SAMP 7

130 2 0
                                    

Izzaril keluar dari kereta untuk membuka pagar...Tah mana guard rumah ni!Membuta agaknya!

"Iwan ni pun satu!Nak keluar dengan kawan pun agak-agaklah!Tak bagitahu aku awal²!Geramnya!"marah Izzaril tahan sabar...Izzaril keluar untuk mengejutkan guardnya...Kalau tekan hon,kacau je jiran²!

"Eh,dah ada orang pindah depan tu?Sejak bila?!"Izzaril menyoal lalu mendekati gadis yang sedang berayun di buaian sambil bermain telefon...

"Hai,cik!"tegur Izzaril mesra...Gadis itu memandangnya lalu menjeling...

"Hai!"

"Nama apa?"

"Kenapa nak tahu?!"soal gadis itu...

"Saja,tanda perkenalan kita...Nama saya Izzaril!"kata Izzaril menghulurkan tangannya...

Gadis itu tidak menyambut...Izzaril menarik semula tangannya...

"Safira..."jawabnya ringkas...Izzaril angguk...

"Ouh,cantik nama...Secantik mata awak!"puji Izzaril...Mata gadis yang bernama Safira ini memang cantik...

"Terima kasih...Saya masuk dulu!"kata Safira berlari masuk ke rumahnya...

"Ish!Melepas!"marah Izzaril tak puas hati...Cantik betul mata budak tu!

"Izzaril,kau dah jatuh cinta dengan perempuan tu ke?!No,Izz!No!Kau kena ingat yang cinta perempuan semuanya palsu!"kata Izzaril berlalu ke halaman rumahnya...

****************

"Izz,ayahanda nak cakap benda sikit!"

Izzaril mengeluh lalu mendekati ayahandanya...

"Apa?Izz tak ada banyak masa ni!"

"Ayahanda nak tanya Izz lah...Bila Izz nak berubah?Tahu tak perempuan seksi mana tah datang nak jumpa Izz!Bonda pun terpaksa layan dia!Izz tahu nama dia apa?Nama dia Wanda!Sekarang ni Izz nak kata apa?!Ayahanda nak Izz putuskan semua hubungan Izz dengan perempuan² kat luar sana tu!Kalau tak,jangan harap nak jadi CEO syarikat ayahanda!"ugut Tengku Hassan berang...

Izzaril buat tak kisah...

"Ayahanda...Biarlah,ni kan life Izz,Izz boleh buat apa yang Izz nak!"jawab Izzaril beredar...Tengku Hassan terbeliak...

"Lupakan Deena!Terima kenyataan yang dia dah curang dengan Izz!Izz patut lupakan Deena!"ayat Tengku Hassan membuatkan Izzaril berhenti manakala Tengku Hassan bangun meninggalkan Izzaril di ruang tamu...

**********

"Fuhh...Leganya..."ujar Alya...

"Kenapa Izzaril tu jiran aku?!Nasib baik aku pakai mask ni!Kalau tak berperanglah kami!"ujar Alya lagi...

"Alya,kenapa ni?Nampak risau je!"sergah Ayra...Alya terperanjat...

"Fuhh...Terkejut Alya tau!Mana ada Alya risau...Okey je ni!Alya masuk tidur dulu eh?Bye,assalamualaikum!"pamit Alya...

Ayra menjawab salam Alya dengan penuh tanda tanya...

"Peliknya Alya ni!"kata Ayra namun dibiarkan...

**************

"Izzaril,kau rasa kau sesuai tak Amni dengan aku?Kau pun tahukan yang aku ni dah lama syok dekat Amni tu!Cuma...Amri tu tak kasi can!"kata Afif bersedih...

Izzaril tersenyum mengelamun...Eddy dan Afif berpandangan...

"Izzaril!!"jerit mereka berdua serentak...Izzaril yang mengelamun tu tersedar...

"Kenapa?!"tanya Izzaril acuh tak acuh...Eddy angkat kening...Tegur je dah badmood,apahal pulak ni?

"Kau mengelamun ni kenapa?Teringatkan Sofea ke?"sindir Afif...Izzaril geleng...

"Tak ada masa lah!Sebenarnya,aku rasa aku dah jatuh cinta dengan sorang awek ni buat kali kedua!Mata dia cantik!Cuma...Aku tak dapat cam muka dia sebab dia pakai mask tutup mulut tu...Mungkin dia selsema kot..."ayat terakhir Izzaril terdengar sedikit hampa...

