^Gambar diatas ialah Isfatul Aisya^
Matahari dah tegak atas kepala memancarkan cahaya ke ruang bilik Isfatul Aisya. Sesekali Isfatul Aisya mengeliat malas dan menggosok matanya yang terkena sinaran matahari. Dia bangun dan melakukan sedikit senaman ringan di pagi itu.
"Ya allah ya Tuhanku . Aku dah lambat ni. Alahai Isya kenapa kau tak sedar yang sebenarnya kau dh lewat nak jumpa kawan Mak cik Intan tu. Kang tak pasal pasal kau hilang kerja ni kau meroyan. Dah bgus bgus mak cik Intan tu nak tolong kau yang menggangur ni kau buat hal pulak haishh" bebel Isfatul Aisya sambil bergegas ke bilik mandi.
Jam menunjukkan pukul 12.35 p.m
"Mane pulak si betina ni dah berjanggut aku tunggu kat bawah ni. Janji semalam pukul 10 a.m. Dahlah panas kau buat aku makin panas lagi yer Isya. Kau tunggulah nasib kau pasni. Aku akan jual kau kat org tua tak cukup gigi tu and aku akan kaya HAHAHAHA"
*aduh kesian si Aisya ni*
kedengaran tawa Mak cik Intan dalam kereta sambil menunggu kedatangan Aisya.Terkocoh kocoh Aisya menuruni anak tangga dirumah itu. Sesudah mengunci pintu dan pagar dia terus masuk ke dalam kereta mak cik Intan.
"Maafkan Isya Makcik Intan. Isya lambat tadi. Tak sedar yg harini Makcik Intan nak bawa Isya jumpa kwn Makcik Intan pasal kerja sebagai waitress tu. Sorry eh makcik Intan" senyum Aisya sambil melemparkan senyuman kearah makcik Intan yg sedang memandu.
"Kenapalah kau ni bodoh sangat Intan. Sia sia jer kau datang ke bandar KL ni cari kerja yg halal sedangkan kau tak tahu niat aku yg perlukan duit skg ni. Nasib mak ayah kau dah takde. Hidup pun sebatang kara kesian kau Intan " Kata makcik Intan dalam hati..
"alaa takpe Isya . Makcik tunggu kejap je tadi tak sampai sejam pun. Ni dah ready ke nak mula kerja ni? Sebelum tu kita pergi beli baju utk Isya dulu sbb baju yg Isya pakai ni tak berapa sesuai la." Kata makcik Intan sambil menepuk peha Isfatul Aisya .
Aisya merenung pakaian nya ketika itu. Baju kurung kuning lembut buatan ibunya sendiri yg dihadiahkan kepadanya ketika berumur 20 tahun. Walaupun sekarang usianya sudah mencecah 24 tahun tetapi bentuk badannya masih seperti remaja belasan tahun. Dgn potongan badan yang menarik,kening sedikit lebat,bibir merah asli bak delima,rambut ikalnya yg panjang mencecah pinggang dan kulitnya yg putih mulus itu. Dia bersyukur dgn apa yg dia ada. Lagipun ibunya berketurunan Cina manakala ayahnya pula berketurunan Arab. Sebab itulah dia memiliki wajah persis bidadari. *chewahhh*
Setelah memarkirkan kereta, mereka berdua menuju ke kedai baju yang dikatakan oleh Makcik Intan tadi.
Isfatul Aisya merenung kedai pakaian di depannya ketika itu. Cukup terpesona dgn beribu baju yg lawa dan pastinya mahal yg terdapat didalamnya. Sesudah masuk dia mengawal dirinya dari terlalu teruja walaupun dia baru pertama kali menjejakkan kaki ke tempat mewah itu. *biasalah en org kampung katakan*
Makcik Intan membelek belek baju dress yang terdapat di situ. Setelah itu dia mengambil beberapa dress singkat paras peha dan menyuruh pekerja kedai disitu membawa Aisya ke fitting room. Aisya yg masih terpinga pinga mengikuti sahaja.
"Mak aiii singkat nya baju ni. Ya Allah tak pernah pernah dalam hidup aku ,aku pakai baju gini. Seksi gilerr." Katanya sambil membelek belek badannya yg seksi itu dihadapan cermin. "Eh tapikan tak sangka pulak aku ni seksi juga kan hekhek" tambahnya lagi.
"Dah ke Isya lama sgt dalam tu buat ape" jerit makcik Intan.
