Part 5
Seminggu berlalu, mama masih lagi di tahan di wad. Namun menurut Dr. Hisham, mama akan di benarkan pulang dua atau tiga hari lagi sekiranya proses penyembuhan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang negatif. Wajah mama terus bercahaya girang mendengar berita yang di sampaikan oleh doktor itu. Aku turut gembira kerana sepanjang ketiadaan mama di rumah aku kebosanan. Setiap kali pulang dari kelas aku hanya disapa dengan kesunyian. Tiada lagi suara mama bertanyakan itu dan ini.
Sebaik sahaja pintu dewan kuliah yang boleh menempatkan hampir 300 orang pelajar kubuka, aku dapat melihat Adda melambai-lambai tangan kearahku. Langsung kakiku di gerakkan menaiki tangga untuk ke kerusi bersebelahan dengan Adda. Senyuman manis yang sedari tadi tergayut di bibir gadis kecil molek itu bertambah lebar. Aku dapat mengagak tentu ada yang mahu di ceritakan kepadaku, dan cerita itu pasti sesuatu yang menggembirakan hatinya.
“ Maisya, kau tahu… semalam Ikhwan pergi jumpa parent aku. Lepas tu kita orang dah setuju nak tunang cuti sem nanti.” Adda memaklumkan.
“ Tunang? Alhamdulillah… baguslah tu. Tu tandanya dia serius pasal kau. Bukannya main-main. Tak nak jemput aku ke majlis tunang korang nanti ke?” aku menyoal berbasa-basi. Sedangkan aku tidak langsung memaklumkannya tentang pertunangan aku dan Ruzain tempoh hari, takkanlah aku nak memaksa dia untuk mengajak aku ke majlisnya.
“ Mestilah aku jemput. Kalau tak, takkan aku bagitau kat kau awal-awal pasal benda ni kan…” muka Adda manis dengan senyuman, dia kelihatan bahagia bakal menjadi tunangan orang sedangkan aku…
“Ad, kalau aku nak tanya kau something boleh? Nak mintak pendapat kau. Boleh tak?”
“Sejak bila kau jadi polite dengan aku ni? Selalu main terjah je. Dah tak ada istilah tanya-tanya pun. Lagipun bukan ke kau dah tanya aku tu?” Adda memandang aku dengan hujung matanya. Pen ditangan yang sedari tadi di gunakan untuk menulis terhenti.
“kau ni kan, aku tanya sikit je dah melebih-lebih pulak kau bagi.” Aku mula mencebikkan bibir.
“Iyelah cik puan besar, saya tak usik dah. Kau nak tanya apa?”
Aku berfikir sejenak. Merangka ayat-ayat yang patut aku keluarkan supaya tidak mengelirukan Adda. Perlahan aku menruk nafas panjang.
“Hari tu aku ada baca satu cerita ni, aku tak tahu macam mana aku nak judge benda ni, so… aku nak tanya pendapat kau. Cerita dia camni, watak perempuan dalam cerita tu bertunang dengan seorang lelaki ni. Sebelum mereka bertunang, mereka ada buat satu perjanjian mulut. Maksudnya tak ada perjanjian secara hitam putih antara mereka.
Disebabkan pertunangan mereka tu bukan atas kehendak mereka dan bukan juga paksaan dari mana-mana pihak, sebelum tunang tu lelaki ni janji lepas dua bulan dia akan putuskan pertunangan mereka tu. Tapi, masalahnya, tiba-tiba lepas dua bulan dia tak buat pun apa yang di janjikannya tu. Malah, dia nak teruskan pertunangan diaorang tu.
Perempuan tu tak puas hati lah, tapi atas sebab-sebab tertentu dan tak nak melukakan hati kedua orang tuanya, dia tak boleh nak putuskan pertunangan tu. So… dia cubalah pujuk lelaki tu supaya teruskan rancangan awal mereka untuk putuskan pertunangan tapi macam tak berjaya je. Lelaki tu macam keras kepala. Pada pendapat kau lah kan, apa yang perempuan tu perlu buat untuk pujuk lelaki tu putuskan pertunangan mereka?” berhati-hati aku bersuara supaya tidak tersasul di hadapan Adda.
“ Kalau bukan kehendak mereka dan bukan juga paksaan dari mana-mana pihak kenapa mereka bertunang?” Adda mengerutkan dahi.
