Hari Terakhir Tanah Melayu Berbangsakan Melayu

69 2 0
                                    

#1

Hari ini adalah tanggal yang cukup penting bagi negara Melayu. Hari ini adalah hari Tanah Melayu menyambut kemerdekaan yang diidamkan sejak 400 tahun dahulu. Tanah Melayu telah dijajah sejak zaman Melaka, penjajahnya pula sering bertukar-tukar. Penjajah pertama berbangsa Portugis, kemudian datang pula penjajah dari Belanda, tidak cukup dengan itu bertukar pula pada British. Tanah Melayu dicabul berulang kali dengan perakus dan perogol yang berbeza. Tanah Melayu ini bisa dianggap seperti wanita murahan yang diguna dan dikerah serta diperhamba oleh lelaki yang bernama penjajah. Sesudah lelaki ini bosan dengan wanita yang telah digunakan ini diberi pula pada lelaki-lelaki yang lain. Setiap lelaki yang menoda wanita yang bernama Tanah Melayu ini diterokanya setiap sudut dan inci tubuhnya dan diratah dengan cara yang berbeza-beza. Kejam! Ya... sungguh kejam! Penjajah telah gunakan segala peluangnya untuk menyedut keluar semua zat yang tersimpan di dalam raga Tanah Melayu. Setelah satu penjajah hilang idea dan cara untuk meneroka , diberi pula pada penjajah yang lain untuk meneroka dan melicinkan nikmat yang masih tersisa. Jijik! Ya... Sungguh jijik perbuatan mereka! Kerana itu Tanah Melayu perlu berjuang untuk menegakkan haknya dan mengalahkan para penjajah agar Tanah Melayu bisa merasakan nikmat kemerdekaan.

Tanggal 31Ogos 1957, merupakan tarikh keramat bagi Tanah Melayu. Orang-orang Melayu terasa amat bersyukur kerana dapat merasakan detik yang dinantikan selama 400 tahun. Air mata berhamburan di mata setiap rakyat Tanah Melayu terutamanya orang Melayu yang menjadi tuan bagi negara ini. Hari ini juga merupakan hari terakhir Orang British menduduki negara ini dan mereka telah dipanggil oleh Ratu untuk pulang ke negara asal mereka. Orang-orang British telah mengemaskan barang-barang mereka untuk mereka pulang ke negara asal, namun mereka pulang dengan tersenyum girang. Kerana orang British telah bosan menoda Tanah Melayu, terlalu lama. Jadi mereka pulang dengan senyum yang paling senang. Mereka pulang dengan senyum kerana mereka telah menoda bukan semata-mata menoda, mereka juga telah tinggalkan benih-benih sperma mereka di rahim Tanah Melayu. Mereka melompat kegirangan kerana mereka tidak perlu khuatir untuk bertanggungjawab untuk 'anak-anak' yang bakal lahir. Kerana tiada satu orang pun boleh meletakkan kesalahan pada mereka kerana mereka sudah pulang ke negara asal mereka dan 'anak-anak' ini akan menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk mengasuhnya dan menjaganya.

Tanah Melayu masih tidak sedar akan hal ini, orang-orang Melayu terlalu asyik dengan kemerdekaan yang baru diperolehnya. Kemerdekaan yang didapatkan di atas meja perbincangan. Tidak sama nilainya dengan kemerdekaan yang diperoleh di depan mata keris perjuangan. Kemerdekaan yang dipersetujukan ini pastinya bersyarat dan pastinya banyak penafian hak-hak untuk orang Melayu. Kemerdekaan Tanah Melayu bukan berdasarkan kehendak orang Melayu tetapi kemerdekaan Tanah Melayu berdasarkan ihsan ratu. Kasihan! Ya... sungguh kasihan! Ini negara orang Melayu tapi kemerdekaan yang diperoleh dihujung syarat-syarat ratu. Sebelum orang-orang British pergi meninggalkan tanah Melayu. Segala mekanisme yang telah mereka wujudkan di dalam Tanah Melayu mempunyai tujuannya yang tersendiri dan semata-mata untuk menjadikan Tanah Melayu agar terus menunduk pada peraturan dan dijinakkan dengan kuasa mereka sebagai penjajah dan bangsa besar yang jauh lebih mulia.

#SAMBUNGAN ada di 'part' seterusnya. Terima Kasih kerana membaca.

CERPEN: CERita PENtingWhere stories live. Discover now