🌸 12 🌸

811 84 1
                                    


"Eh? Bukan kau sakit ke? Kenapa kau datang ke sekolah??" soal Seungkwan hairan selepas dia tengok Hanna datang ke sekolah tu dengan pakai pakaian biasa. Dengan masker pula tu.

"Eoh, kau belum balik lagi? Bukannya sekarang..achoo!! Waktu balik?" soal Hanna pula. Terbersin pula, maklumlah selsema lagi.

Seungkwan mengangguk "nae aku belum balik sebab tadi aku tolong cikgu kemas pejabat. Kau dahla belum sihat, asal datang ni? Asal nampak cemas je ni?"

"Sowon, aku rasa dia dalam masalah sekarang. Jadi aku terus datang kesini" balas Hanna.

Seungkwan mengerutkan dahi "masalah apa pula? Dia tak ada masalah pun tadi hah, baik je dia"

"Nae, tapi dia ada bagitau aku yang dia sekarang tengah otw ke rumah Guanlin, dia kata Guanlin minta dia ajarkan dia belajar kat sana. Kau tahu kan yang itu semua tak logik?"

"Ah? Guanlin? Junior yang nerd diluar tapi keji kat dalam tu? Biar betul?! Sowon dah kena tipu ni, mesti dia ada muslihat ni" kata Seungkwan.

"Tulah, sekarang kita nak buat apa? Kau tahu tak alamat rumah yang Sowon nak pergi tu?" soal Hanna.

"Manalah aku tahu, aduh..jangan² sekarang ni dah jadi sesuatu pada dia" kata Seungkwan gusar.

Hanna menggigit bawah bibirnya gusar. Macam mana? Sekarang mereka tak tahu kemana tempat yang Sowon pergi. Sowon pun tak bagitau mereka.

"Hah, jom pergi cari alamat rumah Guanlin dekat pejabat sekolah? Ottae?"

"Boleh juga tapi..sekarang cikgu semua dah balik, nanti dikira pecah masuk pula.."

"Alah kejap je. Kita bukannya nak mencuri, tapi nak cari alamat Guanlin tu je. Jom jelah! Aku ambil beg dulu" balas Seungkwan lalu berlari ke tempat duduknya semula dan ambil beg.

Lepas dah ambil, dia pun menarik Hanna berlari keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru yang terletak ditingkat dua banggunan sekolah tu.

🌸🌸🌸🌸

'Eh? Betul ke ini alamat Guanlin? Tapi kenapa rumah ni lain macam je? Macam tak ada penghuni pun?' gumam Sowon sambil tengok apa yang ada didepannya sekarang.

Dia dah ikut betul² alamat yang diberi Guanlin tadi. Dan sekarang dia dah sampai ditempat tersebut. Tapi, rumah yang ada didepannya ni macam rumah lama. Tak ada orang pula tu.

"Jangan² salah alamat kot" kata Sowon lagi. Dia pun menyimpan kertas alamat tu dalam poketnya. Dan berpusing untuk pulang. Tapi dia sedikit terkejut, dibelakangnya ada orang yang sedang memandangnya dengan senyum sinis.

"Hello, Kim Sowon"

"Nayeon?" Sowon mengerutkan dahinya hairan. Kenapa Nayeon juga ada disini. Dibelakangnya juga ada Mina dan Chaeyoung.

"Well³, tertipu juga kau datang ke sini eoh. Ingatkan kau pandai dan takkan termakan dengan kata² junior upahan kami tu,haha" Nayeon ketawa mengejek.

"Junior upahan? M-maksud korang apa eoh?" soal Sowon ragu². Dia dah mula rasa tak sedap hati sekarang.

"Dasar bodoh, itupun tak reti nak fikir lagi" kata Nayeon sambil berpeluk tubuh. "Kami yang rancang supaya kau datang kesini sekarang. And rancangan kami berjaya! Sekarang...kau ikut kami, Mina, Chae..bawa dia cepat" arahnya.

Dan Mina Chaeyoung pergi kearah Sowon dan memegang kedua tangannya. "Haa jangan cuba nak lari eh!" ejek mereka.

"Eits! Lepaslah, kenapa nak pegang² eoh?!" jerit Sowon sambil cuba meronta. Tapi sorang tak boleh lawan dua orang.

