[ L ]

2.2K 263 18
                                    

**********

Jimin berlari ke arah rumahnya.

Sementara dia berlari, Suga juga berada di kawasan yang berdekatan.

"Jimin? kenapa dia lari?" Fikir Suga.

Beberapa saat selepas itu, dia ternampak Taehee juga berlari mengejar Jimin. Tetapi, kali ini Suga lebih pantas. Dia sempat menarik tangan Taehee.

"Lepaskan aku please. Aku nak cakap dengan Jimin." Kata Taehee dengan gelisah bila nampak Jimin sudah hilang dari pandangannya.

"Relaks. Kau boleh cerita dekat aku." Balas Suga.

Lutut Taehee mula terasa lemah. Dia boleh jatuh kalau Suga tidak memegangnya. Suga memeluk Taehee untuk menenangkan nya.

"A-aku...... rasa sa-sakit sangat..." Ketika itu, Suga dapat merasakan bajunya basah. Ya, Taehee menangis.

"Sakit? aku tak nampak luka pun." Fikir Suga.

"J-jimin..."

Bila terdengar suara Taehee seakan-akan berbisik, baru Suga faham. Jimin.

**********

Suga mengetuk pintu rumah Jimin tetapi tiada jawapan atau pun balasan. Jadi, Suga terus memasuki rumah itu tanpa izin. Dia mencari Jimin di biliknya. Dan... Ya, Jimin terbaring di atas katil dengan menutup mukanya menggunakan bantal.

"Jimin-"

"Suga hyung.. Tolong. Just. Pergi."

"Tak. selagi kau tak terangkan semuanya."

Jimin mengeluh dan mula bercerita tanpa memandang ke arah Suga.

"Mula² aku jumpa dia. Aku dapat tahu yang dia suka aku. Benda tu buat aku nak mainkan dia je. Tapi, makin lama aku suka dia. Dan dengan cara aku layan dia sekarang ni, aku tahu dia takkan bahagia dengan aku. Lagipun, aku tak boleh nak kawal rasa marah aku. Mesti Taehee dah benci dekat aku-"

"Siapa kata?"

Jimin terkejut bila terdengar suara seorang perempuan yang sangat dikenalinya. Kim Taehee...?

Jimin lihat ke arah pintu dan melihat Taehee sedang berdiri di situ. Melihat muka Jimin yg sangat terkejut membuatkan Suga ketawa terbahak-bahak.

Tapi, entah kenapa muka Jimin menjadi merah padam. Mungkin sebab Taehee dah dengar semua pengakuannya.

Jimin mencampakkan bantalnya dengan kuat ke arah Suga. Tetapi ianya sempat ditepis.

"Keluar dari bilik aku sekarang !!!" Jerit Jimin.

"Ok fine fine. Tapi, jangan lama². Cepat sikit turun sebab girlfriend kau tgh tunggu sekali ni." Usik Suga lagi.

Dan kali ini ianya dibalas dengan hempasan pintu dari Jimin.

Suga yang sedang menuju ke ruang tamu masih tergelak.

"Kan aku kata rancangan ni mesti berjaya." Kata Suga kepada Taehee.

**********

"OMG MALUNYA TAEHEE DENGAR SEMUA TADI TU !!!! APE AKU NAK BUAT SEKARANG NI ?!!! TERIMA JE DIA??? URGHHH TAK GUNA PUNYA SUGA !!! okay relax. Aku kena turun dulu jumpa dengan diorang."

Beberapa minit kemudian, Jimin turun ke ruang tamu dan ternampak Taehee sedang berbual dengan Suga.

Dengan itu, Jimin segera menarik Taehee ke pelukannya.

"Hmm?" Taehee pelik.

"Manis mcm gula la korang ni." Suga menyampuk.

Dan Jimin baru sedar apa yang dia buat. Dia cemburu tanpa sedar.

Jimin berlari untuk pergi ke biliknya semula. Kali ini, dia dikejar oleh Taehee. Tetapi, Taehee tersadung yg membuatkan dia terjatuh di anak tangga yang ke tujuh. Jimin tidak membantu malah tergelak melihat kejadian itu.

"Jimin gelak...." Taehee terasa seperti jantungnya berhenti. Jimin comel sangat bila gelak. Lagi² eye smile dia. Taehee mula terfikir yng sebenarnya Jimin ni senang tergelak. Dia nak kenal Jimin dengan lebih mendalam.

Taehee segera mengejarnya dan Jimin sempat masuk dan mengunci pintu biliknya.

"Bukak pintu ni." Arah Taehee.

"Tak nak."

"Please... aku tak marah kau pun sebab gelakkan aku."

"And siapa kata aku takut kalau kau marah?"

"Habistu kenapa kau kunci pintu?"

"Sebab aku nak lah."

"Fine. Aku balik rumah."

Taehee pura² untuk meninggalkan Jimin. Dia sudah merancang sekiranya Jimin bukak kunci pintu, dia akan terus menolak pintu tersebut.

Tetapi, rancangannya gagal. Ketika Jimin sudah membuka kunci dan baru sahaja Taehee ingin menolak pintu, Jimin membuka pintu terlebih dahulu yang membuatkan Taehee jatuh tepat ke atas lantai.

"Oh hai. Pendaratan yang cantik." Jimin ketawa dan menepuk tangannya.

Manakala Taehee berdiri dan menyilangkan tangannya di dadanya sambil memuncungkan bibir.

"Kenapa kau nak buat muka cute pulak?" Tanya Jimin.

"Kau boyfriend yang paling teruk sekali." Jawab Taehee.

Jimin mengangkat kening dan tersenyum "Siapa kata aku boyfriend kau?"

"Okay. Kalau macam tu, kita dah takde ape²" Balas Taehee.

"Hey, aku cuma gurau je."

"Dan aku tak bergurau, Jimin."

Kali ini Jimin pula yang buat muka cute. Menyilangkan tangannya di dada dan memuncungkan bibirnya.

Jimin menundukkan kepalanya sehingga takat muka Taehee. Dia mendekatkan mukanya dengan hanya meninggalkan jarak sebanyak 1cm.

"Kalau macam tu, kau nak tak jadi girlfriend aku balik?" Tanya Jimin.

Ianya cuma dibalas dengan muka Taehee yang merah padam.

Sekali lagi Jimin tersenyum dan mengusap kepala Taehee.

"Aku anggap tu sebagai okay !"

LIE » P.J.MWhere stories live. Discover now