tiga puluh sembilan

19.1K 503 2
                                    

Sara menatang dulang yang berisi semangkuk sup panas. Pintu bilik dibuka perlahan. Yelah sebelah tangan pegang dulang, lagi sebelah nak buka pintu. Naya je kalau jatuh. Aku juga yang kena kemas nanti.

Rafeeq menepuk tangannya dengan teruja apabila Sara meletakkan dulang itu di atas meja lampu tidur. Sara tergelak melihat gelagat Rafeeq. Childish betul.

" Kenapa tak sikat rambut? " Sara bertanya kepada Rafeeq yang rambutnya masih lagi berserabut.

" Tangan tak boleh nak angkat. " Rafeeq memberi alasan yang lansung tidak logik. Tadi elok je tepuk tangan macam monyet kebuluran, sekarang tak boleh nak angkat pula.

Sara membuat muka toya. Melebih-lebih pula dia ni bila demam. Sara mengambil sikat yang berada di atas meja solek dan bergerak ke arah katil. Rambut Rafeeq disikat kemas.

" Nah makan. " Sara duduk di hadapan Rafeeq.

" Suapkan. " Sara membuat muka menyampah.

" Makanlah sendiri. " mangkuk sup itu di atas peha milik Rafeeq.

" Tak nak makan. " membulat mata Sara apabila mendengar Rafeeq berkata sebegitu.

' What the? Sejak bila dia pandai merajuk ni? Ei. Degilnya. Macam budak-budak!! '

" Okey fine. Buka mulut tu. " Rafeeq tersenyum. Dia akur mendengar arahan daripada Sara.

Setelah beberapa kali suapan, Rafeeq menolak. Tekaknya terasa perit akibat demam.

" Makanlah lagi. " Sara menyuakan sudu di hadapan wajah Rafeeq.

" Tak nak. Tak sedap. " Sara menarik nafas dalam.

' Tak sedap dia kata? Aku punyalah macam orang gila bawa kereta tadi sebab nak tengok dia. Lepas tu kena masakkan sup ni untuk dia. Penat-penat aku masak dia kata tak sedap?! Sabar Sara sabar. Dia tengah demam. '

" Makanlah lagi. Macam mana nak makan ubat? " Sara cuba memujuk Rafeeq.

" Tak nak. " Rafeeq menggelengkan kepalanya.

" Okey. Kalau tak nak makan lagi, makan ubat. " Sara meletakkan mangkuk sup di atas meja lampu tidur. Dia menggambil panadol dan air suam.

Apabila Sara memusingkan badannya, dia hampir tergelak melihat Rafeeq terus berselubung sehingga kepala. Betul-betul takut nak makan ubat dia ni.

" Rafeeq makanlah ubat. Macam mana nak sihat? " Rafeeq menggelengkan kepalanya. Kepalanya masih berselubung dengan selimut.

" Makanlah. Lepastu tidur. " Rafeeq tetap menggelengkan kepalanya. Sara mengeluh. Susah betul nak jaga budak seorang ni lah.

" Okey tak nak makan sudah. Aku nak balik. " Sara meletakkan kembali gelas dan panadol kembali ke atas meja.

" Okey aku makan. Jangan balik. " Rafeeq mengeluarkan kepalanya daripada selimut.

' Finally. Jadi juga rancangan aku. '

" Nah. " Sara kembali menghulurkan panadol dan gelas air suam.

Rafeeq mengambil dengan muka yang tidak rela. Panadol tadi segera dimasukkan ke dalam mulut. Air suam yang berada di tangan Sara diambil dan diteguk rakus.

" Good boy. Rehat dulu. Aku nak pergi hantar dekat dapur. " kepala Rafeeq diusap penuh kasih. Penuh kasih ke? Entah lah. Rafeeq akur. Dia membaringkan kepalanya ke bantal. Matanya dipejam rapat.

Sara mengangkat dulang tadi. Dia berjalan menuruni tangga untuk ke dapur. Mangkuk dan gelas yang digunakan tadi dibasuh.

Setelah membasuh mangkuk, Sara kembali mendaki tangga menuju ke arah bilik Rafeeq yang berada di tingkat tiga.

Pintu bilik dibuka. Sara menjegulkan kepalanya di muka pintu. Dia tersenyum apabila melihat Rafeeq yang sudah tidur.

Katil bersaiz king itu didekati. Punggungnya dilabuhkan di sebelah lelaki itu. Kakinya dilujurkan. Rambut Rafeeq diselak kebelakang. Sejuk hatinya melihat wajah lelaki itu yang sedang tidur.

Tiba-tiba tubuhnya dirangkul erat oleh Rafeeq. Terkebil-kebil mata Sara melihat Rafeeq yang sebenarnya tidak tidur itu. Dia kini berada di atas tubuh sasa milik suaminya.

" Stay still. " mata Rafeeq masih terpejam.

" Err. Rafeeq. " Sara memnggil nama Rafeeq. Dia berasa kekok tiba-tiba.

" Hmm. " hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Rafeeq.

" Lepaskan aku sekejap. Aku masih pakai shawl. " Sara bersuara perlahan. Memang daripada dia sampai tadi dia tidak menanggalkan shawlnya.

Perlahan-lahan Rafeeq melepaskan gadis itu. Sara segera berdiri. Mau mati tercekik kena peluk dengan pakai shawl lagi ni. Sara menanggalkan shawlnya.

Dia kembali ke arah katil. Dengan takut-takut dia duduk di sebelah lelaki itu. Rafeeq melakukan perkara seperti tadi menyebabkan Sara melepaskan keluhan.

" Stop mengeluh. Teman aku tidur. " Rafeeq memeluk tubuh Sara erat.

Sara menurut. Kepalanya diletakkan di dada Rafeeq. Rafeeq tersenyum apabila Sara mengikut arahannya. Lama-kelamaan Sara turut berasa letih. Matanya yang cuba ditahan tadi akhirnya terlelap juga.

Im back! Muahahahha. Peh. Kemain stress lg naik f4 ni. Dengan junior2 yg teramatlah menyakitkan hati lg tambah stress. Thnks fr sesiapa yg letakkan cerita clishe ni dlm reading list korang. Thank you. Kbye 💕💕💕

Perjanjian Cinta ✔Where stories live. Discover now