"Oh mak kau terkejut aku." Aisya mengurut dadanya. Tidak lama selepas itu dia keluar.Mata makcik Intan tak berkedip memandang tubuh Isfatul Aisya yang memakai dress singkat bertali halus warna merah paras peha seperti separuh bogel itu. Tak tahu pulak dia yg si Isya ni cantik dan ada badan mcm model. Macam mama kau yg tak guna tu. Patutlah papa kau berkenan dgn arwah mama kau. Huh!!Dia hanya tersenyum penuh makna.
"Okay ke makcik Intan? Tak seksi sangat ke? Kerja tu kena pakai baju gini eh? Tak selesa lah Isya pakai baju ni makcik. Ketat sgt tgklah ni bhg dada Isya mcm nak tersembul" Tanya Isfatul Aisya dengan wajah yg berkerut. "Nak pergi interview kenalah pakai pakaian mcm ni Isya barulah bos Isya nanti berkenan. Lagipun bos Isya tu Datuk tau. Haa karang jgn pulak Isya buat hal. Nanti malu pulak makcik. Isya tahukan yg makcik buat semua ni semuanya utk Isya. Makcik cuma nak Isya dengar ckp makcik sbg balasan yg makcik ni dah tanggung Isya sejak mama dan papa Isya meninggal 4 tahun lepas." Balas nya sambil memegang bahu Isfatul Aisya.
Aisya mengigit bibirnya. Ya dia tahu itu. Dia cukup terhutang budi atas apa yg telah dilakukan oleh makcik Intan. Makcik Intan sgt baik orgnya. Dia tak sanggup tgk makcik Intan bersedih. Dia dah anggap makcik Intan sbg ibunya. Makcik Intan lah satu satu adik kepada arwah ibunya yg sgt menyayanginya. Dia akan menurut segala kemahuan makcik Intan.
Aisya mengangguk. "Makcik Intan jgn risau eh. Isya akan buat ape je utk makcik Intan. Isya takkan lupakan segala budi makcik Intan. Makcik Intan lah satu satunya ahli keluarga Isya" kata Aisya sambil memeluk makcik Intan.
"Hahahaha senanglah kerja aku lepasni bodohh! Kau dh terperangkap betina. Kau ingat kau bagus sangat. Eee bencinya aku dgn kau sekali dgn mak kau yg bodoh tu!!!" katanya dalam hati ketika membalas pelukan Isfatul Aisya dgn tidak rela.
Jam menunjukkan pukul 7.00pm
Lama berbual bersama tuan punya kedai Makcik Intan terus ke kaunter utk membayar pakaian yg dibeli tadi. Dia tidak menyuruh Aisya menukar pakaian nya lagi kerana mereka dh terlambat . Lgipun janji dia pada Datuk Nizam pukul 8.30p.m . Mereka telah sepakat ingin berjumpa di sebuah kelab malam yg terkenal di KL. Yang mana hanya org org berpengaruh dan kaya kaya je dibenarkan masuk.
Ketika berada di dalam kereta fikiran Isyatul Aisya menerawang jauh. Dia sudah bertekad akan mengubah masa depan hidupnya. Dia langsung tidak berasa curiga terhadap apa yg Makcik Intan rancangkan. Dia tahu makcik Intan sayangkan dirinya. Berdebar juga rasa hatinya sekarang ni. Eh tetiba pulak rasa tak sedap hati. Tapi dibiarkan sahaja perasaan itu. Lalu dia menoleh Makcik Intan yg tgh fokus memandu sambil tersenyum.
"Nanti bila dah sampai tempat bos Isya tu , Isya kena dengar kata dia tau. Datuk tu baik je orangnya kalau Isya patuh perintah dia. Lagi satu,jangan buat hal okay Isya. Lepas Isya masuk sana Isya cari private room no 12. Makcik cuma hantar Isya je ni. Makcik Intan ade hal" jelas makcik Intan dgn sedikit tegas tetapi masih kedengaran lembut.
Isyatul Aisya mengangguk tanda mengerti. Dia tahu yang Makcik Intan ni sibuk orangnya. Kuat cari makan katakan.
*jadi mak ayam ade lah*
Dia hanya sabar menanti destinasi yg akan dituju dgn seribu satu persoalan.
YOU ARE READING
TOLONG LEPASKAN AKU. .
RandomIsfatul Aisya seorang anak yatim piatu dan merupakan anak tunggal kepada kepada Syed Haikal dan Ilyana Rosa. Ibu bapanya telah meninggal akibat tragedi nahas dalam kemalangan. Kini,dia tinggal bersama Makciknya yang bernama Intan. Malangnya,Makcik I...