My Sweet Selfish Fiance 1

601 6 1
                                    

Aku memandang sekilas lelaki yang berada dihadapanku sebelum kembali melemparkan pandanganku ke setiap penjuru restoran. Rata-rata pengunjung restoran tersebut adalah penginap Goldiea Pearl Hotel dan restoran ini sendiri adalah sebahagian dari hotel tersebut. Sepanjang hampir setengah jam kami berada di sini, aku tidak dapat tidak untuk mengendahkan pandangan yang dilemparkan oleh pekerja restoran ini dan sebilangan pekerja hotel yang menghabiskan masa di sini. Pandanganku kembali di alihkan kepada lelaki yang masih lagi enak menikmati makan tengaharinya.

Ruzain Iskandar, anak kepada pemilik Goldiea Pearl Hotel dan dia sendiri adalah pengarah urusan di hotel tersebut, tidak hairanlah sekiranya ada mata-mata yang memandang kami. Aku mula merasakan tempat yang kami pilih untuk pertemuan ini tidak bersesuaian. Perasaan bimbang mula bergayut dihati, bimbang sekiranya timbul gosip tentang aku dan Ruzain pula nanti. Namun begitu, dalam perasaan bimbang itu terselit sedikit perasaan bangga apabila aku terpandangkan pandangan cemburu beberapa pekerja wanita di situ. Cemburu melihat aku yang duduk semeja dengan lelaki pujaan hati mereka.

Are you sure you tak nak makan? I tak nak nanti mama I cakap yang I tak pandai nak jaga her beloved bestfriend’s daughter.” Ruzain tiba-tiba bersuara, menerbangkan segala benda yang bermain di fikiranku.

Sure. I tak lapar. I just had my late breakfast. But you sure does look hungry. Makanan tu sampai aje tadi you terus ignore I kat sini. Langsung tak alihkan muka dari your lunch.” Aku cuba berseloroh. Dia ketawa.

Really? Sorry... I memang lapar pun. Tak sempat breakfast tadi, sampai je kat office terus masuk meeting hall.” Ujarnya lembut. Timbul sedikit perasaan bersalah kerana dirasakan seperti aku mengaggunya, namun aku harus berjumpa dengannya secepat yang mungkin.

Sorry kalau I ganggu you. Tapi I memang nak kena bincangkan pasal hal ni dengan you. Have your mom say anything about us?” aku mula mengeluarkan sebab sebenar kedatangan aku ke sini.

About us? Kalau pasal nak jodohkan kita tu mama I ada mention dua tiga hari lepas. I takda cakap apa-apa pun kat mama I lagi. Tapi you jangan risaulah...parents kita tak paksa pun. Kita boleh je cakap yang kita tak setuju.”Ruzain kelihatan tenang. Aku mula gugup dan tidak berani memandangnya.

Actually, about that, Ruzain...I know parents kita tak paksa. Tapi masa mama I cakap pasal ni dengan I semalam, muka mama nampak macam berharap sangat nak you jadi menantu dia, macam youlah lelaki terbaik yang dia pernah jumpa, after my father, of course. And then, masa dia cakap yang dia nak sangat berbesan dengan your mom... I just couldn’t say no. And.... I ....agree...” aku masih lagi menundukkan muka, tidak berani untuk melihat reaksinya.

You what?” dari suaranya, jelas kedengaran nada terkejut. Makanan yang dari tadi menarik minatnya di ketepikan.

I’m sorry...” Cuma itu yang aku dapat luahkan.

So, you nak I cakap kat parents I yang I tak setuju dengan cadangan tu?”

Belum sempat aku berkata apa-apa, telefonnya yang terletak di atas meja bergetar, mungkin masih dalam mod senyap dari mesyuaratnya tadi. Ruzain terus mencapai telefon bimbitnya dan mengumam “my mum” sebelum menjawab panggilan tersebut. perbualannya ringkas sahaja. Dia lebih banyak mendengar daripada berkata. Dan ucapan yang terakhir aku dengar darinya sebelum dia mematikan panggilan tersebut ialah,

“Mama, kita bincang hal ni petang nanti boleh? Ruz tengah makan dengan Maisya ni...”.

 Sebaik sahaja mendengar namaku, aku terus mengangkat muka memandangnya. Untuk seketika pandangan kami bersatu. Dia mengeluh berat. Keluhan beratnya itu meruntun hatiku. Aku mula berfikir kembali samada untuk meneruskan niatku ini atau tidak. Dirasakan seperti aku menyusahkannya dan menambahkan bebannya dengan rancanganku.

My Sweet Selfish FianceWhere stories live. Discover now