Nayeon tersenyum suka tengok Sowon macam tu "sekarang jom bawa dia masuk kesana, lepas tu kita ikat dia dan ajar dia sikit"

"Yah, korang dah gila ke nak buat macam tu? Lepaskan akulah!" pinta Sowon lagi.

"And jangan lupa tutup mulut dia juga. Bising betul perempuan ni. Dah kajja masuk" balas Nayeon lalu berjalan masuk kedalam kawasan rumah lama tu.

Mina dan Chaeyoung pun ikut masuk sambil membawa Sowon bersama. Dia takut, apalah yang mereka akan buat padanya nanti.

🌸🌸🌸🌸

Back to the school, kini Seungkwan dan Hanna dah ada didepan bilik pejabat cikgu, tapi mereka tak boleh masuk sebab pintunya berkunci.

"Pintu berkunci..kita tak boleh masuklah, ottokhae?" soal Hanna.

Seungkwan melihat sekeliling dan akhirnya dia terlihat sebuah pemadam api yang ada tak jauh dari situ. "Ah biar aku rosakkan kunci pintu ni guna pemadam api tu!" katanya lalu mengambil pemadam api tu.

Hanna memandangnya sambil menggeleng cepat. "Andwae² yah, kalau buat macam tu ..maknanya kita dah merosakkan harta benda sekolah. Nanti kena denda. Yak Seungkwan!"

Tapi Seungkwan buat tak dengar je, dia terus cuba pukul kunci pintu tu guna pemadam api yang dia ambil tadi.

Tang! Tang! Tang!

Dah macam lagu Fingertip Gfriend dah bunyinya, tang tang tang fingertip! 😂

"Hey stop!"

Baik Seungkwan mahupun Hanna, keduanya menoleh dan melihat kearah orang yang menegur tu. Itu ialah Joshua, Wonwoo juga ada dibelakang.

"You two want to break this door? Are you crazy?!" soal Joshua sambil memandang Seungkwan dan Hanna bergantian.

Hanna pula mencubit lengan Seungkwan 'hah sekarang tengok apa dah jadi!' bisiknya.

"Kami buat macam ni sebab nak selamatkan kawan kami hah, bukannya nak mencuri okey" kata Seungkwan.

"Oh yea? Ada orang terperangkap dalam ke huh? Setahu aku ini bilik guru, dan semasa mereka kunci bilik ni, memang tak ada sesiapa pun didalam" kata Joshua dengan curiga.

"Aniya dengar dulu, kami perlu masuk dalam ni dan ambil sesuatu. Itu saja" terang Hanna supaya mereka tak salah faham.

"Sesuatu macam duit tabung sekolah?" tetiba Wonwoo yang berada dibelakang tu menyampuk.

Terus Hanna memandangnya dengan tajam "aniya, kami bukannya nak ambil itu! Jangan menuduh sebaranganlah!"

"Biar kami jujur jelah eh, kami nak masuk dalam tu sebab kami nak cari alamat tentang junior kami. Dengan tu kami bolelahlah tolong kawan kami yang bernama Sowon" ujar Seungkwan to the point. Malas nak berdebat lebih.

"Sowon?" soal Joshua hairan "kenapa dengan dia?"

"Bagi kami masuk dulu baru kami bagitau" balas Seungkwan sambil berpeluk tubuh.

"Okey you can get in, use this key. Dan bagitau aku kenapa dengan Sowon eoh" kata Joshua pantas lalu mengeluarkan kunci dari poketnya dan memberikannya pada Seungkwan.

Seungkwan dan Hanna tak terkejut pun. Mereka dah tahu yang Joshua ni anak kepala sekolah, jadi tak mustahillah macam mana Joshua boleh ada kunci ini.

Selepas mendapatkan kunci dari Joshua tu. Seungkwan pun menceritakan apa yang dah terjadi pada Sowon sekarang.

Macam yang dijangka, Joshua memang rasa risau dengan Sowon. Yelah dia juga risau kalau terjadi sesuatu pada Sowon.

Dan akhirnya, dia membuat keputusan untuk bantu Seungkwan dan Hanna mencari maklumat dalam pejabat tu untuk mencari Sowon. Wonwoo juga terpaksa membantu sekali.


BERSAMBUNG...

Rainbow ✔Where stories live. Discover now