Aku terus memandangnya, menanti balasan darinya. Masa terus berlalu. Seminit...dua minit...akhirnya dia mengalihkan pandangannya ke arahku. Sebaik mata kami bersatu, dia tersenyum. Sekilas, senyumannya menghantar getar di jiwaku. Sekilas cuma, aku tidak akan membiarkannya berlama-lama. Tidak sekali-kali.
"Ruzain?" ...say something. Aku mengerutkan dahi. Haish, dia ni nk cakap ke tak. Tadi beria-ia suruh ikut.
“I shouldn’t be here now. Can you make it quick? I sepatutnya ade kat depan bilik mama I sekarang ni.” Aku menggesa, namun masih tiada reaksi darinya.
“Ruzain..” kali ini aku kuatkan sedikit suaraku untuk menarik perhatiannya, dan nampaknya aku berjaya.
“Yes?”
Huh??? Mamat ni biar betul. Boleh pulak dia tanya aku macam tu. Sekali lagi, entah untuk yang ke berapa kali, aku mengeluh.
“Tadi you cakap nak bincang pasal pertunangan kita ni. You dah fikir ke macam mana nak cakap dekat parents you nanti?”
“hmmm..tu yang I tengah fikir ni. Macam mana nak cakap dekat you yang I fikir untuk teruskan pertunanagn kita ni… what do you think about that idea? Does it sound good to you? Well… it does sound good to me though.”
“Apa yang you merepek ni? Kalau you cuba nak buat lawak, don’t even think to try. Not funny. Seriously, langsung tak kelakar.” Aku mula serius.
Ruzain cuma mengangkat bahu. Riaknya langsung tidak menunjukkan keseriusan, malah tidak juga menunjukkan bahawa dia sedang bergurau. Namun dari nadanya aku dapat rasakan yang dia tidak bergurau. Aku keliru.
“I don’t get where you’re leading me to, Ruzain. Are you serious or are you just kidding? Which one of it?”
“I cakap apa yang I nak and apa yang I rasa. It’s depend on you where you’re leading yourself to… dan satu lagi yang I nak cakap, I takkan cakap apa-apa tentang pembatalan pertunangan ni pada parents kita. I nak teruskan pertunangan kita ni.”
Aku tersentap. Walaupun aku separuh mengagak jawapan yang akan diberikan, namun kenyataan itu agak mengejutkan aku apabila ianya keluar secara langsung dari mulut Ruzain.
“Tapi you dah janji yang pertunangan ni akan diputuskan oleh you. You promised me before. Remember…”
“Yes… I do remember. Sebab tu I cakap tadi yang I cuma cakap apa yang I nak dan apa yang I rasa. Terpulang pada you sendiri apa yang you nak buat lepas ni. Kalau you tak nak teruskan, you kena cakap sendiri kat mama you. I tak nak masuk campur.”
“You nak lepas tangan macam tu je ke?” aku tidak tahu samada aku marah atau kecewa saat ini. Aku makin keliru. “You nak… tinggalkan I sorang-sorang dalam masalah ni? You’re so selfish.”
“Listen, first of all, I tak nampak semua ni sebagai satu masalah. Kita dah bertunang dan I nak kita teruskan je pertunangan ni. Going with the flow, not the opposite. Secondly, you got it reversed. I tak tinggalkan you sorang-sorang. I nak teruskan pertunangan ni sebab I nak bersama dengan you. And lastly, we need to be selfish to get what we want, didn’t we?”
“Tapi…” aku tidak dapat memikirkan ayat yang perlu aku keluarkan untuk membalasnya.
Apa yang di ujarnya itu betul. Aku tak nafikan. Tapi semuanya betul cuma dari sudut pandangannya dan bukannya dari sudut pandanganku. Sudut pandangan kami 180 darjah berbeza.
“Why do you look so dejected? You yang nak kita bertunang dulu kan… dan you yang first setuju dengan pertunangan tu.” Sekali lagi ayat yang dituturkannya membuatkan aku diam, tidak dapat berkata-kata.
YOU ARE READING
My Sweet Selfish Fiance
Short StoryKeluarganya tidak memaksa, itu hanyalah sekadar harapan mereka. Dan atas permintaan keluarga, Maisya Umaira dan Ruzain Iskandar bersetuju untuk bertunang. Namun persetujuan tersebut termaktub bersama sebuah perjanjian. Pertunangan itu hanya sementar...