“ Sebab…” takkan nak cakap sebab mama sakit dan nak kena bedah, nanti Adda syak sesuatu pula. “oh ya…sebab mama perempuan tu betul-betul berharap nak jadikan lelaki tu menantu dia, lagipun mama lelaki tu bestfriend mama perempuan tu. Perempuan tu anak tunggal, dan dia tak sanggup nak kata ‘tidak’ semasa mama dia mengusulkan tentang pertunangan tersebut.”
“ Habis tu kenapa perempuan tu tak putuskan saja pertunangan tu. Apa susah, cakap kat parents dia yang dia tak sesuai, tak ada keserasian antara mereka berdua. Habis cerita. Mesti dia orang faham.” Adda mencadangkan selamba.
“ kau cakap senanglah. Takkan lah nak cakap macam tu. Dia orang dah betul-betul berangan Ruzain tu jadi menantu mereka nanti. Cuba kau bayangkan apa perasaan orang tua tu nanti kalau tiba-tiba anak dia musnahkan harapan mereka tu.” Aku sedikit emo hingga langsung tidak menyedari yang aku hampir membongkarkan perkara yang sebenar kepada Adda. Adda memandangku pelik.
“eh…eh… yang kau marah kat aku ni kenapa…”
“kau ni pun satu, aku cuma tanya pendapat kau macam mana nak pujuk lelaki tu je. Yang kau tanya lebih-lebih tu kenapa. Kalau kau nak tahu sangat nanti kau tanya lah penulis cerita tu.”
“Ok…ok…aku bagi pendapat. Tapi ada sesuatu yang aku kena tahu dulu. Perempuan tu available lagi tak? ke dia dah ada special someone?lelaki tu ok tak perangai dia?” aku memandang Adda sambil mengangkat kening. Makin banyak soalan dia ni…
“hmm…perempuan tu single lagi. Dia tak ada someone special pun. Kalau pasal perangai lelaki tu… aku tak sure. Sebelum mereka tunang nampak macam okey je. Tapi lepas tunang asyik nak naikkan darah perempuan tu je kerja dia setiap kali jumpa.” Aku menerangkan.
“kalau perempuan tu single lagi, aku rasa apa salahnya kalau teruskan aje pertunangan mereka tu. Lelaki tu pun okey kan... lagipun mereka kan dah officially tunang. Aku tak nampak apa-apa masalah pun kalau dia orang teruskan. Benda macam ni kan selalu berlaku kat dalam drama…cerita yang macam tu la yang selalu jadi romantik lepas kahwin kan…”
“Helllloooo… tu dalam cerita, fantasi. Ni realiti.” Aku terus berkata-kata tanpa berfikir. Selesai sahaja menuturkan ayat tersebut barulah aku perasan dan terus menyebabkan aku terkaku di kerusi yang diduduki itu.
“helllloooooo…tadi kau yang cakap benda-benda ni cerita yang kau baca. Maksudnya cerita ni rekaan semata-matalah. Equal to fantasy. Aku rasa kau ni dah terlalu banyak berfikir pasal cerita ni. Tu yang emo sangat tu.”
Untuk menutup kesalahan sendiri, aku ketawa kecil. Nasib baik Adda ni jenis yang susah nak tangkap sesuatu. Agak ‘dense’ orangnya.
“ha’ah…betul tu. Aku dah terlalu tersangkut dalam cerita ni. My bad…sorry.”
Malas untuk terus memikirkan tentang perkara tersebut, aku terus menarik keluar lecture note yang telah aku print siap-siap sebelum keluar dari rumah tadi. Highlighter kuning dan sebatang pen hitam aku letakkan di atas meja. Bersedia menunggu pensyarah masuk untuk memulakan kelas. Sebaik sahaja pen ku letakkan diatas meja, pintu dewan kuliah di buka dan Dr. Taufik terus masuk menuju ke meja yang menempatkan sebiji komputer di hadapan kelas.
YOU ARE READING
My Sweet Selfish Fiance
Short StoryKeluarganya tidak memaksa, itu hanyalah sekadar harapan mereka. Dan atas permintaan keluarga, Maisya Umaira dan Ruzain Iskandar bersetuju untuk bertunang. Namun persetujuan tersebut termaktub bersama sebuah perjanjian. Pertunangan itu hanya sementar...