"Kau biar betul?!Takkan dengan panahan mata je dah cair?!Jangan cari pasal wey!Mana tahu budak tu gigi jongang!Tak ke naya kau?!Aku dengan Afif tak ada masa tu!"Eddy memberi pesanan...

"Ish kau ni!Aku rasa taklah!Sebab okey je masa dia cakap!Tak ada bunyi sengau pun!Nama dia pun cantik macam mata tau!"puji Izzaril...Afif dan Eddy makin tertarik dengan budak yang Izzaril cerita ni!

"Apa?!Tak sabar aku nak tahu ni!"tanya Afif...

"Safira..."jawab Izzaril malu²...Afif dengan Eddy angguk...

"Mesti lawa awek ni,kan?!Nama pun dah buat tulang rusuk aku bergetar tau!"kata² Eddy membuatkan Izzaril menjeling maut...

"Mana boleh!Aku punya budak Safira tu!"kata Izzaril tak puas hati...Eddy tersengih...

"Betul² dah dilamun cinta budak ni!Tak adalah!Kalau aku nakkan Safira tu,Erina aku nak letak mana?!Ambillah Safira tu!Nanti baju nikah,aku suruh Erina buatkan!Dia kan fashion designer!"kata Eddy...

"Tak adanya!Amni yang patut buat!Kan Amni ni dapat A exam first tu!Amni yang kena buat!"bantah Afif cukup²...

"Eh²!Erinalah!"mereka bertengkar...

"Dah²!Amni buat baju akad nikah!Erina buat baju bersanding!Deal?"cadang Izzaril...Mereka mengangguk...

Alya yang terdengar perbualan mereka mula cemas..."Apa yang aku nak buat ni?!Izzaril dah mula sukakan aku..."ujarnya perlahan...

"Hai,Alya!"tegur Erina tersenyum...Alya membalasnya dengan senyuman...

"Kenapa nampak resah je?Ada benda yang kau risaukan ke?"soal Erina...Alya geleng sambil senyum hambar...

"Nothing...I just feel a little dizzy!"bohong Alya...Erina mengangguk...

"Mana Amni dengan Amri?Tak nampak pun!"tanya Erina...Alya angkat bahu tanda tak tahu...

"Petang ni kitaorang nak buat study group dekat rumah kau,boleh?Kalau boleh,aku bagitahu Amni dengan Amri nanti!"cadang Erina angkat kening...Alya angguk...

"Mmm...Datanglah pukul 5 petang,time tu je aku bosan yang teramat!"kata Alya termenung membelek-belek majalahnya...

"Ok,thanks tau!"ucap Erina sambil tersenyum penuh makna...Alya angguk...

"Aku tak tahulah yang aku punya assignment ni okey tak?"kata Erina mengeluarkan assignmentnya...

"Amni dengan kau ni asyik sibuk dengan benda ni tau!Tak ada benda lain yang kau nak buat selain tanya pendapat aku?"perli Alya...Erina jeling...

"Tanya je!Tak payahlah perli aku sampai macam tu sekali!"Erina memasukkan semula assignmentnya tanda merajuk...

"Alolo...Nak merajuk pula budak ni?Tak sepadan dengan umur langsung!"perli Alya lagi...Erina lagi merajuk...

"Kau nak aku panggil Eddy yang kau merajuk?!Aku panggil dia suruh dia pujuk kau kang!"ugut Alya...Erina serta merta tersenyum kembali...

"Tak payahlah!Aku lagi rela kena pujuk dengan Amri!"Erina terlepas cakap lalu tersenyum malu...Alya dah tersengih...

"Kau suka Amri ya?!"teka Alya...Erina tersenyum malu lalu mengangguk...

"Jangan bagitahu orang lain tau!Janji?"

Alya angkat tangan kanannya..."Janji!Aku Tengku Nur Alya Safira binti Tengku Adham Yaseer berjanji akan menyimpan rahsia besar Nurul Erina Aililiy!"

Alya dan Erina ketawa serentak...

"Ada² jelah kau ni!"kata Erina...Alya tersengih²...

Suami Aku Mr PlayboyWhere stories live. Discover now