kekurangan kasih sayang!Aku tak percaya aku jumpa lelaki yang belagak macam kau!Hmph!"marah Alya lagi...Izzaril sentap...
"Aril,you gaduh dengan perempuan mana ni?Tak pernah nampak pun!"kata seorang perempuan seksi merangkul tangan Izzaril...
"Azira...I tak kenal pun perempuan kurang ajar ni!You nak apa?"tanya Izzaril lembut ayu...Alya nak muntah!
"Azira,Aril you ni tengah gaduh dengan orang,takkanlah you buta? Dan tolong jaga lelaki kesayangan you ni,boleh?I betul² meluat dengan lelaki ni...I hope you will take a good care of him,okay?I nak duduk dulu!Daripada layan lelaki ni!"sindir Alya pantas berlalu pergi...Izzaril terkumat kamit memarahi Alya...
"Who is her?So annoying!Lagipun,I setuju dengan dia...I akan jaga you!Jomlah duduk!"tarik Azira ke tempatnya...
Izzaril terpaksa mengalah...
Alya yang tengok mula naik meluat...Gediknya...
"So gedik...Jane pun kalah!"kutuk Alya dengan perlahan...IPad ditatap sehinggalah Prof datang...Alya pantas menutup IPadnya dan meletakkannya ke dalam beg dan muka Prof itu dilihat dan mulutnya ternganga...
"Assalamualaikum,kelas...Saya Prof Tengku Edham Ashraf bin Tengku Adham Yaseer...Saya akan jadi prof kat sini sementara je...Saya harap semua akan beri kerjasama,ya?Jadi,kita mulakan sesi pembelajaran ya?"kata Edham lalu memandang setiap satu murid di kelas itu...Kemudian tersenyum...
Alya terkesima...
"OMG?!!Prof ni anak kepada Tengku Adham Yaseer?!Usahawan yang selalu success dalam setiap projek?!Ayah saya pernah bekerja dengan ayah prof!!"jerit seorang gadis di belakang Alya...
"Aduhh minah ni!Pekak jugak aku dibuatnya nanti!Over sangat ni!Prof ni bukannya hensem sangat!Setiap hari aku tengok!Boleh tahan muak jugak aku tengok muka prof ni!"Alya mengutuk abangnya sendiri...
"Ya,saya anak sulung Tengku Adham Yaseer...Daddy saya taklah famous sangat!Saya ada adik bongsu!Mulut dia boleh tahan laser...Korang mesti kalah kalau berlawan mulut dengan dia!Ratu Debat!"perli Edham tersengih memandang Alya...
Alya menutup mukanya menggunakan beg sandangnya..."Ish abang ni!Dan lagi dia perli aku dekat sini?!Nak kena Edham ni!Tengoklah apa yang Alya nak buat dekat abang!"Alya ketawa jahat dalam hati...
"So,kita mulakan pembelajaran kita lagi ya?"pinta Edham...Semua mengangguk sajalah!
*************
"Prof Edham!"
Edham menoleh lalu tersenyum lebar...
"Alya,kenapa panggil saya?Ada apa² soalan yang awak nak tanya?"soal Edham walaupun dah tahu Alya nak tanya dia pasal tadi!
"Stop perli saya,boleh tak?Memang saya ni Ratu Debat dan terima kasih sebab bagi gelaran tu dekat saya!Prof Edham,saya ni student baru...Nak kenal orang kat sini dengan lebih dekat,jadi...Saya dah lama kenal dengan prof dan saya rasa kita ni boleh sambung nanti ya?Sebab prof lain nak masuk dah!Prof Edham,kita settle ni dekat rumah!!"marah Alya kemudian beredar...
Edham tersenyum...Ketawa pun ada...
"Apa nak jadilah dengan adik aku ni?Makin besar makin comel!Geram betullah!!"
**********
"OMG!Kau nampak tak tadi?!Budak baru tu dapat dekat dengan Prof Edham tadi!Tamak betul!Dahlah Aril aku dia nak,and then?Prof Edham anak Tengku Adham Yaseer pun dia nak rembat!Tak ada maruah!"kutuk Azira dengan gediknya...
Alya menebalkan telinganya...Biarlah!
Tiba² ada sebijik mentol menyala di atas kepalanya...Senyum sinislah Alya ni!
Handphonenya diambil lalu diletakkan di telinga...
"Hello,assalamualaikum...Saya Alya,student baru U Putrajaya...Saya nak tanyalah,Puan Haini...Kenapa student² dekat U ni selalu mengumpat pasal orang lain hah?Kenapa dorang menyibuk sangat?!Kan saya bagitahu daddy saya pasal benda ni!Daddy saya ni bekas sarjan askar yang pernah pertahankan merdeka dulu!Lepastu dia pencen jadi askar,dia jadi pemain boxing pulak!Dah berapa kali daddy saya tukar gigi dia dengan gigi palsu!Lepas serik asyik patah gigi,dia jadi penyiasat pensendirian!Dah berapa kes polis dia selesaikan macam petik buah rambutan!Saya bagitahu daddy ni,agak²nya boleh tak dia maafkan orang tu?!Bukan apa,even daddy saya dah tua...Sarung tangan boxing tu masih ada dekat almari rumah saya!Saya pernah nampak daddy saya tumbangkan 5 orang hanya dengan tunjal dahi orang first tu sampai yang belakang tumbang!Fush!Dashyatkan?!"Alya menguat sedikit suaranya nak minah² ni dengar...
Selepas itu,Alya memandang Azira...Nak ketawa pun ada!Muka Azira pucat macam tak ada darah!Jadi tunggul macam buat mannequin challenge!
Tiba-tiba,prof lain datang...Alya meletakkan telefonnya ke dalam beg semula...
YOU ARE READING
Suami Aku Mr Playboy
RomanceTengku Nur Alya Safira,seorang gadis bertudung yang cantik dan comel...Happy go lucky dan selalu berlagak innocent... Terpaksa berpindah ke KL dan bertemu dengan lelaki yang bernama Tengku Izzaril Khalif... Si Mr Playboy adalah gelaran daripada Alya...