empat puluh sembilan

19.5K 474 10
                                    

Rafeeq duduk bersebelahan dengan Sara. IPhonenya duhulurkan kepada isterinya. Wajah Sara kelihatan berkerut. Pelik dengan kelakuannya itu.

" Apa ni? "

" Handphone lah. "

" Ya. I know lah ni handphone tapi kau nak aku buat apa dengan handphone kau ni? " Sara memandang Rafeeq dengan pandangan yang tajam. Geram betul cakap dengan orang yang suka loya buruk ni.

" Bacalah. " Rafeeq masih menumpukan perhatiannya pada televisyen.

Sara hanya menurut dan skrin iPhone milik Rafeeq dislaid. Mesej daripada mama Rafeeq dibaca. Membulat matanya membaca isi di dalam mesej itu.

" So, takkan sayang nak tolak permintaan mama? " pandangannya dialihkan ke arah isterinya disebelah. Sara hanya berdiam diri. Dia hanya menudukkan kepalanya.

" Abang tak akan paksa kalau... "

" Sara tak nak jadi isteri derhaka. Dah tujuh bulan kita kahwin. But tak pernah sekali pun Sara bagi peluang dekat abang... "

" Wait. What? "

" Sara tak pernah bagi peluang? "

" No. Not that. Perkataan lepas tu. "

" Abang? "

Rafeeq tersenyum. Tubuh Sara dipeluk erat. Perkataan yang selama ni dia tunggu daripada mulut Sara. Rasa bahagia pulak malam ni. Macam pengantin baru padahal dah tujuh bulan kahwin. Sara menolak tubuh Rafeeq.

" Okey. I'm ready. " Sara mengukir senyuman.

" Ready for what? " kening Rafeeq berkerut apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Sara.

" Having a baby. " Sara melarikan diri setelah menghabiskan ayatnya.

Rafeeq terkebil-kebil dan masih lagi sedang memproses ayat Sara. Setelah memahami ayat Sara dia segera mengejar isterinya. Tubuh Sara dicempung dan membawa ke arah bilik mereka.

Tubuh Sara diletakkan di atas katil. Rambut yang menutupi separuh wajah isterinya diselak dan diselit di belakang telinga. Selama tujuh bulan mereka berkahwin dan akhirnya mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri.

****

" Morning. " Sara mengelus lembut pipi Rafeeq.

" Morning sayang. " rambut Sara diselitkan ke belakang telinga.

" Sara nak pergi mandi. " Sara duduk daripada pembaringannya. Rafeeq memegang lengan Sara. Dia turut duduk di sebelah Sara. Kepalanya dilentokkan di bahu isterinya.

" Okey jom. Mandi sekali. "

" Eh tak payah nak mengada. Mandi sorang-sorang. " Sara segera berjalan ke arah bilik air dan meninggalkan Rafeeq keseorangan.

****

Sara memandang Rafeeq dengan pandangan yang tidak percaya.

" Jom. " Rafeeq menarik tangan Sara.

" No. Jom balik. " tangan Rafeeq ditarik kembali. Rafeeq tergelak dengan gelagat Sara.

" Janganlah takut. Dah jom. " Rafeeq menarik tangan Sara ke dalam bangunan itu.

Beberapa minit mendengar ceramah tentang keselamatan akhirnya mereka telah siap sedia dengan alat keselamatan untuk membuat bungee jump. Rafeeq ni pun satu. Tak tahu ke yang aku ni gayat? Ergh!

" So, who want to be the first? " seorang pekerja lelaki bertanya kepada mereka berdua.

Sara hanya memandang Rafeeq dan lelaki itu turut memandang ke arahnya. Sara menggelengkan kepalanya membuatkan Rafeeq tersenyum.

" I think ladies should be the first. " pekerja itu berkata lagi apabila tiada kata putus daripada mereka berdua.

" Ha? " Sara terasa mahu pengsan apabila alat-alat persediaan untuk membuat bungee jump telah tersiap pasang dibadannya.

Dia mula mengatur langkahnya mendekati platform lompatan. Dia segera mengatur langkahnya kebelakang apabila melihat ketinggian bangunan itu.

" No. No. Tak nak. " Sara memeluk tubuhnya yang ketakutan.

" Kenapa ni? " Rafeeq memegang wajah Sara.

" No. Sara takutlah. "

" Can we do a couple jumping? " Rafeeq bertanya kepada pekerja disitu apabila melihat wajah Sara yang pucat.

" Yes. Sure. " alat-alat persediaan dipasang pada tubuh Rafeeq.

Rafeeq memegang tangan milik Sara dan berjalan ke arah platform. Tubuh Sara dipeluk. Sara turut memeluk erat tubuh suaminya akibat ketakutan.

" Countdown. From three. "

" Two. " semakin erat pelukan ditubuh Rafeeq.

" One. " pekerja itu menolak tubuh Rafeeq dan Sara. Sara hanya menutup matanya dan lansung tidak mengeluarkan sebarang suara.

" Buka lah mata. Tengok pemandangan ni. " Rafeeq memujuk Sara untuk membuka matanya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Sememangnya dia telah jatuh cinta dengan pemandangan dari sisi terbalik itu.

" I love you. " perlahan ayat itu keluar daripada mulut Sara.

" What? " sememangnya Rafeeq tidak dengar apa yang Sara katakan.

" I love you Rafeeq Irham. " selama tujuh bulan perkahwinan mereka ini pertama kali Sara mengaku tentang perasaannya. Rafeeq tersenyum dengan pengakuan yang dibuat oleh Sara.

" Ulang balik. " Rafeeq mengusik Sara.

" Eii main-mainlah! " Sara memukul bahu Rafeeq.

" I love you too sayang. "

Perjanjian Cinta ✔Where stories live. Discover now